Arkib untuk Julai, 2008

Great Debaters : Part Finale

Posted: Julai 18, 2008 in Debat, Peribadi

Part Finale ini aku khususkan nukilan buat semua yang sama – sama terlibat dalam mencipta “Great Debaters” ini.

Part Finale ini aku luahkan realiti sebenar terhadap sebuah kisah gundah yang terjadi sejurus segala kisah indah telah dicatatkan.

Maka, Part Finale ini… ibarat kata pepatah ‘siapa makan cili, dia terasa pedasnya’. Hanya mereka sahaja yang memahaminya ~

The Teachers

Cik Dahlia Yaakob

-aku sangat kagum dengan dedikasi cikgu ini. Tidak pernah luntur semangatnya dan kegigihannya untuk mengatur segala keperluan dan kehendak anak – anak jagaannya.

– aku faham. kali ini, dia juga tidak mahu mensia-siakan apa-apa. Kisah sedih yang berlaku tahun 2007 sememangnya sebuah kisah pahit yang hampir meruntuhkan semangat dan cintanya pada bahas ini. Namun, janji Allah Maha Benar cikgu !

Saya faham kenapa cikgu marah petang itu. Tapi, pendirian saya jelas, saya x marah cikgu marah sebab itu hak adanya title ‘guru’ cuma sampai ke saat ini saya terfikir….. ‘kenapa setelah semuanya, endingnya mesti sebegitu rupa ?’.

– Apapun, saya menghargai segala kepercayaan yang cikgu berikan pada saya selama ini… ! Thanx ~

Pn Hashimah Hashim

– byk perubahan yang aku saksikan pada cikgu ini. Beliau sangat komited dan bersungguh – sungguh untuk memastikan segala terbaik kali ini. Ibarat seorang Ibu yang sangat memahami kerenah ‘kanak-kanak kecil’, bagi aku, she did a very good job !

– terima kasih Cikgu ! Saya tidak akan melupakan segala kepercayaan yang diberi. Mungkin selepas ini, kita perlu lebih berpendirian agar hidup ini tidak akan kita sesali.

En Ali Asyraf

– inilah sahabat aku di UM, telah berpeluang menimba pengalaman mengajar di SMAPK. Rasanya, tanpa dia mungkin ‘keluarga bahas SMAPK’ ini tidak akan sesempurna dengan apa yang telah dikecapi.

– Jujurnya, Allah memudahkan segala – galanya buat kami dengan ‘menghadiahkan’ seorang ‘cikgu muda’ yang sangat bersungguh, dekat di hati kami dan memahami atas kapasiti yang setiap dari kami miliki. Aku sangat bersyukur, kehadiran Cikgu Ali untuk LM di SMAPK menjadikan segala-galanya mudah ! Thanz !

– akhirnya, dia merasai juga untuk menjulang dan menggenggam nya ! Terima kasih kerana memahami saya dan adik-adik yang lain ! Allah yang bisa membalas segala -galanya !

The Alumni Debaters of SMAPK

– Buat Hafiz Hood, Ziadi Zaidon, Zakwan Adenan, Harith Zahrullail, Hidayat Hambali & Dr Hafizy.

– Terima kasih atas segala pertolongan, perkongsian idea dan tenaga untuk sama – sama membawa kembali kegemilangan pada sekolah kita. Alhamdulillah, kekuatan ini adalah tunjangnya !

– Cuma, buat yang mengetahui, jangan salah anggap dengan apa-apa cerita ‘balik tabir’. Jujurnya, tidak ada apa – apa yang membuat aku membenci korang semua. Tak ada apa-apa ilmu jahat yang aku tabur untuk mereka membenci korang semua. Tak ada apa – apa isu yang cuba aku ‘bomb’kan untuk memecahbelahkan semua. AKU HANYA MENJALANKAN AMANAH yang korang lemparkan pada aku. Alhamdulillah, terlaksana !

Kejayaan ini milik kita semua. Bukan milik aku seorang dan milik ‘The Great Debaters’ sahaja. Mereka menjadi The Great sebab ada nya kelompok ‘tulang belakang’ yang memang ‘The Great’ !

– selepas ini, giliran kalian pula. Turun, rasai dan alami lah dengan hati yang ikhlas. Teruskan Berbakti.

The Kids [ Great Debaters & Backbenchers ]

– kisah gundah yang terjadi, jangan sesekali menyesalinya, kerana ia pernah menggembirakan kita !

Mustaqim, Afiq & Hisyamuddin

– thanx kerana menerima otel seadanya. Thanx kerana sentiasa komited. Thanx kerana memahami segala apa yang diajar. Thanx kerana sedar untuk tidak mensia-siakan. Thanx kerana fokus dalam perjuangan. Thanx kerana niat sentiasa di landasan sebenar. Thanx kerana kalian adalah adik – adik yang TERBAIK pernah muncul dalam hidup abg !!!

