PPM 2009 Milik SMAPK & SSP !
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) dan Sekolah Seri Puteri (SSP), masing – masing telah dinobatkan sebagai Johan Bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri bagi edisi ke-36. Pertandingan Akhir ini telah dilangsungkan di PICC,Putrajaya pada 4 Julai 2009 yang lalu.
Saudara Mohd Nur Afiq Mohd Yasim dari SMAPK dan Saudari Amera Natasha Moore dari SSP dianugerahi Pembahas Terbaik Bahasa Melayu dan Pembahas Terbaik Bahasa Inggeris bagi pusingan akhir ini. Sebagai makluman, kedua-duanya turut telah dianugerahkan sebagai Pembahas Terbaik Keseluruhan bagi kategori masing-masing di HKSBP Mei lalu.
Ini adalah kejayaan kali keempat buat SMAPK setelah menjuarai kejohanan ini bermula pada tahun 2003, 2005 dan 2008. Sementara, kejayaan SSP ini lebih manis memandangkan ini adalah kali pertama PPM bertandang ke ‘destinasi baru’ SSP di Cyberjaya.
Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dr Hj Puad Zarkashi.
Tahniah kepada semua !
@re-sieve berkata,
Julai 6, 2009 pada 2:09 am
ade x video debatnya?
teringin nak tengok…
aik,dgr2 mak afiq tak kasi dah masuk debat ,
suh tumpu exam spm taun nie..
sayang,afiq xmasuk debat uia tahun nie..
kalo x,mesti dpt best speaker…
btw,
tahniah buat smapk..
nasyid pun gi kbagsaan lagi..AFU..
debat hkSBP ape citer lak?
mysarah berkata,
Julai 9, 2009 pada 9:38 pm
tahniah afiq….tahniah SMAPK….
tahniah kepada saudara OTEL dia atas doa yg tidak putus untuk SMAPK…tahniah!!!