Great Debaters : Part 4

Julai 15, 2008 at 5:02 am (Debat, Peribadi)

“2008 : Mengembalikan Kegemilangan”

Itulah motto yang aku pilih dan aku jadikan pegangan kuat untuk edisi 2008.

Lebih memikirkan yang ini adalah tahun akhir bagi Hisyamudin dan Mustaqim sebab berada di Tingkatan 5, azam aku untuk tidak mensia-siakan penglibatan mereka dalam dunia debat ini, memang menjadi kekuatan aku untuk terus menghambakan diri pada komitmen dunia debat ini,demi mereka.

Sejujurnya, mereka memang bekerja kuat.

Sejujurnya, mereka memang sangat komited.

Sejujurnya, mereka memang anak buah / adik yang dedikasi.

Sejujurnya, mereka layak diganjari.

Alhamdulillah.

Yakin dan Percaya pada Rezeki ALLAH sentiasa aku ingatkan pada mereka dan seluruh keluarga bahas SMAPK ini. ALLAH Maha Adil malahan Maha Menyanyangi.

Niat yang ikhlas, Usaha yang konsisten dan Fokus yang jelas adalah 3 rahsia utama yang aku bongkarkan untuk pengetahuan mereka semua.

BAHAS SBP ZON TENGAH – sekali lagi Mus, Fiq dan Hisyam membawa pulang piala pusingan tersebut.

DEBAT UIA - sesuatu yang di luar sasaran ! Bak kata majalah e-siswa “Penantian SMAPK Berakhir”….. aku kini mengiyakan hakikat tersebut. Mus, Fiq dan Hisyam……. kalian pemecah tradisi dan pencipta rekod !!!

BAHAS PPM – Misi Rampas 2007 yang ditangguhkan ke Misi Rampas 2008, akhirnya berjaya dimakbulkan Allah. Jujurnya, air mata aku menitis tatkala SMAPK diumumkan Johan PPM 2008. Mus, Fiq dan Hisyam….. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKANNYA SATU REALITI !

Apa lagi yang dapat aku luahkan……..

Kejayaan yang datang bukan lah dengan bergolek atau berguling atau semudah yang disangka.

Mus —- dari seorang yang ‘dipaksa’. dari seorang yang ‘terpaksa’. dari seorang ‘bidan terjun’. Memang aku takjub dan terharu.. akhirnya dia mampu juga lakukan ! Terima Kasih Mus !!!!

Fiq dan Hisyam —- bermula bersama – sama dalam dunia debat ini. Fiq ketika f1 dan Hisyam ketika f2. Kedua-duanya sudah Dekat di Hati. Banyak perkara yang Fiq dan Hisyam telah korbankan. Alhamdulillah. Tiada yang sia – sia ! Terima kasih Fiq dan Hisyam.

MEREKA SUDAH DIMETERAI SEBAGAI LAGENDA !!!!!

THE GREAT DEBATERS !!!!

Akhirnya……. “2008: Kegemilangan Dikembali”

Pautan Kekal 2 komen