SMAP KAJANG JOHAN BAHAS PPM08

Julai 7, 2008 at 3:22 am (Debat, Dunia Semasa, Peribadi)

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) ditabalkan sebagai JOHAN BAHAS BAHASA MALAYSIA PIALA PERDANA MENTERI 2008 pada 4 Julai 2008 yang lalu, dilangsungkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Gandingan trio: Mustaqim Malek, Afiq Yasim dan Hisyamudin Ghazali berjaya mencantas SERATAS di Pertandingan akhir tersebut. SMAPK Bertindak selaku kerajaan membawa usul Kaedah Pengubatan Alternatif Meningkatkan Tahap Kesihatan Pengguna berjaya menyakinkan kelima-lima juri untuk mengembalikan PPM ke Bumi SMAPK tahun ini. Pembahas ketiga SMAPK, Hisyamudin berjaya dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik Akhir PPM08.

Ini merupakan kejayaan kali ketiga SMAPK sebagai JOHAN BAHAS BM PPM ini. Sejarah pertama mula diukir pada tahun 2003, diikuti tahun 2005 dan kini, tahun 2008.

Kejayaan dalam PPM ini menjadi kemuncak kejayaan Pasukan Bahas BM SMAPK 2008 setelah Pasukan ini menjadi JOHAN BAHAS ZON TENGAH 2008 dan JOHAN DEBAT ANTARA SEKOLAH 2008.

TAHNIAH !!!

post seterusnya : Kisah Suka Duka Pasukan Lagenda ini ~

6 komen

  1. alamwalker berkata,

    gile ah.power..kehabatan & kecekapan kejurulatihan.dh2 laa 2 berdebat.bg can kat org lain lak menang.hahaha.pasni tlg train SAS lak ek.;p

    penamaya : Rezeki Allah~ Kita Berusaha dan Allah Maha Adil ~

  2. redapples berkata,

    tahniah.. ucapkan kat budak-budak yang gigih tu skali..

  3. mysarah berkata,

    LOTS OF CONGRATS TO OTEL….as an excellent coach…..TAHNIAH OTEL….akhirnya segala impian menjadi kenyataan…..pasni bole konvo dgn tenang eh….pasni jd lagenda la budak2 tu..huhu

  4. Eva berkata,

    Congratulations!!!coz… win dalam debat…and I hope you will pass SPM next year…Chao dulu…

  5. Muhammad Adam berkata,

    congratulations smapk. proud to be an ex-student. huhu

  6. ieqa berkata,

    congrate bangat la kat korang..
    hope taun ni korg kekalkan kejuaraan 2 tanpa syam..
    of course die akan support korg dr blakg…

Kirim Komen