Pasca Debat Alam Sekitar 2008
Sekalung Tahniah buat Rakan debat UiTM atas kejuaraan Debat Alam Sekitar 2008.
Tahniah juga buat Rakan Debat UIAM atas persaingan meyakinkan di pentas akhir.
Tirai DAS08 telah dilabuhkan. Bumi di bawah bayu, Sabah sekali lagi menjadi saksi kehampaan pasukan UM untuk membawa pulang piala debat ini. (kali terakhir UM Johan adalah pada tahun 2004).
Tak Pa lah…..
Kali ini, aku benar-benar lebih memahami kekuasaan perancangan Allah Taala. Memang belum diizinkan rezeki untuk UM kembali bergelar Johan dan telah termaktub memang aku tak ada rezeki untuk Johan Debat Alam Sekitar ni.
Sepanjang penglibatan aku dalam Debat Alam Sekitar ni….
2005 – Layak ke Suku Akhir
2006 – Naib Johan & Pendebat Terbaik Akhir
2007 – Layak ke Separuh Akhir & Pendebat Terbaik Liga
2008 – Layak ke Separuh Akhir & Pendebat Terbaik Liga
Alhamdulillah.
Jujurnya, aku malas nak komen tentang apa-apa yang telah berlaku sepanjang kejohanan DAS08 ini dilangsungkan. Juga, aku malas nak komen tentang apa – apa untuk rakan sepasukan UM.
Terima kasih buat Sifu Azizul Hakim kerana ‘pengajaran’ dan ‘pengalaman’ untuk saya. Kengkadang diri ini sudi dieksperimenkan untuk kepentingan masa panjang UM ini. Tak Pa lah……..
Terima kasih buat Acap dan Dayat kerana sudi sama – sama bergelumang dengan ‘keletihan’ sepanjang berada di Sabah.
Terima kasih buat Azri Zahier @ John kerana ‘kesudian’ untuk menerima aku dalam team DAS08 ini. Harap eksperimen yang telah dilangsungkan dapat memberikan apa yang diperlukan untuk engkau.
Terima kasih buat Ali Asyraf kerana semuanya. Debat ini kerjanya sepasukan, kalah sepasukan, menang pun sepasukan. Apa-apa yang peribadi wajar diketepi. Belajarlah lagi selagi masa berbaki. U r already a senior debater….. u should know……
Terima kasih juga buat sekalian warga aktif Orator, guru dan adik-adik SMAPK yang sentiasa tertunggu. Tak Pa lah…….. bukan rezeki abang…
Buat Sekalian Pendebat
Berdebatlah atas iltizam dan inti debat itu.
Gunalah teknik/teori/sifir JUJUR untuk Berdebat.
Junjunglah & Hormatilah Kemuliaan Debat ini.
Gusarnya,
teknik silap dijunjung, kemenangan diperoleh, HARAM Ganjaran dimiliki ~
maaf
KEPUTUSAN PENUH DEBAT ALAM SEKITAR 2008
JOHAN : UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA
NAIB JOHAN : UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
KETIGA : UNIVERSITI MALAYA & UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
PENDEBAT TERBAIK AKHIR : FARHAN NOR DIYANA (UIAM)
PENDEBAT TERBAIK LIGA : MOHD ZUL FADHLI (UM)