Arkib untuk Jun, 2008

P. Ramlee The Musical 2 sudah kembali dipentaskan di ISTANA BUDAYA.

Kali ini, pementasannya memang segala-galanya baru sekalipun arahan & skripnya tetap org yang sama. Tahniah buat Datuk Zahim Al Bakri & Adlin Aman Ramli sebab menang anugerah di Boh Cameronian Awards baru – baru ini.

Pementasan kali ini sudah bermula sejak 28 Mei 2008 yang lalu dan dijangka berakhir 14 Jun 2008 ini. Penerajunya juga bertukar, bukan lagi Sean Ghazi tetapi Musly Ramlee. Azizah juga bukan lagi Datin Seri Hjh Siti tetapi Emelda ( kekasih Adlin.. kroni kah ini ? ). Lain – lain, masih sama. Satu lagi yang tak sama, kali ini Roslan Aziz yang akan memikul tanggungjawab untuk koordinasi muzikal nya. Menarik katanye….

Insyallah, jika tiada aral melintang, saya akan pergi menjamu hidangan P Ramlee The Musical ini memandangkan semasa pementasan kali pertama dahulu, saya ‘jual mahal’ atas pelawaan rakan. Rugi benar rasanya. So, this time, i’ll try to make it~

Panggung Sari Istana Budaya sememangnya antara ciptaan di Malaysia yang terunggul la ~

Pesanan : Jangan guna telefon bimbit semasa dalam Panggung Sari, anda akan disuluh !

Advertisements

RM 3 seLiter ???

Posted: Jun 3, 2008 in Dunia Semasa

Penstrukturan semula subsidi minyak di Malaysia masih menjadi tanda tanya. Kata YAB Pak Lah, perkara tersebut akan diumumkan hari ini ( 3 Jun ) tapi sehingga tamat Buletin Utama malam tadi, masih satu tanda tanya lagik. Hanya jawapan YB Shahrir…. ‘harga minyak akan ikut harga pasaran global’…

Kemudian, teka teki harga pun berlaku. Yg pasti, semuanya membuat ramalan Harga Minyak Naik Lagi. Ada yang meramalkan akan naik 0.60 sen dari harga sekarang ( RMĀ 1.92 per liter ) dan lebih hebat lagi, katanya akan naik sehingga RM 3 per liter. RM 3 PER LITER ??!!??

Jika hendak dibuat perbandingan, mmg harga bahan api kita lebih murah berbanding rakan2 negara serantau…….

Apa yg pasti, ni adalah bebanan yang ditanggung oleh seluruh dunia. Malaysia pun x boleh lari dari impak kenaikan ini. Cumanya, bila krisis ini semakin meruncing,, saya ingin sgt melihat kepimpinan sedia ada untuk menjadi humble….. cuba la rujuk pada YM Tun Dr M tentang idea bernas nya untuk menangani krisis ini. dalam masa yg sama, saya juga mengharapkan Tun M dapat menghadiahkan cetusan penyelesaian kepada krisis ini… x nak la lagi dengar ttg undur atau quit atau sewaktu dengannya lagi..

dalam masa sama, andai kira ada idea dari de facto leader, DSAI… ianya turut perlu dimanfaatkan la jugak. KETEPIKAN LA SEGALA IDEOLOGI POLITIK. KRISIS BOLEH MENYATUKAN MANUSIA !

apapun, statement berani oleh Ahmadinejad di sebalik kegawatan krisis ni…

‘bekalan minyak masih banyak dan ada yang belum diterokai. Krisis harga ini tidak boleh berlaku melainkan ada pihak dan negara yang mendominasi isu ini’

Maka,

ADAKAH KRISIS HARGA MINYAK SATU PERCATURAN ……. ?

apepun ~

RM 3 Seliter ??? === MELAMPAU !