Arkib untuk April, 2008

   

Nampaknya isu pasca PRU12 memang belum menampakkan apa-apa tanda nak kendur dan reda. Masih ada lagi sisa – sisa cerita yang sentiasa diSENSASIkan saban hari. Tak tahulah samada memang isu itu benar – benar terjadi atau tujuannya untuk MENIMBULKAN isu semata – mata. Dalam hal ini, pihak yang mencetuskan isu, lebih tahu….

Isu Terbaru adalah mengenai “PAKATAN RAKYAT AKAN AMBIL ALIH PEMERINTAHAN” nampaknya semakin berbunyi. Dalam hal ini, de facto leader yang telah pun bebas dari jajahan politik, DS Anwar Ibrahim begitu berani melaungkan yang PAKATAN RAKYAT akan MENUMBANGKAN BN dalam Parlimen sekaligus mengambil alih pemerintahan Malaysia bila – bila masa dari sekarang. Jika tidak Julai, ketika Ogos dan paling lambat September. Diramalkan tarikh pusaka 16 September akan menjadi simbolik kepada isu ini. Ini berikutan pakatan dalaman yang sedang gigih dilaksanakan untuk ‘melompatkan’ ahli MP BN di Sabah masuk ke Pakatan Rakyat. 30 orang dikatakan bersetuju dan hanya menunggu masa untuk dijalankan. hmm,, Sabah MP yang dijadikan sasaran ye … BIJAK ?!?

Kemudian, DS Anwar Ibrahim meramalkan yang beliau akan menjadi PM Ke-6 Malaysia dalam masa 3 tahun mendatang ini dengan kata-kata yang beliau tidak mahu tergesa – gesa. Persoalannya, dah kuasai 82 Kerusi Parlimen- 5 jajahan takluk negeri – berjaya tubuh Pakatan – Keadilan paling banyak kerusi – bebas Berpolitik — terus jalankan strategi LOMPAT dan jadi PM KE-6 … tergesa kah ini atau memang satu kesempatan yang perlu diambil dengan segala ruang peluang yang datang ‘mengejut’ ?!

Kemudian, bersuara lah seorang Menteri baru, YB Shabery Chik, Menteri Penerangan baru. 30 orang nak lompat parti, BN tak da lah risau mane sebaliknya PAKATAN yang perlu risau apabila ada ura-ura MP Pakatan melompat gara – gara isu TERNAK BABI 100Juta di Selangor. Kenyataan ini memang dilihat ada asasnya kerana BN hanya perlu tarik 8 sahaja wakil MP Pakatan untuk dapatkan 2/3 majoriti tapi kenapa Menteri ini hendak kaitkan dengan BABI DI SEPANG ???…. Yg pasti, MP Pakatan bangsa Cina di SElangor, tak kan melompat gara – gara BABI… MP PAS PAKATAN di Selangor pun dilihat tak akan berbuat demikian kerana semangat perjuangan mereka memang TEGAR ditambah lagi kenyataan Tn Guru Hj Nik Aziz yang bersetuju projek TERNAK ini selagi patuh pada regulasi alam sekitar & MP PKR tentu-tentu lah berdiri teguh ! YB Menteri Shabery ni nak BOM kan isu BABI ya ? Fikirlah elok-elok dulu !

Namun, YB Shabery yang kenyataannya tidak perlu risau dicantas YB Najib apabila akhbar mutakhir hari ini melihatkan ke’sedar’an YB Najib untuk BN mengambil berat terhadap keberanian DSAI menyatakan ‘angan’ nya tentang isu LOMPAT ini. Dari satu sudut, YB Najib semakin realistik kerana pengaruh DSAI ini memang tidak boleh dipandang remeh. Seperkara sudut lain pula, mungkin YB Najib risau kerusi PM Ke-6 akan hilang jika beliau tidak mengajak BN untuk ‘sedar’. Timbangkanlah!

Antara Angan DSAI dan Sedar YB Najib……

Jangan perjudikan nasib AGAMA, BANGSA & NEGARA !!!

Beri ruang pada pimpinan sedia ada…..

Pimpinan STAND BY, kukuhkan segalanya dahulu….

