PRU12: Tok Maimun ‘MENANG Di Hati’ !

Posted: Mac 7, 2008 in Dunia Semasa

UNDILAH TOK MAIMUN

Sayu rasa di hati melihat perjuangan Tok Maimun yang akhirnya berjaya dikabulkan niat dan hasrat menjadi seorang calon PRU. —satu perjuangan yang penuh makna !

Hari ini segala penat lelah Tok Maimun akan berakhir setelah puas berkunjung dari rumah ke rumah meraih undi dan sokongan. Walau apa yang bakal terjadi besok, saya rasa Tok Maimun telah pun MENANG di hati kami !

Tahniah dan syabas pada bloggers yang terus-terusan memberi sokongan pada Tok Maimun ini. Malahan, saya cukup teruja melihat kelahiran sebuah blog yang digunakan untuk kempen siber Tok Maimun kita ini. — lawati  http://maimunbintiyusof.blogspot.com

Besok, Tok Maimun akan berdepan dengan calon BN, merangkap Pengerusi PTPTN, Datuk Razali dan Naib Presiden PAS, Abg Mat Sabu. Penduduk sekitar Parlimen Kuala Terengganu akan memangkah membuat perhitungan besok. Harapan saya, undi anda tidak akan dianggap satu undi yang sia-sia jika anda mengundi Tok Maimun. Sekurang-kurangnya satu pengajaran dapat diberi pada BN dan PAS jika seorang calon BEBAS yang super-Veteran ini diangkat sebagai wakil mereka. Namun, jauh di sudut hati saya, andai sekalipun tewas Tok Maimun, doa saya agar Tok tidak kehilangan wang pertaruhan RM 10ribu (perlukan sekurang-kurangnya 7ribu undi). Semuanya terpulang pada kuasa pangkah yang ada pada tangan penduduk Parlimen Kuala Terengganu.

Pastinya ini adalah salah satu ‘hotspot’ PRU12 penamaya. Pasti tidak sabar menunggu malam 8 Mac besok.

Terima kasih pada semua bloggers yang turut bersama-sama menyokong perjuangan seorang nenda ini dan kita mengharapkan yang terbaik buat nenda ini besok !

Salam Sayang buat Nenda Maimun Yusof !

Advertisements
Komen-komen
  1. mysarah berkata:

    adik sy ckp time sy undi…” akk jgn lupe pangkah nenek yg tua tu tau…sian die”…sentap sy…huhu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s