PRU12: Istana Budaya Medan Kempen.

Posted: Februari 15, 2008 in Dunia Semasa

Impian hampir bertahun lamanya akhirnya termakbul jua. Memasuki Panggung Sari Istana Budaya dan menikmati keindahan persembahan yang disajikan akhirnya dapat jua terlaksana. Terima kasih buat Sdra Ali Asyraf yang mencetuskan idea ke IB ini. Menyaksikan konsert percuma bernama KONSERT BARISAN BUDI………

Dirasmikan oleh YAB Pak Lah pada 13 Feb (malam setelah diisytiharkan pembubaran parlimen), maka bermula persembahan konsert ini sehingga malam terakhir Sabtu ini.

Asasnya, Barisan Budi memang 1 pilihan nama yang tepat nak menggambarkan motif konsert ini diadakan. Inilah usaha YB Rais Yatim dengan KeKKwa nya untuk menunjukkan komitmen secara kreatif mengangkat martabat kerajaan pimpinan(Barisan Nasional) setelah 50 tahun memimpin kedaulatan tanahair. Secara keseluruhan, konsert ini memang menarik (maklumlah di IB) walaupun sebenarnya ianya seakan-akan menjatuhkan ketinggian martabat IB namun untuk 1 konsert yang percuma, bolehlah dikatakan konsert percuma yang superb!

Tetapi konsert ini memang bertujuan untuk membuka mata masyarakat Malaysia mengenai keprihatinan dan kerajaan pimpinan Barisan yang sedia ada ini terhadap segala bentuk kemakmuran yang telah dikecapi. Sketsa lakonan Abon,Rama, Ebby Yus dan Angelina Tan memang ‘pukul habis’ audiens terhadap motif Konsert Barisan Budi ini diadakan. Skripnya memang tepat dan cocok dengan demam PRU12 yang sedang melanda ini. Jawapannya, Istana Budaya mencatat sejarah tersendiri sebagai gelanggang kempen juga. Tidak salah, inilah juga tanggungjawab insan seni terhadap keprihatinan kerajaan BARISAN yang berBUDI pada kerjaya mereka dengan baik selama ini. (lebih-lebih lagi, bawah pimpinan YB Rais Yatim di Kekkwa).

Lain-lain persembahan, Dayang dengan ‘Hero’ sambil dihidangkan dengan klip-klip wajah YAB Pak Lah. bagi saya persembahan inilah yang sangat memukau dan adakalanya terharu mendengar bawaan Dayang kepada Hero khas buat YAB Pak Lah. Zamil dengan nyanyian nukilan YAB Pak Lah ‘Ku Cari Damai Abadi’ pun sesuatu yang harus dibanggakan juga. Sementelah, vokal Dina tanpa sebarang keraguan dengan gaya tersendiri membawa kegemilangan lagu ‘Gemilang’ dengan baik. Pun, diselitkan dengan pergerakan pentas memaparkan kemajuan yang telah dicapai negara.

Baiknya konsert ini, memang berjaya menggerakkan hati saya untuk mengundi Barisan yang sedia ada kerana Budi baktinya yang tidak terperi belum boleh mengizinkan alternatif kepada Barisan yang lain. Berjaya juga idea Kekkwa untuk berkempen melalui gaya seperti ini. Memang banyak yang sedang dilakukan oleh pimpinan YAB Pak Lah, sekalipun berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan tapi kepimpinan bawah YAB Pak Lah ini adalah sesuatu yang realistik.

Apapun, tahniah Kekkwa..tahniah IB..

Sejarah ‘kempen’ dilakar di IB !

Advertisements
Komen-komen
  1. Ali Asyraf berkata:

    entah bile “PLKN berbaju biru, motif?” hendak ada blog sendiri?

    penamaya : berilah ruang BTN membasuh dulu ya !

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s