Ingat….. JANGAN GOPOH & TERGESA,

kelak memori 2 September 1998 BERULANG !

 

 

mUSim eXAm sedang rancak berlangsung di kebanyakan IPTA negara ni. Begitu juga di UM.

Namun, Minggu 1 Final Exam di UM tentunya hangat dan sensasi. Lokasi yang menjadi medan hempas pulas pelajar untuk melunaskan jawapan exam yakni BANGUNAN PEPERIKSAAN…. TERBAKAR !!!!

Sejujurnya, saya sendiri tidak berapa maklum mengenai isu ini sehinggalah tergerak hati membuka laman UMISISWEB apabila adanya ‘Important Notice’ mengingatkan mahasiswa untuk alert dengan pindaan masa dan lokasi exam. Memang Rombakan Besar-besaran la terhadap lokasi exam ! Kemudian, ada sahabat mengirimkan sms mengatakan “BP Terbakar. Huhu”… Agak surprise !!!

Namun, sehingga kini, saya pun tak berapa pasti, ada atau tidak apa – apa kenyataan rasmi dari pihak Keselamatan atau pihak pentadbiran UM mengenai isu ‘Bakar’ di BP ini.

Kemudian, seperkara lagi yang agak memeranjatkan adalah PERATURAN BARU yang dijalankan oleh Dato NC dan rajin dikuatkuasakan oleh Keselamatan UM adalah ‘PENUTUPAN PINTU PAGAR KELUAR-MASUK SELEPAS PUKUL 12 TGH MALAM’. Quite surprised la !!! Perkara ini pun baru dikuatkuasakan, entah apa puncanya saya pun tidak tahu.

Sekali lagi, pihak Keselamatan dan pihak pentadbiran ‘mengunci’ mulut bagi memaklumkan New Rule ini… sebab dan musabab nya. Dikuatkuaskan dengan penuh serta-merta dan komited oleh pihak Keselamatan !! TAHNIAH !

Dalam kedua – dua hal ini, seharusnya ada pihak yang perlu mengambil langkah proaktif untuk memberikan penjelasan yang jelas mengenai hal ini. Adakah kerana kesilapan pihak Keselamatan yang lebih gemar ‘MERONDA DARI JAUH’ hingga gagal mencegah sebarang perkara yang tidak diingini atau isu ‘Bakar’ itu ada dalang di sebaliknya lantas langkah SEKAT KELUAR-MASUK patut dilakukan. Perkara ini perlu dijelaskan sebaiknya….

Dalam hal ini, di manakah pihak bertelagah yang ‘Syok Sendiri’ itu. Terus diam….. ?

oH SaiDa ~

Posted: April 19, 2008 in Uncategorized

aKhirnya di Konsert ke-5 AF6 ini menjadi medan terakhir buat Siti Norsaida Tarudin (SAIDA) bergelar pelajar AF.

Persembahannya dalam KOnsert ke-5 ini memang tidak menampakkan apa-apa perubahan yang ketara dengan sikap pemalunya masih lagi menguasai persembahannya. Akibat penonton aka pengundi dah tak nak lagi tunggu, SAIDA TERSINGKIR !

Saya redha dan pasrah lah, sejak minggu lalu ketika menyanyikan lagu Hati Kama, dah ketara sangat kecacatan dalam persembahannya. Sekalipun minggu ini ada better nya, tapi itulah… MALU dan pengundi pun jadi MALU nak mengundinya. Dato CT n Dato K, x support SMS ler ni !

Apapun, TAHNIAH BUAT SAIDA. Saya rasa beliau dah menjelajah banyak sangat perkara tentang kehidupan dalam AF tu. Persinggahan yang baik buat Saida. Seeloknya, tempat isteri memang di sisi suami dan anak – anak yang masih kecil sudah terlalu merindui ibunya, Saida ini.

Hurm, biasanya tonton AF sebab ada SAIDA, selepas ini, BAGAIMANA ye ????

BEST OF LUCK SAIDA !!!

 

HAPpy ExaM !

Posted: April 18, 2008 in Peribadi

Salam.

Buat semua rakan di IPTA,

SELAMAT MENDUDUKI FINAL EXAM SEMESTER ini !

