Arkib untuk Jun, 2008

Ceramah Motivasi PMR

Posted: Jun 23, 2008 in Peribadi

Sabtu lalu, satu lagi pengalaman baru menjengah dalam hidup ini. Dapat jemputan memberikan ceramah motivasi untuk 100 orang Calon PMR terpilih di Sek Men Tunku Besar, Tampin, Negeri Sembilan.

Program itu diberikan nama ‘Program Semarak Cemerlang PMR’ bertujuan untuk menyuntik kesedaran kepada pelajar-pelajar yang dilihat ada potensi untuk meraih kecemerlangan dalam PMR Oktober ini.

Program itu bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 11 pagi. Slot ceramah bermula 8.30pg dan tamat jam 10.30pg. Selepas itu, sesi jamuan.

Secara keseluruhannya, ini merupakan satu pengalaman yang sangat menarik. Ternyata berinteraksi dalam bentuk ceramah motivasi ini memang cabarannya lain. Antaranya, bagaimana nak sustain n maintain fokus pendengar supaya mereka tidak lari fokus dari content ceramah, bagaimana nak memastikan mereka enjoy dan sama-sama mengikuti ceramah tersebut dan bagaimana nak cari idea untuk kawal dan respon pada situasi dengan refleks. Semuanya dapat saya timba melalui pengalaman baru ini.

Alhamdulillah, respon yang diberikan sepanjang dua jam tersebut sangat positif dan respon yang diterima dari pihak guru kaunseling yang mengelolakan program ini pun turut positif.

Mudah-mudahan mereka berjaya dalam PMR mendatang ini !

Undi Tak Percaya PM ?!

Posted: Jun 18, 2008 in Dunia Semasa

Perkhabaran ini saya petik dari http://malaysiakini.com.

Melalui info terkini dari web tersebut mendapati, dua orang ahli parlimen dari salah satu parti komponen BN iaitu Parti SAPP Sabah akan mengusulkan undi tidak percaya kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri pada persidangan Parlimen yang akan bersambung Isnin ini.

Perkara disebut dijelaskan dalam satu sidang media tergempar yang dilakukan parti berkenaan di Kota Kinabalu Sabah tengah hari tadi. Sidang media pengumuman sebelum itu telah diberikan ‘hint’ bahawa ada tindakan yang akan dilakukan untuk mengubah senario politik tanahair.

Jika benar bagai dikata, tunggu lah info selanjutnya dan tunggu lah reaksi Ahli MP pada persidangan yang akan disambung minggu hadapan ini.

Yang nyata, belum ada yang kendur. Sebaliknya, simptom keTegangan masih jelas.

Apa kata YB Khairy yang cukup bongkak dengan kenyataannya dalam akhbar hari ini.

dan

Apakah benar, ini petanda awal kepada ‘spekulasi’ DS Anwar & YB Azmin Ali ???

Kejohanan Bahas Bahasa Melayu INTRA SMAP Kajang 2008 telah selamat dijalankan dengan jayanya hujung minggu lalu. Bermula Khamis, 12 Jun (sesi Bengkel Bahas + Demo Bahas ), diikuti hari-hari pertandingan 13 Jun sehingga 15 Jun 2008 ( Final di Bilik Seminar).

Sekali lagi, tahun ini Kejohanan ini dianjurkan oleh Kelab Bahas, Pidato dan Forum SMAPK melalui Pengarah Projek, Sdra Hairul Izlan (pelajar T4) dengan keseluruhan AJK ( ahli kelab T4). Kerjasama dengan Jabatan Bahasa SMAPK serta Bekas Pembahas BM SMAPK.

Keseluruhannya, prestasi pelapis bahas BM SMAPK perlu lebih giat digilap setelah beberapa bakal pembahas telah berjaya dikenalpasti dalam kejohanan ini. Pada pertandingan Akhir, mempertemukan pasukan ‘Phoenix’ (f3) dan pasukan ‘Atribut’ (f2) melalui Usul yang dibahaskan adalah ‘Sistem Pendidikan di Malaysia Wajar Dirombak’. Keputusannya, majoriti juri ( 8-1 ) memihak kepada pasukan ‘Atribut’ untuk memenangi kejohanan tahun ini. Sdra Naim dari pasukan tersebut turut dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik.

TAHNIAH diucapkan kepada seluruh AJK Pelaksana Program ini !

Hairul Izlan – Afiq – Mus – Hisyam – Salehah – Aqmar – Asyraf – Fitri – Atif – Rabi’e – Nurin – Zulaikha.

Kalian adalah pelajar dan komuniti kerja yang mengagumkan !

TERIMA KASIH diucapkan buat guru – guru yang memberi nasihat berguna !