– Hisyam dan Mus, aplikasikan lah segalanya dalam SPM pula ya. Abg yakin korang berdua mampu lakukan yang terbaik !! Doa abg sentiasa mengiringi korang berdua. I’m proud of you guys !

– Afiq, ‘let bygone be bygone’. Selepas ini, apa jua keputusannya, abg akan hormat dan abg dah lebih dari memahaminya. Abg hargai segala pengorbanan afiq selama ini dan harapnya debat telah menjadi satu memori indah buat afiq di SMAPK dan dalam kehidupan. Rasai manisnya dan Telanlah pahitnya, itulah rencah dunia debat ini ! Tahniah Fiq !

Izlan & Rashid

-thanx kerana tahan kerenah otel. thanx kerana kalian adalah ‘backbenchers’ teragung !

– Apa – apa yang korang tetapkan selepas ini akan abg hormati. Kadang-kadang, orang lain sudah tidak boleh lagi menentukan segalanya andai diri kita telah pun nekad. Harapnya, debat ini telah memberi kegembiraan dalam hidup korang.

Wida’

Segala yang indah akan ku kenang.

Segala yang pahit akan ku buang.

Hidup bersama mereka, bukan satu yang sia – sia.

Takjub, kagum dan berTuah dapat mengenali insan-insan ‘gifted’ ini.

Terima kasih ALLAH atas segala – galanya !

Kau Telah Memudahkan dan Kau Telah Memakbulkan !

Kisah Debat aku dengan mereka, nyata telah Tamat……

Harapannya, biarlah Ukhwah Abadan Abada ~

Segalanya kini………….. aku SANDARKAN PADA KENANGAN ~


Great Debaters : Part 4

Posted: Julai 15, 2008 in Debat, Peribadi

“2008 : Mengembalikan Kegemilangan”

Itulah motto yang aku pilih dan aku jadikan pegangan kuat untuk edisi 2008.

Lebih memikirkan yang ini adalah tahun akhir bagi Hisyamudin dan Mustaqim sebab berada di Tingkatan 5, azam aku untuk tidak mensia-siakan penglibatan mereka dalam dunia debat ini, memang menjadi kekuatan aku untuk terus menghambakan diri pada komitmen dunia debat ini,demi mereka.

Sejujurnya, mereka memang bekerja kuat.

Sejujurnya, mereka memang sangat komited.

Sejujurnya, mereka memang anak buah / adik yang dedikasi.

Sejujurnya, mereka layak diganjari.

Alhamdulillah.

Yakin dan Percaya pada Rezeki ALLAH sentiasa aku ingatkan pada mereka dan seluruh keluarga bahas SMAPK ini. ALLAH Maha Adil malahan Maha Menyanyangi.

Niat yang ikhlas, Usaha yang konsisten dan Fokus yang jelas adalah 3 rahsia utama yang aku bongkarkan untuk pengetahuan mereka semua.

BAHAS SBP ZON TENGAH – sekali lagi Mus, Fiq dan Hisyam membawa pulang piala pusingan tersebut.

DEBAT UIA – sesuatu yang di luar sasaran ! Bak kata majalah e-siswa “Penantian SMAPK Berakhir”….. aku kini mengiyakan hakikat tersebut. Mus, Fiq dan Hisyam……. kalian pemecah tradisi dan pencipta rekod !!!

BAHAS PPM – Misi Rampas 2007 yang ditangguhkan ke Misi Rampas 2008, akhirnya berjaya dimakbulkan Allah. Jujurnya, air mata aku menitis tatkala SMAPK diumumkan Johan PPM 2008. Mus, Fiq dan Hisyam….. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKANNYA SATU REALITI !

Apa lagi yang dapat aku luahkan……..

Kejayaan yang datang bukan lah dengan bergolek atau berguling atau semudah yang disangka.

Mus —- dari seorang yang ‘dipaksa’. dari seorang yang ‘terpaksa’. dari seorang ‘bidan terjun’. Memang aku takjub dan terharu.. akhirnya dia mampu juga lakukan ! Terima Kasih Mus !!!!

Fiq dan Hisyam —- bermula bersama – sama dalam dunia debat ini. Fiq ketika f1 dan Hisyam ketika f2. Kedua-duanya sudah Dekat di Hati. Banyak perkara yang Fiq dan Hisyam telah korbankan. Alhamdulillah. Tiada yang sia – sia ! Terima kasih Fiq dan Hisyam.

MEREKA SUDAH DIMETERAI SEBAGAI LAGENDA !!!!!

THE GREAT DEBATERS !!!!

Akhirnya……. “2008: Kegemilangan Dikembali”

Great Debaters : Part 3

Posted: Julai 11, 2008 in Debat, Peribadi

Kisah 2007 sememangnya menjadi pencetus kepada semangat kerja kuat dan gigih kesemua ahli keluarga bahas SMAPK ini. Terutama 3 orang ‘Great Debaters’ ini.