Semoga ALLAH memudahkan segala urusan kita, melapangkan hati dan fikiran kita.

Khusus buat teman di Universiti Malaya (UM),

> coursemate — semoga menjawab dengan tenang. walaupun semua paper tis sem agak killer.

> MPMUM — sudah – sudahlah dulu berhimpun, berkumpul, “peace walk” atau “Notis berkumpul”. Undi tak percaya atau dah kepingin nak ke takhta. Bersabarlah dulu ya. Rasanya, tak ramai di UM tu yang ambil pusing hal – hal ini (lebih2 lagi musim exam), kalian jangan SYOK SENDIRI pula !

 

Harapan saya,

> semoga EXAM kali ini dikurniakan kesihatan dan stamina studi yang baik dari ALLAH.

> semoga gigih dan mudah segala urusan dalam menghadapi soalan dan memberikan jawapan.

> semoga pemeriksa terang hati, baik moodnya dalam membuat penilaian.

> semoga hari – hari EXAM dilalui dengan tenang dan jayanya!

AMIN ~  

~ HAPPY EXAM EVERIBODI ~

Syabas ‘Alaikum ~

Posted: April 17, 2008 in Dunia Semasa, Peribadi

TAHNIAH buat Pasukan Debat Sek Men Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) atas kejayaan menggungguli kategori Bahasa Melayu dan buat Pasukan Debat Sek Tuanku Abdul Rahman (STAR) atas kegemilangan bergaya bagi kategori Bahasa Inggeris di Kejohanan Debat Sekolah Malaysia anjuran UIAM dan Kem. Pelajaran Malaysia tahun 2008.

Hisyamuddin, Afiq dan Mustaqim —- ianya antara NAK atau TAK NAK . Terima kasih sebab korang bertiga TELAH MEMILIH yang TEPAT !

Cik Dahlia, Pn Hashimah dan Pn Kamariah —- kekuatan kalian menjadi pemangkin !

Abg Ami, Tuan Aizuddin, Hafiz, Ziadi & Zakwan —- walau di mana kita kini, asal-usul tetap sama !

Cikgu Ali Asyraf —- terima kasih sebab sama – sama membantu. Selamat Berkhidmat di SMAPK ! (sampaikan salam thanz pada Cikgu M ye)

UIAM & AJK 7th Interschool —- Kalian Memang Gempak !

Secara peribadi,,,,

“sentiasa lah PERCAYA, YAKIN pada JANJI, REZEKI & RAHMAT dari ALLAH TAALA”

 

 

 

Bernyawa MPMUM ??

Posted: April 10, 2008 in Dunia Semasa

Majlis Perwakilan Mahasiswa UM desak YDP letak jawatan ekoran isu perkauman

KUALA LUMPUR: Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) mahu Yang Dipertuanya meletak jawatan berikutan kenyataannya yang dikatakan bersifat perkauman.

MPMUM berpendapat, Afandy Sutrisno Tanjung tidak menjalankan tugasnya dengan berkesan selain mengetepikan pendapat anggota kabinet majlis itu dalam menyuarakan pandangan untuk faedah warga universiti, kata seorang anggota Majlis Tertinggi MPMUM, Ahmad Shahir Abdul Aziz kepada pemberita di sini, hari ini.

Afandy yang memegang jawatan itu sejak dua penggal lalu dikatakan mengeluarkan kenyataan melampau sehingga menimbulkan sentimen perkauman di kalangan warga universiti dalam perutusannya melalui satu risalah dalaman, baru-baru ini.

Ahmad Shahir berkata, beberapa siri kenyataan Afandy termasuk perutusannya itu seolah-olah menunjukkan majlis itu berkiblat kepada kepentingan Melayu saja dan tidak peka kepada sentimen kaum lain.

“Sebarang kenyataan daripada Afandy sepatutnya berasaskan kepada polisi dan objektif majlis itu untuk memperjuangkan nasib mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya (UM) tanpa mengira latar belakang kaum.

“Daripada bantahan yang kami terima, kami (anggota kabinet MPMUM) sedang berusaha untuk mengadakan EGM (Mesyuarat Agung Luar Biasa) sebelum akhir semester ini,” kata Exco Kebajikan MPMUM, Mohamad Hilman Nordin.

