Undi Tak Percaya PM ?!

Posted: Jun 18, 2008 in Dunia Semasa

Perkhabaran ini saya petik dari http://malaysiakini.com.

Melalui info terkini dari web tersebut mendapati, dua orang ahli parlimen dari salah satu parti komponen BN iaitu Parti SAPP Sabah akan mengusulkan undi tidak percaya kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri pada persidangan Parlimen yang akan bersambung Isnin ini.

Perkara disebut dijelaskan dalam satu sidang media tergempar yang dilakukan parti berkenaan di Kota Kinabalu Sabah tengah hari tadi. Sidang media pengumuman sebelum itu telah diberikan ‘hint’ bahawa ada tindakan yang akan dilakukan untuk mengubah senario politik tanahair.

Jika benar bagai dikata, tunggu lah info selanjutnya dan tunggu lah reaksi Ahli MP pada persidangan yang akan disambung minggu hadapan ini.

Yang nyata, belum ada yang kendur. Sebaliknya, simptom keTegangan masih jelas.

Apa kata YB Khairy yang cukup bongkak dengan kenyataannya dalam akhbar hari ini.

dan

Apakah benar, ini petanda awal kepada ‘spekulasi’ DS Anwar & YB Azmin Ali ???

Komen-komen
  1. yattpesol berkata:

    macam2 dunia skrg…

Tinggalkan Jawapan kepada yattpesol Batal balasan