PRU12: 13 hari berkempen

Posted: Februari 15, 2008 in Dunia Semasa

Nampaknya angka 13 bukan sahaja menjadi obsesi pada YAB Pak Lah tetapi juga pada ahli-ahli panel Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang bersidang semalam untuk menentukan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi.

Maka, telah pun diumumkan secara rasmi oleh Pengerusi SPR, tarikh penamaan calon adalah pada 24hb Februari 2008 dan tarikh pembuangan undi adalah pada 8hb Mac 2008. Menyangkal pendapat sesetengah peramal yang tarikh pembuangan undi pada 1.3.2008 (simbolik pada angka 13-kegemaran Pak Lah). Namun, masih lagi boleh disinonimkan dengan tempoh yang diumumkan apabila angka 13 tetap berjaya dikaitkan. 13 hari tempoh berkempen setelah hari penamaan calon nanti. Kebanyakan penganalisis menganggap tempoh 13 hari itu adalah agak lama berbanding kebiasaan namun ramai juga yang menganggap inilah peluang sebaiknya untuk semua yang bakal bertanding untuk ‘memuntahkan’ janji dan manifesto parti masing-masing. (fi’il malaysian-bagi lama pun salah, bagi sekejap pun salah).

Kini, pastinya seluruh jentera sedang berhempas pulas memerah tenaga serta melakukan final screening kepada nama-nama calon yang bakal diletakkan sebelum segala-galanya dimuktamadkan oleh pengerusi parti masing-masing. Tentunya, detik 24 Februari akan menamatkan segala spekulasi orang-orang yang akan dihantar ke Pusat, diturunkan ke negeri atau ‘berkubur’ perkhidmatannya. Seperkara lagi, apakah satu kenyataan Parti Mahasiswa Negara akan juga ‘menebalkan’ muka untuk menamakan calonnya pada PRU12 ini. Sama-samalah kita nantikan 24 Februari ini. Dengan pengumuman SPR semalam juga, sahlah DS Anwar Ibrahim belum lagi berpeluang untuk menghumbankan dirinya semula ke dunia politik ‘mainstream’.

Hurm, apakah obsesi pada angka 13 kali ini kerana Pak Lah benar-benar mengharapkan ‘tuah’ angka itu bagi melestarikan keajaiban politik nya semula sebagaimana yang pernah Pak Lah lakukan pada PRU2004 ? Pada ALLAH segalanya diserahkan….

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s