Pak Lah Dipaksa Letak Jawatan?!

Posted: Mac 10, 2008 in Dunia Semasa

YAB Pak Lah selamat melafazkan sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia semula. Penggal kedua YAB Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia. Pada penggal pertama, signal restu cukup baik diberikan tetapi kali ini seakan-akan warning yang telah dihulurkan buat YAB Pak Lah. Apapun keadaannya, jam 1130pg tadi, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah sah sebagai Perdana Menteri, menafikan segala spekulasi yang beliau akan meletakkan jawatan.

                                                                           Pak Lah

Namun, dalam saya membelek-belek media alternatif (bosan baca media utama, masih tak belajar dari silap!!!), saya tertarik pada satu khabar angin yang mengatakan satu himpunan atau bantahan telah dirancang oleh pihak-pihak tertentu untuk menekan dan menggesa secara bantahan rasmi mengenai perlantikan semula Pak Lah selaku PM. Ini berikutan rasa ketidakpuashatian pihak tertentu ini mengenai prestasi Pak Lah terhadap PRU12 yang lalu dan  melihat seolah-olah Pak Lah tidak bertanggungjawab dalam kegagalan penuh aib BN dalam PRU12, 8 Mac lepas. Kata mereka, Pak Lah harus letak jawatan ! —- erm, ini cuma satu khabar yang belum sahih ya !

Jujurnya, saya tidak mahu Pak Lah letak jawatan. Ya, beliau perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan respon kepada mesej yang diberikan oleh rakyat ini tetapi caranya bukan dengan meletakkan jawatan ! Kepimpinan Pak Lah masih lagi belum terbukti, beliau perlu membuktikan sesuatu !

Tun M pun pernah melakukan kesilapan sehingga boleh dikatakan segala isu mengenai kebangkitan dan reformasi rakyat adalah berpunca dari tindakan Tun M tetapi mengapa Tun M tak nak pula letak jawatan ketika itu ? Sedangkan seluruh negara ketika itu berhimpun membawa sepanduk ‘menghalau’ Tun M dari takhta selaku PM ! Jadi, tindakan Tun M untuk melakukan serangan media supaya Pak Lah letak jawatan dan mencadangkan Najib sebagai PM adalah tidak rasional. Tindakan ini seolah-olah lebih menegangkan apa yang sudah tegang dalam UMNO ketika ini !

Pendirian penamaya — Pak Lah Tidak Boleh Tunduk pada Gesaan Letak Jawatan ! sebab saya merasakan Najib belum lagi berkredibiliti untuk menjadi PM (beliau pun banyak sgt isu yang boleh dijadikan modal). Selain Najib, saya sendiri pun tidak nampak sesiapa yang mempunyai ketokohan untuk diangkat sebagai pemimpin baru dalam UMNO ! — sesuatu yang harus dibedah siasat ! ( Di Manakah pemimpin muda UMNO yang menepati cita rasa dunia semasa ???)

Kita beri Pak Lah sepenggal lagi untuk membetul dan memperbaiki keadaan. Jika dalam jangka masa ini beliau gagal, pada PRU13…buatlah perubahan besar-besaran !!! Tindakan pertama yang perlu Pak Lah lakukan— BERTINDAK VETO & MANSUHKAN TINDAK-TANDUK KHAIRY JAMALUDIN !!!!

Obsesi angka 13 kali ini seakan-akan tidak membawa TUAH.

Apakah PRU13 nanti, lebih malang yang akan menimpa ???

Advertisements
Komen-komen
  1. ahib0205 berkata:

    paklah dh kata dia tak mau letak jawatan dan akan terus berjuang la. pastu biarlah dia. ada jugak nk gesa2 ye? kalo gesa leh jadi tak paklah akan letak jawatan? kalo boleh aku sokong jek 😛

    bukan apa. aku dh tak larat la dgn dunia hiburan yg melampau membanjiri la ni. kiamat sudah dekat tp… huh, aku budak jahat la sbb aku risau. wokeh, PRU13 aku rasa bergantung dlm tempoh 2 atau 3 tahun lg. tgk mcm mana. kot2 minyak naik lagi ka. 😛

  2. Taib Hashim berkata:

    Pal Lah tak relevant lagi bagi orang2 Melayu

    Islam Hadhari perlu di mansohkan.

    Segala projek2 KORIDOR perlu di nilai semula olih EPU.

    Perasuah2 NEGARA mesti di bawa kepengadilan.

  3. Taib Hashim berkata:

    Jangan PAKSA Pak Lah letak jawatan.

    MALU lah orang tua nih.

  4. thanaif berkata:

    Marhaen dari Barisan Rakyat wajar tidak terlibat dengan mesej-mesej yang seakan mahu kita melupakan bahawa Barisan Rakyat miliki barisan kepimpinan yang berupaya memelihara dan melindungi sistem bermasyarakat di tanah air.

    Di negeri dan wilayah yang dimenangi oleh Barisan Rakyat kita adalah kerajaan yang sah dan memenuhi lunas undang-undang dari sistem demokrasi berparlimen KITA BUKAN PEMBANGKANG.Dan amat wajar setiap warga menghormatinya dan tidak menafikan keperluan untuk cepat kerajaan negeri ditubuhkan tanpa sengaja dilengahkan.

    Di pentadbiran pusat sahaja kita masih pembangkang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s