PRU12 : Pengundi Hantu sudah bersedia ?!?

Posted: Mac 2, 2008 in Dunia Semasa

Detik ke hari pengundian hanya berbilang 7 hari. Seminggu yang terakhir untuk keseluruhan jentera parti bertanding ‘pukul habis’ segala strategi kempen. NST dan beberapa akhbar sejak dua hari yang lalu mendedahkan hampir 2.7 juta pengundi adalah ‘pengundi atas pagar’ dan masyarakat Cina kelihatan menjadi subjek penting yang dipujuk untuk terus mengundi kepimpinan Barisan yang sedia ada.

Dalam masa yang sama, kempen pembangkang turut ‘indah’ dengan dihiasi pelbagai spekulasi yang dimanipulasi pihak lawan antaranya kenyataan Presiden PAS tentang kebenaran mengumpat dan gelaran ‘bodoh UMNO’ oleh Mursyidul Am PAS menghiasi paparan utama B.U (Buletin Utama aka Berita Umno).

Di sebalik keghairan tersebut, kenyataan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali dalam siri kempennya mendedahkan dakwaan kononnya seramai 85,000 orang ‘pengundi hantu’ akan dihantar ke Kelantan dan Terengganu dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional. Hurm….. Hantu sudah bersedia kah ini ? Taklimat dah berjaya dijalankan kah ?

Seperti kebiasaan, YAB Pak Lah tenang menjawab yang tiada ‘hantu’ akan dihantar mengundi kerana jumlah 85,000 orang yang dimaksudkan adalah anak-anak Terengganu dan Kelantan yang berada di luar negeri masing-masing untuk komited kembali mengundi pada 8 Mac ini. Katanya, untuk memangkah BN !

Kisah ‘hantu’ menjadi pengundi ini bukanlah satu kisah yang baru. Memang sudah lama dan sebati dengan tradisi election di Malaysia ini. Baik election peringkat nasional atau pun campus election. Cuma kadang-kala ada betulnya kata-kata Pengerusi SPR, ada hantu tu, tolong lah tangkap ! baru ada bukti dan senang nak bawa mahkamah.

Jadi, sama-samalah kita nantikan 8 Mac ini…. apakah jerat, perangkap atau pagar batin yang nak digunakan untuk menangkap ‘hantu’ ini ?

Buat pihak yang bercadangkan mengutuskan ‘hantu’, BATAL kan sahaja perancangan ini kerana biarlah MANUSIA yang masih hidup mengundi barulah KEADILAN itu ada !

Buat pihak yang berhujah ada ‘hantu’ ini, jangan cakap kosong sahaja. Berani ke hadapan, fikirkan strategi, tangkap dan hadapkan lah ‘HANTU’ itu.

BERSAING SECARA SIHAT. SELAMAT MENGUNDI !

kenangan: Teringat kisah ‘pengundi hantu’ di sebuah kolej kediaman semasa campus election di UM yang lalu. Kali ini, memang berjaya ditangkap ‘hantu’ tersebut.

Advertisements
Komen-komen
  1. kipp berkata:

    Cuba ko try check kat website SPR tentang umur pengundi di bawah ini:
    801018775059 800311086231 811028045577 830416610017 841207065917 851222740019 850513106435 851117106729 850802106378 850916086838 860320145365 861101105077 860208145701 860320145357 861217145011 860126145839 871205740015 870914105781 870418105790 871016146308 881231100432 881103750027 880505066047 880906087033 881030136332 891102740096 891129740088 890520610089 890112146416 890920076065 890403615016 910609755079 920622710069 920612740045

    Aku rasa bukan setakat 80 tahun dah… beratus tahun dah, tapi masih wujud dalam sistem SPR….

    Kata Malaysia maju, tapi yang ini pun tak dapat nak buang.

    penamaya : itulah dia ! Bila ada pihak mendedahkan, x nak plak percaya.

  2. sarahss berkata:

    otel!!!!slamat mngundi!!!!kekeke đŸ™‚

    penamaya : Selamat Mengundi !

  3. nisda_syarfini berkata:

    kenangan: Teringat kisah ‘pengundi hantu’ di sebuah kolej kediaman semasa campus election di UM yang lalu. Kali ini, memang berjaya ditangkap ‘hantu’ tersebut.

    inilah hantu di siang hari…

    penamaya : hantu siang hari senang tangkap agaknya. hehe.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s