20 Sekolah Berprestasi Tinggi

Posted: Januari 25, 2010 in Dunia Semasa

Salam.

20 Sekolah Berprestasi Tinggi telah diumumkan Menteri Pelajaran, YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Senarai:

Sekolah berasrama penuh:
1. Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru
2. Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban
3. Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK), Perak
4. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
5. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
6. Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban
7. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
9. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
10. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah , Melaka
Sekolah menengah harian:
1. Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah
4. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang
Sekolah rendah:
1. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang utara, Kuala Lumpur
2. Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Bharu, Kelantan
3. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
4. Sekolah Convent Kota Taiping, Perak
5. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
6. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru

Komen:

Tahniah pada sekolah yang tersenarai.

Dalam kelompok SBP (Sek Berasrama Penuh) yang dipilih, memang seperti yan dijangka. Sekolah yang sudah ‘established’. Pelik STAR, Ipoh tidak tersenarai……

Cuma, kekeliruan ramai pihak tentang status ‘Sekolah Berprestasi Tinggi’ dengan ‘Sekolah Kluster Kecemerlangan’. Rasanya ‘Sekolah Kluster Kecemerlangan’ baru sahaja diuar-uarkan. Apa pula nasib pada sekolah-sekolah yang telah dipilih sebagai ‘Sekolah Kluster Kecemerlangan’ ? Atau, ini satu lagi jenama dari seorang Menteri Pelajaran yang baru……..

Masih menanti reformasi pada sistem pendidikan kita………………………….

Faham, ia satu proses yang rumit~

Komentar
  1. saiful berkata:

    ape2 je.. terlalu byk title..same school.. bosan…!!!

  2. saiful berkata:

    cume nk tnya result MCKK top 10 ke sejak kebelakangan ni? tanya sahaja!?

  3. hisham berkata:

    mana STAR?

    • akujep berkata:

      STAR insyallah tersenarai dalam list seterusnya

      • johan berkata:

        Tak adil la cmtuh. MC yg x brape dh skrg ni boleh list awl2, STAR yg making history ni die bg second batch lak. Ak x kesah psl MC, because mreka byk sokongan govt. Even MCOBA pn byk org kementrian but WTF ngn Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra?Skola yg bru nk establish pn bg first batch. This damn too annoying la. Mmg trase sume Old Boys psl bnde ni and dorg ckp Kementrian pilih based on discipline aspect yg mmg STAR tkkan trlpas nye. This too damn sad for us.

    • no name berkata:

      tulh,,
      star kn teror,,
      asl x dpt ek,,
      mckk tue dpt lak,,,
      padahal star lg teror

  4. hisham berkata:

    mana STAR? ada yg boleh jwb tak?

  5. shafifah berkata:

    Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad : http://wp.me/piAx4-167

    Pengajian Kitab 40 Hadits Penawar Hati oleh Syaikh ahmad Fahmi Zamzam : http://wp.me/piAx4-169

    Majlis Ta’lim Darul Murtadza pimpinan al-Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid : http://wp.me/piAx4-15U

    Kemelut Pemikiran Agama : http://wp.me/piAx4-15S

    Kajian (nama Allah) bawa paderi kepada Islam ! : http://wp.me/piAx4-15P

  6. cucunenekkebayan berkata:

    MCKK yg semua sedia maklum teruk pun dapat jugak ye?
    cis! adakah nama sekolah memainkan peranan?
    MC gay-gay.

    • akujep berkata:

      xpayah la kot nak tuduh mcm tu.
      saya bukan lah pelajar atau warga MCKK…
      senarai nama sekolah yang dapat tu mmg dah dinilai oleh jemaah nazir…
      bukan faktor result SPM dan PMR sahaja yang diambil kira

  7. hasnah berkata:

    naik menteri baru ada jenama baru .benda yang sama je. nama yg penting

    • akujep berkata:

      SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK) ialah sekolah yang cemerlang dalam klusternya dari aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pada konsepnya, Sekolah Kluster Kecemerlangan ialah sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya, yang dapat melahirkan murid yang menyeluruh dalam aspek akademik, kokurikulum, sahsiah dan penampilan diri serta pengurusan sekolah. Sekolah ini juga mempunyai bidang kebitaraan (niche area) yang menggambarkan watak sekolah selaras dengan Teras Strategik Ke-6 dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

      SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama. Rumusnya, sekolah yang diiktiraf sebagai SBT ialah sekolah yang terbaik di Malaysia, dipilih mengikut keperluan, berupaya untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

      RASIONAL pewujudan SKK adalah untuk mengenal pasti dan mewujudkan pusat kecemerlangan dengan kebitaraan tertentu, manakala SBT pula diwujudkan atas rasional untuk mengenal pasti dan mewujudkan sekolah- sekolah di Malaysia yang kompetatif di peringkat antarabangsa.

      Sehingga kini telah wujud 120 buah SKK di seluruh negara. SKK sudah berada pada Fasa 3 dan sedang melangkah ke Fasa 4 untuk meneruskan kesinambungannya.

