Lirik: Ku Percaya Ada Cinta(Dato’ CT)
Single pertama taruhan album ‘Tahajud Cinta’: Dato Hjh Siti Nurhaliza.
Lirik tulisan: Puan Habsah Hassan
KU PERCAYA ADA CINTA
Mereka meragui
Wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala
Chorus 1
Ku rela..
Biar betapapun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya..
Tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta..
Tersembunyi hikmahnya pasti
Chorus 2
Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui
Ku rela
Biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya
Tidak sia-sia aku duji
Ada hikmahnya pasti
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci
Dan abadi….

Bagan Pinang:Kali ke-9 di Negeri 9.
Salam.
1. Seorang lagi Ahli YB dijemput pulang ke pangkuan-Nya dalam Ramadhan yang diberkati. Al-Fatihah buat bekas ADUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.
2. Bermakna, satu lagi edisi pilihanraya kecil@by-election yang masih tidak berkesudahan, sesudahnya PRU 12 Mac tahun lalu akan dilangsungkan.
3. Ini adalah By election yang ke-9 dalam tempoh mencecah setahun selepas PRU Mac 2008. Satu rekod yang di luar dugaan!
4. Simboliknya, kali ke-9 pilihanraya kecil ini, ianya berlaku di Negeri 9. kalau itu aturan-Nya!
5. Kali ini, pertarungannya dikatakan sengit. Bagan Pinang merekodkan kemenangan BN dengan majoriti melebihi 2 ribu pada PRU Mac 2008 tetapi Parlimen untuk DUN ini dikuasai calon PKR.
6. Juga, sudah ada ura-ura BN ingin meletakkan pemimpin kesayangan mereka, Tan Sri Isa Samad untuk kembali ke DUN. Tan Sri Isa Samad sudah tamat tempoh ‘edah politik’ berikutan keputusan lembaga disiplin UMNO dahulu ‘menghukum’ kerja rasuah pemimpin ini.
7. Sementara, pakatan pembangkang seia sekata ingin meletakkan calon PAS di kawasan tersebut sekali lagi memandangkan komuniti Melayu mendominasi kawasan itu. Tentang siapa calon PAS belum lagi ada ura-ura.
8. Hal yang sama, SPR akan bermesyuarat pada Isnin, 14 Sept 2009 untuk menentu dan menetapkan bilakah pemimpin baru Bagan Pinang akan dipilih rakyat. Mengikut undang-undang negara, ada kekosongan, pilihanraya perlu dijalankan dalam tempoh 60 hari sesudah makluman notis. Mungkin selepas Aidilfitri agaknya…
9. Apapun jua, DS Najib dan TS Muhyiddin serta jentera media stereotype mereka akan berhabis-habisan kali ini. Tidak dilupa, kehebatan ‘undi pos’ di Negeri 9 ini tentunya akan diserlahkan dengan penuh penghalusannya untuk edisi ini.
10. Tidak ketinggalan, DS Anwar dan konco-konco pakatannya sudah tentu berhabis-habisan dalam memastikan populariti masih bersama mereka. Untuk rekod, Pakatan sedang mendahului jauh dengan jaringan 7-1.
Apakah hikmah ketentuan yang sedang ditunjukkan oleh Yang Maha Esa tentang aturan edisi by-election yang entah bila hendak sudahnya……. ?
Kali ke-9, terjadi di Negeri 9
Salam Ramadhan.
‘Mungkinkah perubahan adalah jalannya…..?’
Terlalu Cinta Mereka~
Aku terlalu cinta akan mereka
Aku terlalu sayang akan mereka
Aku terlalu kasih akan mereka
…………. Emak & Abah ………………..

Ya ALLAH,
Panjangkan usia mereka….. agar ada kesempatan aku membalas jasa pengorbanan mereka
Kurniakan kesihatan buat mereka……… agar ada kesempatan aku menghargai mereka
Bahagiakan mereka………… agar ada kesempatan aku menyayangi mereka
YA ALLAH,
Murahkan rezeki ku……… agar ada keupayaan menggembirakan kedua-dua mereka
YA ALLAH,
Sampai syurga ku pinta kasih kami~
AMIN~