Chong Wei : Terima Kasih !
Ramai yang mengharapkan kilauan EMAS dari Beijing tentunya melalui Lee Chong Wei.
Jujurnya, aku pun mengharapkan perkara yang sama. Lebih – lebih lagi, sudah setengah abad usia negara namun belum pernah sebutir emas lagi kita jelmakan dari temasya sukan utama dunia ini.
Tentunya, malam Ahad lalu, seluruh Malaysia tertumpu di layar kaca untuk menantikan aksi dua jagoan badminton dunia ketika ini, Lin Dan dan Chong Wei.
HAMPA ~
Lin Dan terlalu hebat buat Chong Wei malam final itu.
Ribuan penyokong China yang sangat patriotik tentunya telah menjalankan peranan yang sangat efisien di stadium malam final itu.
Lee Chong Wei tumpas.
Tidak mengapalah.
Saya rasa keperluan untuk semua rakyat Malaysia mengucapkan tahniah dan terima kasih pada Lee Chong Wei
kerana beliau lah, kontinjen Malaysia tidak pulang dengan tangan kosong sebagaimana yang berlaku di Olimpik Athens 4 tahun yang lalu.
kerana beliau lah, Jalur Gemilang masih berpeluang dijulang naik. Sekalipun belum rezeki untuk ‘Negaraku’ didendangkan.
Aku sempat menonton aksi Chong Wei di semi dan di final. Tentunya sangat berbangga melihat kesungguhan dan patriotiknya kebanyakan rakyat Malaysia yang sama – sama menyokong, menepuk, menjerit, melaung malahan menarik nafas lega apabila Chong Wei beraksi sangat cemerlang di Semi tempoh hari.
Final pula, Lin Dan sangat terlalu pantas untuk mematikan hasrat Chong Wei. Lin Dan layak untuk Emas itu.
Harapnya, tiada media Malaysia yang menghentam kegagalan Chong Wei memberi emas buat kita. Lee Chong Wei layak dan WAJIB DISANJUNG kerana beliau lah satu – satunya atlit Malaysia yang fokus dan menepati ramalan (tidak seperti atlit Malaysia yang lain).
Tahniah juga buat Misbun Sidek. Komitmen dan fokus beliau melatih seorang anak cina sehingga menjadi antara yang terbilang dalam arena ini tentunya sesuatu yang wajar untuk dibanggakan. Kerjasama yang paling mantap saya kira dan paling menjadi !
——————————————————————————-
Kehampaan saya masih lagi menjurus pada ‘Beregu Emas’ yang digembar-gemburkan.
Dalam hal ini, apakah masih lagi kesalahan terletak pada Koo Kiat-Boon Heong atau Rexy Mainaky yang harus kita tudingkan…?
Apapun, kelibat gandingan ini masih muda dan ada banyak ruang dan peluang untuk mereka kembali ke prestasi asal seperti di awal gandingan….
Yakin…… gandingan ini tetap akan menghadiahkan EMAS buat negara dari Olimpik satu hari nanti !
PERAK dari Beijing 2008, Syukurilah ~