      Walaupun pencalonan SBT terbuka kepada semua jenis sekolah yang ada di negara ini, ternyata 16 daripada 20 buah sekolah yang menerima pengiktirafan sebagai SBT pada tahun 2010, telah dinobatkan sebagai sekolah kluster kecemerlangan sama ada pada Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3. Kolej Tuanku Kurshiah (TKC) contohnya, akan mewakili negara dalam Pertandingan Wind Orchestra Dunia di Beijing pada bulan September 2010 dan mewakili Malaysia dalam Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Ke Amerika Syarikat pada tahun ini. The Malay College Kuala Kangsar, berjaya menganjurkan program World Youth Summit, Sekolah Dato’ Abdul Razak akan mewakili Malaysia dalam Pertandingan F1 In School di Singapura dan Kejohanan Rugbi Cobra 10-CIMB di Australia pada tahun ini. Manakala Sekolah Sultana Asma, telah menjuarai KL World Marching Band Competition, International Marching Band, Perade (KL Word Marching Band), Gold Medal Award With Honest dan Best Horn Line (KL Marching Band) serta menerima anugerah Johan Pertandingan Pancaragam Sekolah Menengah Malaysia pada tahun 2007. Kejayaan yang dipaparkan ini cuma sebahagian sahaja, banyak lagi kejayaan lain yang telah diraih oleh SKK sehingga kini. Selain mencipta kecemerlangan dalam bidang kebitaraan masing-masing, SKK tersebut telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik dan penarafan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia antara yang menjadi kayu ukur penilaian untuk SKK dan SBT.

      Sungguhpun kriteria pemilihan tidak menetapkan hanya SKK yang layak diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi, namun SKK menjadi frame work kepada SBT dalam usaha untuk terus melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan negara dan melahirkan pemimpin bertaraf dunia. Dalam maksud yang lebih jelas SKK akan bergerak seiring dengan SBT.

      UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
      KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
      28 JANUARI 2010

  8. akujep berkata:

    1. Pencapaian akademik yang menunjukkan trend menaik bermula dengan Take Off Value (TOV) sekurang-kurangnya 80% dalam peperiksaan awam (UPSR dan SPM);

    2.Pencapaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) atau instrumen yang setaraf dengannya sekurang-kurangnya 90% dalam semua dimensi;

    3.Menerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa:

    4.Berjaya melahirkan personaliti-personaliti unggul (towering personalities) yang menerajui kepimpinan negara, negeri, organisasi dan komuniti;

    5.Menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam dan luar negara;

    6.Wujud permuafakatan yang jitu antara sekolah dengan masyarakat yang memberi impak kepada keberkesanan dan kecemerlangan pendidikan di sekolah;

    7.Mempunyai jaringan yang aktif dengan sekolah-sekolah sama ada di dalam negeri atau di peringkat antarabangsa menerusi pelbagai bentuk program; dan

    8.Membina jaringan dengan institusi pendidikan tinggi di dalam dan di luar negara.

  9. dira berkata:

    Tak perlulah dikastakan lagi.Sedia maklum sekolah dalam bandar kesemuanya yang terpilih berprestasi tinggi.Bagaimana dengan sekolah di luarbandar?Sampai kiamat pun tak tersenarai.Anak saya bersekolah di kws luarbandar tetapi hampir dengan kws klang,shah alam tetapi 97 org murid mendapat 5A dlm UPSR.Dan kelas yg pertama cuma tinggal berapa kerat sahaja yg bersekolah biasa, lainnya dah masuk SBP.Jadi, rasanya tak payahlah bagi title macam-macam.Semua maklum di SBP murid terpilih.Tak semestinya yg bersekolah biasa tak berjaya.Nak kerja nanti takde siapa yg tanya kamu dari SBP atau SBT?

    • kukukaki berkata:

      anak puan tidak mendapat tempat di SBP atau tidak memohon?

    • cikgu convent berkata:

      walaupun murid di SBP adalah yang terpilih, tapi masih ada lagi sekolah harian biasa yang dapat menyaingi SBP. Contohnya seperti sekolah convent harian biasa dan hanya sekolah bantuan modal sahaja masih dapat menjadi antara 10 sekolah terbaik di malaysia BAGI SPM 2009. Sebenarnya mentaliti dan suasana keadaan persekitaran menjadi PENGARUH yang sangat KUAT terhadap BUDAYA BELAJAR murid di sekolah. Persekitaran tak kisah di luar bandar atau bandar, mesti ada suatu budaya bersaing yang kuat. Contohnya, kawasan bandar mempunyai budaya persaingan yang tinggi antara penduduknya hingga memberi kesan pada anak2 mereka. Anak-anak mereka merasakan mereka perlu bekerja keras untuk mendapat PENCAPAIAN yang tinggi lalu berlaku persaingan yang sengit. Berbeza pula di kawasan luar bandar, dimana kehidupan “kejar-mengejar” jarang berlaku. Tiada persaingan sengit, sebaliknya mereka telah pun dilabelkan sebagai BAKAL PETANI, PENEROKA, PENTERNAK, PENIAGA dan lain-lain. Itulah yang berlaku terhadap mentaliti yang berbeza di setiap kawasan di sekitar negara kita. Tentang fenomena KATEGORI SEKOLAH ini berlaku sebenarnya bukanlah untuk Sek yang berjaya itu. Tetapi adalah untuk membakar semangat Sek-sek lain untuk berusaha keras bagi mencapai kejayaan yang sama seperti Sek tersebut. Lagipun peluang ini semua terbuka tidak kira mana Sekolah pun. Contohnya SMK Convent (bukan berasrama) juga diberi peluang untuk mendapat kategori SBT. Cuma kadang-kadang sek-sek lain kurang bermotivasi dan tidak ambil kisah tentang kategori sek2 begini.

  10. farid al azim berkata:

    tersentap sbb star ipoh x dpt di highlightkan..sume warga star sbnrnya terkilan n bersedih

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s