Permatang Pauh

Ogos 2, 2008 at 3:46 am (Dunia Semasa)

Rentak politik Malaysia masih lagi belum menunjukkan simptom ketenangan.

Ada sahaja yang berlaku semenjak ‘tsunami’ PRU12 yang lepas.

Kali ini, DS Anwar Ibrahim akhirnya mengisytiharkan dirinya untuk kembali ke Parlimen.

PERMATANG PAUH…………… lokasi pertembungan yang dipilih.

Secara peribadi, tindakan DSAI ini pastinya sudah lama dinanti – nanti. Dato Seri Dr Wan Azizah memberi laluan, meletakkan jawatan sebagai MP Permatang Pauh untuk ‘memulangkan’ kembali pada empunyanya iaitu suami tercinta.

Secara peribadi, ini bukanlah satu tindakan yang tidak boleh dibaca. Saya sendiri meramalkannya yang DSAI akan memilih Permatang Pauh sebagai pertaruhan terbaik mengembalikan beliau ke Parlimen. Bagi mana – mana pihak yang lantang menyelar tindakan DS Wan Azizah, saya kira cukuplah untuk menghentikannya.

Isteri patuhnya pada suami, itulah ajarannya dan itulah contohnya. DS Wan Azizah sudah melakukan yang terbaik untuk kepentingan suaminya malahan kepentingan rakyat di Permatang Pauh juga. Majoriti besar memberi mandat pada DS Wan Azizah pada PRU12 lepas ! Beliau tidak pernah menghina demokrasi, kerana atas dasar demokrasi lah, beliau menyerahkan kembali kepada rakyat untuk membuat perhitungan sebenar selepas ini.

Harapnya tindakan DS Anwar Ibrahim ini bukanlah satu tindakan yang tergesa-gesa atau gopoh. Maklumlah, rentak DSAI ini kadang – kadang ‘tidak sabar’. Cumanya, saya sendiri masih lagi gagal mentafsir apa sebenarnya motif semua ini……………..

Pada pimpinan BN, pilihlah calon terbaik. Saya kira cukuplah sudah Datuk Pirdaus dipertaruhkan. Beliau belum cukup layak untuk menentang DS Anwar Ibrahim. Jika benar hendak melakukan ‘kejutan’ di Permatang Pauh, letaklah calon yang bisa menyaingi kredibiliti DSAI itu. Ezam Mohd Nor ??? Sukarelawan UMNO yang saya kira ada potensi untuk memberikan saingan sengit.

Ataupun, dimudahkan cerita, berikanlah sahaja kemenangan percuma pada DSAI. Bersikap realistik kengkadang lebih baik daripada membazir masa, wang dan tenaga. Apapun, selamat memilih calon terbaik!

Rabu ini SPR akan bermesyuarat menentukan by-election di Permatang Pauh.

Tidak boleh diramal, kemungkinan DSAI akan ditangkap dan didakwa atas tuduhan liwat.

Tidak boleh dijangka jua, Tun Dr M bertanding di Permatang Pauh kah …. ???

SELAMAT MAJU JAYA BUAT DS ANWAR IBRAHIM, UMNO, SPR, PDRM & SAIFUL BUKHARI AZLAN

Kirim Komen