Mohamad Hilman berkata, undi tidak percaya adalah resolusi terakhir sekiranya Afandy gagal meletak jawatan walaupun pilihan raya MPMUM hanya dijadualkan selepas September depan. – Bernama
Perkara ni saya petik dari Berita Harian juga setelah selesai membaca dari teman blog ali asyraf dan komentar yang terdapat dalam nya.
Hurm, secara peribadi saya tidak nampak asal usul dan punca nya kenyataan akhbar sebegini boleh dikeluarkan.
 Apa yang sedang dan telah berlaku ? dan, siapakah gerangannya dalam MPMUM yang mencetuskan perkara ni ? Atau, ini sekadar satu rencah nak menghangatkan lagi deru politik tanahair ? Atau juga, ini satu signal pada mana – mana KETUA dalam organisasi yang ‘diam’,’tak pa…’,’ada secret planner’ baik di peringkat tertinggi negara atau dalam ‘politik kampung’ ini sudah boleh didesak untuk berundur ?
Saya nak ambil contoh lah ape yang berlaku dalam realiti politik negara. Nak berada dalam satu barisan yakni kelompok yang bersetuju bersama. Contohnya BN. Nak bersatu dalam kabinet akan pasti ade banyak masalahnya terutama dari aspek pendapat dan pembahagian. Ini adalah kelompok yang perjuangannya satu barisan.
Di politik kampus UM ni, nak bersatu dalam ‘kabinet’ pasti lah akan ada kepayahannya. YDP dan pendesak dalam keratan akhbar tersebut, bukanlah dari satu barisan perjuangan yang sama tetapi diletakkan dalam satu kabinet yang sama.
Kaitannya, sekalipun kabinet yang terang-terangan dalam satu barisan pun akan ada perbalahan, inikan pula ‘kabinet kampus’ yang bukan dalam satu barisan pasti akan ada perbalahannya.
Pesanan buat rakan MPMUM, kalian jalankan amanah dengan betul dan sempurna. Mungkin tak sampai separuh atau pun suku warga siswa UM yang tahu ttg kewujudan kenyataan akhbar ini. apatah lagi, bernyawakah MPMUM itu sendiri ?
Selain road show memperkenalkan diri dan ‘banner gergasi’ temuduga AJK MPMUM, apa lagi yang ada ek ?
Ingat, seperkara lagi, manis mulut ber’manifesto’, tunai – tunai kan lah.
Kadang – kadang keliru… MPMUM kah yang bernyawa atau PMIUM@Pro-Mahasiswa yang benar – benar ????………………………………………………………………………………….
UM IS ONE !!!!

SeLESai ~

Posted: April 10, 2008 in Dunia Semasa, Peribadi

Salam sejahtera buat semua rakan maya !

Penamaya kini kembali dan cuba untuk aktif meluahkan intepretasi tentang isu – isu semasa, hiburan dan lain – lain yang berlaku sekarang ini, setelah sekian lama tak melakukannya.

Blog stats pun sangatla menjunam jatuh ! Pengajarannya : kita nak mendaki ke puncak memang mudah, tapi sekali kita jatuh, nak mendaki semula memang satu kesukaran !

Alhamdulillah, penulisan penuh tesis berjalan dengan lancar dan sekarang ni sedang dijilidkan. Petang nanti akan siap, mudah – mudahan tak da ape yang silap dan besok adalah submission day !

Besok gak adalah submission day untuk POPBL Lab Project Report. Tgh tungkus lumus buat ni and alhamdulillah this time kerjasama groupmate sangat memberangsangkan walaupun ramai yang send part repot dengan sangat simple ! ? ! Final Report mane leh simple !!!!

Erm, rasenye nak kongsi citer la pengalaman wat tesis ni… tapi rasenye nanti dulu lah.. setelah sah tesis itu berjaya dihantar besok,, akan ade la ruangan citer untuk nya…

Ok. Rakan – rakan. Penamaya is Back !!!!!

 

‘Hot Mama’ PENYELAMAT !

Posted: April 6, 2008 in Hiburan

Begitulah antara gaya ‘Hot Mama’ Rina AF6 dalam Konsert Rock Minggu 3 AF malam Sabtu lalu.

