Arkib untuk Januari, 2008

Selamat Hari Jadi Adik Sharlinie~

Posted: Januari 30, 2008 in Dunia Semasa

Sudah genap 21 hari pencarianmu….

Kedukaan yang terus menyelimuti keluarganya….

Hitung nasib seorang adik yang penuh persoalan….

Kesengsaraan si kecil merindui ayah ibunya….

Ya Allah, pohon kami dengan kesungguhan….

Peliharalah adik ini dalam kesejahteraan….

Lembutkanlah hati si durjana dengan hidayahMu…

Anak kecil ini tidak berdosa malahan belum mengerti….

Kembalikan anak ini dalam kesempurnaan kejadianMu….

~30 Jan : SELAMAT HARI LAHIR ADIK SHARLINIE~

Kembalikan Adik ini !

Parti Mahasiswa Negara?!?

Posted: Januari 29, 2008 in Dunia Semasa

parti-mahasiswa-negara.jpgAzlan Zainal, graduan Universiti Malaya menjadi sangat popular sejak kebelakangan ini. Bukan kerana dia diangkat sebagai penerima Anugerah Emas atau Anugerah Dekan atau Anugerah Diraja sebaliknya fi’il berani yang istiqamah dibawa oleh dia kini ke pentas politik sebenar. Cadangan penubuhan PARTI MAHASISWA NEGARA dan lebih mencuitkan hati, KEINGINAN BERGELAR CALON untuk PILIHANRAYA UMUM KE-12(bukan ‘campus election’) pastinya antara berita yang menghiasi dada-dada akhbar sehari dua yang lalu ini.

Entahlah, perkara ini seolah-olah tidak perlu untuk diulas. Saya lebih gemar memberi respons sebagaimana topik yang saya nukilkan untuk post ini. Di mana relevansinya cadangan sebegini ? Sedangkan parti-parti sedia ada di ‘main stream’ (yang cukup pakar dan ada dana kewangan yang jelas) pun masih tercungap-cungap hendak membina dan mempertahankan asasnya, inikan pula sebuah parti yang membawa nama mahasiswa dan geraklaku sepenuhnya di kalangan mahasiswa. Tentang dana, menurut Azlan Zainal dalam petikan akhbarnya, “Kami ada dana yang cukup untuk meletakkan calon-calon kami bertanding….”. Siapakah pula yang menjadi ‘penyumbang Emas’ pada gagasan parti ini? Sumbangan para mahasiswa kah ? Mahasiswa guna duit pinjaman PTPTN kah ? Pemegang Biasiswa JPA/MARA menyalurkan kah ? …Perlu untuk diselidiki….

Saya tidak mahu untuk mengulas dari persepsi sebagai seorang mahasiswa menasihati mahasiswa yang terlibat ini. Kerana saya tahu pada ketika kita sudah digelar MAHASISWA, kita sudah terlalu arif tentang membezakan yang mana wajar dilakukan atau tidak. Tindakan seperti ini, hanya membusukkan nama mahasiswa yang ada (lebih-lebih lagi, kalau anda mahasiswa varsiti perdana negara).. Fikirlah sendiri ! Tidak ada relevansi langsung !

Bahang 12th General Election mmg sudah sangat ketara. Ini adalah election umum pertama yang saya turun mengundi, jika selama ini hanya melihat dari jauh sahaja pusat pembuangan undi. maklumlah umur baru menjengah 21 Tahun. Tanggungjawab untuk mengundi pasti akan saya laksanakan ! Apa yang ingin saya nasihatkan buat rakan-rakan mahasiswa, jika teruja sangat untuk terlibat dalam bahang general election ini, TURUNLAH MENGUNDI dan PILIHLAH PARTI PUJAAN ANDA ! Kita masih diberi pilihan dan pilihan yang ada pun masih banyak (ada BN, ada PAS, ada DAP, ada ADIL,,macam-macam ada) dan belum mencapai satu tahap keperluan untuk PMN ada . Ini lagi tepat dengan kapasiti yang ada pada kita selaku MAHASISWA.

Dan, saya ingin nasihatkan pada pihak – pihak yang terlibat (jika ada)… pada yang ‘sponsor’, pada yang ‘batu api’, pada yang ‘planner’… JANGANLAH MEMPERGUNAKAN MAHASISWA-MAHASISWA ITU… Berilah ruang dan peluang untuk kalangan mahasiswa ini untuk bernafas, membina kehidupan dan merealisasikan ciTa.. Janganlah menyokong gagasan sebegini kerana ianya hanya akan memalit titik hitam pada generasi masa depan negara ini !

Pesanan saya, kadang – kadang kita boleh menjadi idealistik…. tetapi dalam apa jua keadaan, lebih baik untuk kita bertindak secara realistik terlebih dahulu…..!

KATAKAN TIDAK PADA ‘PARTI MAHASISWA NEGARA’ !!!

blogging:satu manifestasi

Posted: Januari 28, 2008 in Peribadi

manifestasi meluahkan segala tafsiran…

manifestasi menggambarkan keinginan

manifestasi menzahirkan kebebasan…

manifestasi seorang anak merdeka !

~di pentas maya ini, pena ini akan mengukir~