Pn Hashimah – Pn Hajar – Cik Dahlia (selamat kembali dr Umrah) – En Ali – En Muaidi _ Tn Hj Reza – Tn Syed Baharom.

TERUSKAN BERBAKTI Bekas Pembahas BM SMAPK !

Hidayat – Harith – Ziadi – Zakwan – Hafiz Hood.

SELAMAT MAJU JAYA BAHAS SMAP KAJANG !!!!

Minyak Lagi ?!!

Posted: Jun 6, 2008 in Dunia Semasa

Amati lah harga – harga di atas. Malaysia sebagai negara yang empunya koleksi petroleum sendiri malahan turut menjadi pengeluar dan pengeksport masih tidak dapat membendung kenaikan harga minyak ini.

Maybe somebody boleh try untuk explain kenapa Malaysia sebagai negara pengeluar tak boleh menikmati harga seperti negara – negara di atas ? Sebab saya agak musykil tentang situasi tersebut.

Seperkara lagi, saya mengharapkan tiada lah helah dalam kepimpinan untuk terus menaikkan lagi harga minyak selepas ini. Cukuplah dahulu. Sebab ada rumours katanya bulan Ogos, kita akan menikmati lagi kenaikan harga minyak ini.

Erm, kenapa lah perlu diberikan rebat tunai tu ? Apa lah salahnya terus diberikan subsidi tu. Dirisaukan dan diharapkan, janganlah ada masalah pada pemberian rebat tunai tu nanti. Hah, ni bebanan kerja dah bertambah lah ni, nak siapkan rebat dan nak uruskan prosedur rebat ni….. Gaji tak nak naik kah ???

Apapun, hari – hari mendatang perlu dilalui juga.

Beras Wangi dah diturunkan harga nya mulai tgh malam ini.

Tak sabar nak tunggu announcement, apa lagik yang turun selepas ini… ? Jangan pula kepimpinan yang kena turun….

YB Shahrir & YAB Pak Lah

Posted: Jun 5, 2008 in Dunia Semasa

Rasanya ada sesuatu lah yang tidak kena. Antara YAB Pak Lah n YB Shahrir punya statement n keputusan.

Dalam seminggu ini, banyak situasi yang berlaku sempena mengalu-alukan KENAIKAN HARGA MINYAK yang baru.

1) HARAM & LARANG kereta asing dalam jarak 50km dari sempadan tanahair untuk beli bahan api dari stesen tanahair. Katanya, subsidi perlu dinikmati rakyat Malaysia bukan rakyat luar.

2) KAJI & IMPLEMENTASI seawal-awalnya Ogos 2008 ini kerana Pengstrukturan nya sedang dalam kajian dan akan naik Ogos nanti.

Ini antara dua statement yang YB Shahrir, menteri baru yang bertanggungjawab nyatakan..

SUDDENLY, our Luvly YAB Pak lah

1) Kabinet dan J/kuasa Inflasi Negara hanya bermesyuarat 4 jam Rabu lalu lantas bukan Ogos, ataupun 4,5 bulan after tragic general election….. MINYAK NAIK !!!

2) HALAL & IZINKAN kembali pembelian minyak kita pada kereta asing berkuatkuasa serta-merta. Hanya dua hari sahaja jd LARANGAN.

………………………………………………………. ???

Perkara ini sgt ketara dapat dilihat menerusi akhbar utama dan berita utama negara, jika ada penelitian. saya pasti ada yang telah perasan.

SELAMAT …. AMAN …. MAKMUR ~

p/s : Belajar sesuatu dari Brunei.

Hari Alam Sekitar Sedunia

Posted: Jun 4, 2008 in Dunia Semasa

5 Jun 2008 telah dipilih sebagai HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA. Membawa tema berbunyi “KICK THE HABIT! TOWARDS A LOW CARBON ECONOMY” pastinya membawa suratan dan siratan maksud yang jelas mengenai hala tuju komuniti dunia untuk menyelamatkan alam sekitar kini.

Krisis pemanasan global dan perubahan mendadak cuaca dunia.

Krisis sumber semulajadi yang semakin berkurangan dan menghampiri kepupusan.

Krisis penarahan, penggondolan dan penebangan aka pembalakan penuh nafsu.

Krisis sisa dan pengurusannya di merata negara miskin.

Krisis ledakan populasi dunia.

Krisis komitmen dan kerjasama global mengenai alam sekitar.

Krisis pengetahuan, pendidikan, kesedaran dan kerjasama masyarakat.

So,

If we love our Earth..

If we care about the future generations..

Wake Up ! Time to Change !

Reforms our mind & behaviour !!!!

The Earth really needs our Love ~~~~

…… Enjoy our NEW Fuel Price & Happy Environmental Day ……

Minyak NAIK !!!

