Merdeka 51 ?

Ogos 13, 2008 at 3:11 am (Dunia Semasa)

Bulan Ogos sudah hampir sampai pertengahannya. Jujurnya, mood sambutan kemerdekaan negara ke-51 seolah – olah tidak terasa langsung kehangatannya.

Buat teman – teman, gambar di atas adalah logo sambutan kemerdekaan tahun 2008 yang telah dipilih dengan tema yang turut berubah iaitu PERPADUAN TERAS KEJAYAAN.

Tahniah pada pencipta logo, tema dan lagu ( x pernah dengar lagi ) untuk sambutan tahun ini.

Cuma, satu perkara yang terdetik, kenapa sambutan kemerdekaan masih lagi suam – suam dan tidak hangat rasanya ye. Kengkadang iklan jualan aidilfitri dan promosi syawal yang sudah dan lebih kedengaran sedangkan ramadhan belum pun lagi menyusul.

Dalam hal ini, kredit tentunya perlu diberi pada kepimpinan terdahulu KEKKWA yang nyata komited menghidupkan suasana sambutan kemerdekaan. Ingatan klise untuk memasang bendera kebangsaan pun masih lagi belum kedengaran.

Datuk Menteri……………….. 51 tahun sudah kah kita ?

Atau, apakah kerana DASAR PENGUNCUPAN BAJET yang sangat berleluasa sekarang ini menyebabkan sambutannya tidak hangat ? Dari peruntukan RM40 juta diturunkan kepada RM20 juta. Kasihan Datuk Menteri……….

Senangkan cerita, selaku rakyat Malaysia yang prihatin……

tak perlu lah kita tunggu ‘arahan’ kreatif melalui iklan,

tak perlu lah kita tunggu ‘kiasan’ membina Pak Menteri,

tak perlu lah kita tunggu ’subsidi’ hadiah Jalur Gemilang,

sudah 51 tahun rupanya……….

Kita lah yang patut sedar & punya inisiatif !

Selamat Menyambut Kemuliaan Bulan Kemerdekaan ~

AL-FATIHAH buat semua Tokoh Kemerdekaan

3 komen

  1. khazaidi berkata,

    betul..
    tak payah tunggu kerajaan buat apa.
    NGO dan badan korporat pun kena lahh main peranan..
    atau pun Merdeka 51 tidak sepenting isu Permatang pauh?

    sama-sama kita fikirkan!!

  2. Insan Kerdil berkata,

    macam biasa dengar jer, penguncupan budget tue…
    hahaha

  3. rem58 berkata,

    semua dok sibuk cakap pasal benda lain..sampai lupa susah payah perjuangan nak merdeka tu..dalam kesuaman menyambut merdeka,lagi suam bangsa lain sambut merdeka..

    PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

    Kini Semangat Jalan Seiring
    Satu Amanah Kerjasama
    Jadi Teras Bangsa Mulia
    Sehati Sejiwa

    Bangun Membantu Agar Sepakat
    Moga Terserlah Perpaduan
    Agar Teguh Dipersada
    Dalam Hidup Harmoni

    Sirami Rasa Kasih Sayang
    Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
    Nurani Ikhlas
    Dihati Murni
    Menjadi Kekuatan Kita

    Bersatu…….Bersatu
    Bersatu Gagah Bercerai Rebah
    Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
    Perpaduan Teras Kejayaan

    Berpadu……Berpadu
    Berpadu Bulat Kata Sepakat
    Menjadi Cita Negara Jaya
    Perpaduan Teras Kejayaan
    Perpaduan Teras Kejayaan
    Perpaduan Teras Kejayaan

    more merdeka graphics;
    http://testifriendster.net

Kirim Komen