Komen Keseluruhan Minggu 3 AF6 : AF6 Masih Tercari2 Resepi BOMB !

Persembahan terakhir Mama Rina adalah PENYELAMAT tema Konsert M3 AF6 ni. Beliau cukup selesa dengan persembahannya, mendalami dan menjiwai… MEMANG COCOK ! Beliau menggunakan pengalamannya yang diterjemahkan dengan baik dalam persembahannya malam konsert tersebut.

Seorang lagi pelajar yang memukau adalah Nadia. Pelajar kecil genit ini menyampaikan lagu dengan bantuan Stanly, rakan pelajar dengan sangat berkesan. 

 

Lain – lain pelajar, NO KOMEN . Biasa2 sahaja ! Pelajar lelaki, especially… tiada yang menonjol. FAISAL kecundang dalam sentuhan ROCKnya. NUBHAN lirik pun tak sempat nak hafal. RIZ, tak berapa berkenanla ngan dia. TOI, beliau la yang paling konsisten sekalipun x tau kat ner showmanship rock nya. STANLY x boleh lah nyanyi lagu rock, suaranya tak sesuai ! ALIF, xtau la nape ramai peng’afundi’nye, good starting dalam Kamelia tp last2 makin x kena. NAIM, deserve untuk disingkirkan !

Stacy pembukaan konsert yang baik! beliau x da masalah lah dalam nyanyian cuma tercari2 rentak persembahan jer. Lufya, dari konsert pertama lagi dah wajar keluar. Akhirnya, terkeluar. Die ni jadi mangsa fesyen si Jasmi rEjab tu!

My feveret, SAIDA. Beliau ni….. masih ada malu-malu. Tp suke la coz NIng & Adlin puji die. Cume Ogy je yang mcm x puas ati… dah lagu tu, lentok xkan nak over act. Tapi, Saida ni kena BERANI lagi la! X yah nak malu-malu ! [tapikan Dato cT wat persembahan pun x penah over].. GO SAIDA !!  

OVERAL — Adlin Aman Ramlie beri NYAWA pada AF6 ini !!!!

 

 

ROCK : Minggu 3 AF6 !

Posted: April 1, 2008 in Hiburan

Sempat lah meluangkan masa melayari intenet sebelum menyambung menyudahkan tesis writing yang entah bila nak abis nya !!!!

Ni lagu-lagu tugasan student AF6 untuk Minggu 3. Tema konsert adalah ROCK. Jadi lagu-lagu pun ROCK lah. Haha.

Pelajar Wanita

Saida : Sepi Sekuntum Mawar Merah – Ella
Nadia : Total Eclipse of The Heart – Bonnie Tyler
Stacy : Pelesit Kota – Search
Lufya : Tika Dan Saat Ini – Medicine
Rina : Enter Sandman – Metallica

Pelajar Lelaki

Faisal : Sentuhan Kecundang – Ekamatra
Toi : C.I.N.T.A. – XPDC 
Riz : Keunggulan Cinta – BPR
Stanly : Patahnya Sayap Malam – Massa
Naim : Opera Hidup – Wings 
Alif : Kamelia – Sweet Charity
Nubhan : Summer of 69 – Bryan Adams

 AFUNDI SAIDA

GO SAIDA !!!!!

Al Fatihah buat Yusni Jaafar

Posted: April 1, 2008 in Dunia Semasa

Terngiang-ngiang pesanan hos ABPBH ketika mendengar melalui Hot Fm, berdoalah supaya seniman veteran kita Yusni Jaafar diberikan kesejahteraan kesihatannya.

Pagi tadi, ketika sedang menjamu sarapan, sahabat saya memaklumkan yang Yusni Jaafar telah selamat kembali ke Rahmatullah.

Menjadi tanggungjawab selaku sesaudara Islam, marilah sama – sama kita sedekahkan Ummul Quran, Al-Fatihah buat Allahyarhamah Yusni Jaafar. Moga Allah meringankan segala bebanan dan memudahkan urusannya di alam yang kekal abadi itu. AL-FATIHAH~

Al Fatihah

SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN ROH ARWAH DI TEMPAT MULIA