Bernyawa MPMUM ??

Posted: April 10, 2008 in Dunia Semasa

Majlis Perwakilan Mahasiswa UM desak YDP letak jawatan ekoran isu perkauman

KUALA LUMPUR: Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) mahu Yang Dipertuanya meletak jawatan berikutan kenyataannya yang dikatakan bersifat perkauman.

MPMUM berpendapat, Afandy Sutrisno Tanjung tidak menjalankan tugasnya dengan berkesan selain mengetepikan pendapat anggota kabinet majlis itu dalam menyuarakan pandangan untuk faedah warga universiti, kata seorang anggota Majlis Tertinggi MPMUM, Ahmad Shahir Abdul Aziz kepada pemberita di sini, hari ini.

Afandy yang memegang jawatan itu sejak dua penggal lalu dikatakan mengeluarkan kenyataan melampau sehingga menimbulkan sentimen perkauman di kalangan warga universiti dalam perutusannya melalui satu risalah dalaman, baru-baru ini.

Ahmad Shahir berkata, beberapa siri kenyataan Afandy termasuk perutusannya itu seolah-olah menunjukkan majlis itu berkiblat kepada kepentingan Melayu saja dan tidak peka kepada sentimen kaum lain.

“Sebarang kenyataan daripada Afandy sepatutnya berasaskan kepada polisi dan objektif majlis itu untuk memperjuangkan nasib mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya (UM) tanpa mengira latar belakang kaum.

“Daripada bantahan yang kami terima, kami (anggota kabinet MPMUM) sedang berusaha untuk mengadakan EGM (Mesyuarat Agung Luar Biasa) sebelum akhir semester ini,” kata Exco Kebajikan MPMUM, Mohamad Hilman Nordin.

Mohamad Hilman berkata, undi tidak percaya adalah resolusi terakhir sekiranya Afandy gagal meletak jawatan walaupun pilihan raya MPMUM hanya dijadualkan selepas September depan. – Bernama
Perkara ni saya petik dari Berita Harian juga setelah selesai membaca dari teman blog ali asyraf dan komentar yang terdapat dalam nya.
Hurm, secara peribadi saya tidak nampak asal usul dan punca nya kenyataan akhbar sebegini boleh dikeluarkan.
 Apa yang sedang dan telah berlaku ? dan, siapakah gerangannya dalam MPMUM yang mencetuskan perkara ni ? Atau, ini sekadar satu rencah nak menghangatkan lagi deru politik tanahair ? Atau juga, ini satu signal pada mana – mana KETUA dalam organisasi yang ‘diam’,’tak pa…’,’ada secret planner’ baik di peringkat tertinggi negara atau dalam ‘politik kampung’ ini sudah boleh didesak untuk berundur ?
Saya nak ambil contoh lah ape yang berlaku dalam realiti politik negara. Nak berada dalam satu barisan yakni kelompok yang bersetuju bersama. Contohnya BN. Nak bersatu dalam kabinet akan pasti ade banyak masalahnya terutama dari aspek pendapat dan pembahagian. Ini adalah kelompok yang perjuangannya satu barisan.
Di politik kampus UM ni, nak bersatu dalam ‘kabinet’ pasti lah akan ada kepayahannya. YDP dan pendesak dalam keratan akhbar tersebut, bukanlah dari satu barisan perjuangan yang sama tetapi diletakkan dalam satu kabinet yang sama.
Kaitannya, sekalipun kabinet yang terang-terangan dalam satu barisan pun akan ada perbalahan, inikan pula ‘kabinet kampus’ yang bukan dalam satu barisan pasti akan ada perbalahannya.
Pesanan buat rakan MPMUM, kalian jalankan amanah dengan betul dan sempurna. Mungkin tak sampai separuh atau pun suku warga siswa UM yang tahu ttg kewujudan kenyataan akhbar ini. apatah lagi, bernyawakah MPMUM itu sendiri ?
Selain road show memperkenalkan diri dan ‘banner gergasi’ temuduga AJK MPMUM, apa lagi yang ada ek ?
Ingat, seperkara lagi, manis mulut ber’manifesto’, tunai – tunai kan lah.
Kadang – kadang keliru… MPMUM kah yang bernyawa atau PMIUM@Pro-Mahasiswa yang benar – benar ????………………………………………………………………………………….
UM IS ONE !!!!
Advertisements
Komen-komen
  1. Shahir berkata:

    Salam Perjuangan…

    Realiti perjuangan ini semestinya memerlukan persediaan untuk berkorban demi melihat sesuatu perubahan itu berlaku.

    Tun Dr. Mahathir juga suatu ketika dahulu pernah dipecat daripada jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO rentetan daripada ‘surat kontroversinya’ kepada Tunku pada tahun 1969 yang mendesak beliau meletakkan jawatan lanjutan daripada kegagalannya dalam pemerintahan…

    pun begitu,akhirnya beliau berjaya membawa negara kita ke arah kejayaan yang gemilang (kecuali dalam bidang kehakiman)…

    Persoalannya, adakah kita sudah bersedia untuk ‘dikambinghitamkan’ demi melihat berlakunya perubahan dalam politik tanah air???!!!

  2. helmy faliq berkata:

    Pada saya, untuk kita memilih pemimpin yang akan memimpin bukanlah terletak pada aspirasi atau gagasan, tetapi sebagai orang yang akan membuang undi haruslah menilai bagaimanakah dan siapakah wakil calon yang telah dicalonkan, sekiranya wakil pro adalah lebih berwibawa, pilihlah beliau dan jika sebaliknya pilihlah beliau, aspirasi atau gagasan tidak penting, apa ada pada nama..CALON lah Harus Benar berwibawa yang patut dipilh…moga calon yang berjaya menjalankan amanah dan tanggungjawab yang dijalankan..memang diakui ada sebilangan besar ahli kabinet mpmum yang hanya ‘goyang kaki’ sahaja..apa2pun majulah um untuk menjadi universiti terbaik…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s