Bahas Intra SMAPK 2008

Posted: Jun 17, 2008 in Debat, Dunia Semasa, Peribadi

Kejohanan Bahas Bahasa Melayu INTRA SMAP Kajang 2008 telah selamat dijalankan dengan jayanya hujung minggu lalu. Bermula Khamis, 12 Jun (sesi Bengkel Bahas + Demo Bahas ), diikuti hari-hari pertandingan 13 Jun sehingga 15 Jun 2008 ( Final di Bilik Seminar).

Sekali lagi, tahun ini Kejohanan ini dianjurkan oleh Kelab Bahas, Pidato dan Forum SMAPK melalui Pengarah Projek, Sdra Hairul Izlan (pelajar T4) dengan keseluruhan AJK ( ahli kelab T4). Kerjasama dengan Jabatan Bahasa SMAPK serta Bekas Pembahas BM SMAPK.

Keseluruhannya, prestasi pelapis bahas BM SMAPK perlu lebih giat digilap setelah beberapa bakal pembahas telah berjaya dikenalpasti dalam kejohanan ini. Pada pertandingan Akhir, mempertemukan pasukan ‘Phoenix’ (f3) dan pasukan ‘Atribut’ (f2) melalui Usul yang dibahaskan adalah ‘Sistem Pendidikan di Malaysia Wajar Dirombak’. Keputusannya, majoriti juri ( 8-1 ) memihak kepada pasukan ‘Atribut’ untuk memenangi kejohanan tahun ini. Sdra Naim dari pasukan tersebut turut dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik.

TAHNIAH diucapkan kepada seluruh AJK Pelaksana Program ini !

Hairul Izlan – Afiq – Mus – Hisyam – Salehah – Aqmar – Asyraf – Fitri – Atif – Rabi’e – Nurin – Zulaikha.

Kalian adalah pelajar dan komuniti kerja yang mengagumkan !

TERIMA KASIH diucapkan buat guru – guru yang memberi nasihat berguna !

Pn Hashimah – Pn Hajar – Cik Dahlia (selamat kembali dr Umrah) – En Ali – En Muaidi _ Tn Hj Reza – Tn Syed Baharom.

TERUSKAN BERBAKTI Bekas Pembahas BM SMAPK !

Hidayat – Harith – Ziadi – Zakwan – Hafiz Hood.

SELAMAT MAJU JAYA BAHAS SMAP KAJANG !!!!

Advertisements
Komen-komen
  1. Pjoyz berkata:

    Cam tringat je time join kem bahas waktu form 1 dolu2… time abg lan helmy organize.. huhuhu

  2. mysarah berkata:

    ehm..tahniah…kim slm semua bebudak SMAP if jumpe ye…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s