Posted: Jun 4, 2008 in Dunia Semasa

Ketika ini, berita lanjut mengenainya tak dapat saya sertakan. Tapi apa yang telah pasti, harga petrol naik sebanyak RM 0.78 sen manjadikan harga nya kini adalah RM 2.70 per liter BERKUATKUASA TENGAH MALAM ini !

Harga diesel juga dinaikkan sebanyak RM 1 daripada harga nya kini.

Dikatakan, rebat wang tunai akan diberikan sebagai timbal balik kenaikan harga bahan api. Walau bagaimanapun, hanya pada motorsikal dan kenderaan kecil sahaja. ( kapasiti cc nya masih saya tak pasti )

Dalam masa yg sama, tarif elektirik juga dikhabarkan akan mengalami perubahan kenaikan. Cuma, belum dapat dijelaskan lagi.

Maka, dari RM 1.10 menjadi RM 1.92 dan kini RM 2.70 per liter !!!!!

………….. sesuatu perlu difikirkan lah …………….

………….. tenaga alternatif nuklear, pilihannya ?? ………

SELAMAT MENIKMATI PESTA NAIK HARGA !

P. Ramlee The Musical 2 sudah kembali dipentaskan di ISTANA BUDAYA.

Kali ini, pementasannya memang segala-galanya baru sekalipun arahan & skripnya tetap org yang sama. Tahniah buat Datuk Zahim Al Bakri & Adlin Aman Ramli sebab menang anugerah di Boh Cameronian Awards baru – baru ini.

Pementasan kali ini sudah bermula sejak 28 Mei 2008 yang lalu dan dijangka berakhir 14 Jun 2008 ini. Penerajunya juga bertukar, bukan lagi Sean Ghazi tetapi Musly Ramlee. Azizah juga bukan lagi Datin Seri Hjh Siti tetapi Emelda ( kekasih Adlin.. kroni kah ini ? ). Lain – lain, masih sama. Satu lagi yang tak sama, kali ini Roslan Aziz yang akan memikul tanggungjawab untuk koordinasi muzikal nya. Menarik katanye….

Insyallah, jika tiada aral melintang, saya akan pergi menjamu hidangan P Ramlee The Musical ini memandangkan semasa pementasan kali pertama dahulu, saya ‘jual mahal’ atas pelawaan rakan. Rugi benar rasanya. So, this time, i’ll try to make it~

Panggung Sari Istana Budaya sememangnya antara ciptaan di Malaysia yang terunggul la ~

Pesanan : Jangan guna telefon bimbit semasa dalam Panggung Sari, anda akan disuluh !

RM 3 seLiter ???

Posted: Jun 3, 2008 in Dunia Semasa

Penstrukturan semula subsidi minyak di Malaysia masih menjadi tanda tanya. Kata YAB Pak Lah, perkara tersebut akan diumumkan hari ini ( 3 Jun ) tapi sehingga tamat Buletin Utama malam tadi, masih satu tanda tanya lagik. Hanya jawapan YB Shahrir…. ‘harga minyak akan ikut harga pasaran global’…

Kemudian, teka teki harga pun berlaku. Yg pasti, semuanya membuat ramalan Harga Minyak Naik Lagi. Ada yang meramalkan akan naik 0.60 sen dari harga sekarang ( RMĀ 1.92 per liter ) dan lebih hebat lagi, katanya akan naik sehingga RM 3 per liter. RM 3 PER LITER ??!!??

Jika hendak dibuat perbandingan, mmg harga bahan api kita lebih murah berbanding rakan2 negara serantau…….

Apa yg pasti, ni adalah bebanan yang ditanggung oleh seluruh dunia. Malaysia pun x boleh lari dari impak kenaikan ini. Cumanya, bila krisis ini semakin meruncing,, saya ingin sgt melihat kepimpinan sedia ada untuk menjadi humble….. cuba la rujuk pada YM Tun Dr M tentang idea bernas nya untuk menangani krisis ini. dalam masa yg sama, saya juga mengharapkan Tun M dapat menghadiahkan cetusan penyelesaian kepada krisis ini… x nak la lagi dengar ttg undur atau quit atau sewaktu dengannya lagi..

dalam masa sama, andai kira ada idea dari de facto leader, DSAI… ianya turut perlu dimanfaatkan la jugak. KETEPIKAN LA SEGALA IDEOLOGI POLITIK. KRISIS BOLEH MENYATUKAN MANUSIA !

apapun, statement berani oleh Ahmadinejad di sebalik kegawatan krisis ni…

‘bekalan minyak masih banyak dan ada yang belum diterokai. Krisis harga ini tidak boleh berlaku melainkan ada pihak dan negara yang mendominasi isu ini’

Maka,

ADAKAH KRISIS HARGA MINYAK SATU PERCATURAN ……. ?

apepun ~

RM 3 Seliter ??? === MELAMPAU !