Debat Kemerdekaan 2008 : Epi. 2
Episod 2 kali ini saya ingin menyoroti beberapa situasi yang berlaku sepanjang berada di UMT untuk Debat Kemerdekaan IPT 2008 kali ini.
PENGANJURAN ‘BOLEH TAHAN’
UMT telah berjaya memainkan peranannya sebagai host dengan sangat baik. ‘Usher’ yang sangat rajin mengambil berat tentang pasukan yang diamanahkan antara aspek yang menarik perhatian kali ini. Masakan tidak, semata – mata nak pastikan team jagaan menepati masa, seorang ‘usher’ ini telah menelefon seorang pengawai pengiring sejak jam 6 pagi sehingga 8 pagi sebanyak hampir 10 kali. Kasihan pengawai pengiring tersebut tak dapat nak beradu dengan aman. Keseluruhannya, tempat tidur, makanan dan kemesraan boleh diberikan merit.
KUASA WANITA
Pendebat wanita tampaknya menyinar sepanjang debat kemerdekaan ini. Tidak silap ada dua pasukan yang meletakkan 3 pendebat utamanya adalah wanita — UPSI & UIAM. UIAM berjaya menjadi Juara Liga setelah 6 pusingan kelayakan sementara UPSI berjaya melangkah ke pentas akhir (naib johan).
Dalam masa yang sama, Top 3 Pendebat Terbaik Liga turut dikuasai wanita. Cik Habibah dari UPSI di tangga 1, Cik Husna dari UIAM di tangga 2 dan Cik Mahirah dari UIAM di tangga 3. Pendebat Terbaik Akhir turut diungguli oleh seorang wanita yakni Cik Habibah dari UPSI. Secara peribadi, sangat ‘comel’ gandingan wanita UIAM sementara gandingan wanita UPSI sememangnya berada pada kelas tersendiri. Tahniah WANITA TULEN
Seorang wanita bernama Cik Zakia Setu dari USM turut menarik perhatian saya. Sejak dari Debat Alam Sekitar tempoh hari ( tak berpeluang melihat ), namanya sudah menjadi sebutan. Kekuatan wanita ini pada kesantunan dan kelembutannya dalam debat. Teruskan usaha kejar kejayaan ya !
UTHM & USIM
Pasukan baru yang meningkat naik.
USIM berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir. Gandingan Ikhwan – Umairah ternyata saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
UTHM pula menyengat setelah 3 pusingan membuat kejutan berada pada Rank 1. Saya rasa UTHM boleh melangkah jauh andai ada anjakan perubahan pada keyakinan diri.
BAKAT BARU DOMINASI
Jujurnya, pentas Debat Kemerdekaan kali ini mempertaruhkan bakat baru secara dominan. Kebanyakan IPT mula beralih pada strategi memberikan pendedahan pada pendebat – pendebat baru. Antaranya, UiTM, USM, UNITEN dan lain – lain. Ini menjadikan hampir tiada pasukan favourite yang dilihat cukup dominan untuk dicopkan sebagai ‘juara menunggu’. Situasi seperti ini secara tidak langsung telah memberikan satu persaingan yang seimbang, adil dan sihat.
MASJID KRISTAL MEMPESONAKAN
Tarikan terbaru di Terengganu tentunya Masjid Kristal. Lihat dari jauh seakan membazir namun apabila benar berada di depan mata, ianya sangat mempesonakan. Terasa gahnya Tamadun Islam sepanjang berada di situ. Benar kata En Azizul Hakim, “Bina masjid lawa – lawa memang berkesan menarik orang untuk solat”. Benar jua kata Sdra Ali, “Alang – alang orang datang melawat, pasti terus bersolat”.
Senang kisah,
sebuah pengembaraan yang menarik di Debat Kemerdekaan 2008 ini.
Debat adalah sebuah pengembaraan ~

Insan Kerdil berkata,
Ogos 30, 2008 pada 12:00 am
Tertarik dengan frasa WANITA TULEN itu..
hahaha..
Apa pun kebangkitan banyak IPT memang sesuatu yg amat mebanggakan.