Kekalahan memilukan di Debat UIAM 2007 diteruskan lagi ke Bahas PPM 2007 pastinya akan menjadi memori paling pahit dalam usaha gigih mereka. Masih lagi aku ingat petang itu di Kota Tinggi Johor. Apabila diumumkan tewas………. kegirangan terus bertukar menjadi kesuraman. Masing – masing ‘berpesta’ air mata meraikan kekalahan. Jujurnya, ketika itu aku terlalu mengharapkan sesuatu akan hakikatnya mereka ini masih terlalu muda untuk bergelar ‘Great Debaters’. Ungkapan aku kepada mereka ketika itu…. ‘kita bukan tiada rezeki sebaliknya kita belum ada rezeki’….

Bukan mudah melupakan episod air mata di SAKTI PPM 2007……. Tapi, itulah letaknya MAHA ADIL Allah Taala….. Bila tiba pada masa dan keadaannya, rezeki pasti akan tiba jua.

Di hujung kisah 2007,,,,,,,,,

Sinar ngauman ‘Great Debaters’ mulai kedengaran. Sekalipun di saat terlalu akhir menerima jemputan menyertai Debat Jemputan UKM 2007, kalau di situ suratan rezekinya………….

Afiq, Mustaqim dan Hisyamudin menjulang kejuaraan Debat UKM edisi 2007 !!!!

Di Debat UKM ini mereka disatukan sebagai sebuah pasukan….

Di Debat UKM ini juga mereka belajar erti mengejar kejayaan….

Tahniah buat pertama kalinya ……..

Mereka bertatih dan kemudian merangkak seterusnya mendaki gagah ke puncak kegemilangan !

Great Debaters : Part 2

Posted: Julai 8, 2008 in Debat, Peribadi

Sepanjang tahun 2006, Afiq dan Hisyamudin telah bersama – sama dimasukkan ke dalam ‘keluarga’ bahas SMAPK. Sekalipun mereka bukan diletakkan sebagai pasukan utama ketika itu namun pengalaman asas diajar dan ditimba sejak dari situ. Batch Bahas 2006 adalah Hidayat (kini di UM), Imdad (kini di Mesir) dan Harith (kini di UiTM). Mustaqim ketika ini, belum lagi bergiat aktif…………..

Batch 2006 (batch yang sangat patuh)  ini kesemuanya adalah 1st timer dalam setiap kejohanan debat yang mereka wakili. Sekalipun begitu, hasilnya tetap memberangsangkan……… SEPARUH AKHIR BAHAS PPM 2006 ! Sesuatu yang di luar jangkaan ~

Setelah tamat perjuangan Batch 2006, maka secara rasminya, bermula lah kisah LAGENDA ini. Sekali lagi, DEBAT JEMPUTAN UKM 2006 menjadi gelanggang permulaan. Di sinilah, bakat Mustaqim Malek, Afiq Yasim dan Hisyamudin Ghazali pertama kali disatukan untuk dijadikan adunan. Hasil pertamanya, SEPARUH AKHIR DEBAT JEMPUTAN UKM 2006 ~ ( mereka mmg miliki sesuatu ! )

Saya sangat optimis melihat mereka.

Saya sangat positif akan kebolehan mereka.

Saya yakin tiada antara mereka yang akan disia-siakan.

KERJA KERAS PASUKAN INI BERMULA PENGHUJUNG TAHUN 2006 !

Great Debaters : Part 1

Posted: Julai 8, 2008 in Debat, Peribadi

Bahas Intra SMAPK adalah gelanggang asal yang mempertemukan bakat 3 pendebat hebat ini.

Saya masih lagi teringat, kata – kata Cikgu Dahlia apabila berjaya menjumpai bakat baru bernama Afiq ketika itu. “Zul, saya dah jumpa seseorang yang sangat bagus !”……

Serupa juga, apabila Cikgu Dahlia memaklumkan seorang lagi bakat baru, Hisyamudin pada saya. “Hisyam ini berpengetahuan luas dan bijak membidas”……

Mustaqim turut sama dijumpai melalui proses cungkil bakat ini. Cumanya, Mustaqim ini mendapat kepercayaan yang sangat tinggi dari teamatenye, Afiq dan Hisyamudin. Kemudian, barulah keyakinan itu turut diserlahkan oleh cikgu Dahlia. “Saya percaya Mus boleh lakukannya”…..

Ketika itu, saya belum lagi mengenali ketiga-tiga bakat baru dunia bahas SMAPK ini memandangkan mereka belum bergelar warga SMAPK ketika saya masih lagi menjadi warga SMAPK. Pesanan saya pada Cikgu Dahlia dan pembahas SMAPK yang masih ada ketika itu agar “BAWA & JAGALAH BUDAK-BUDAK BARU INI”

Pertemuan saya yang pertama dengan mereka adalah pada Debat Jemputan UKM 2005. ketika itu, barulah Cikgu Dahlia memperkenalkan saya dengan Afiq dan Hisyamudin. Afiq masih berada dalam Tingkatan 1 dan Hisyamudin di Tingkatan 2. Memang nampak mereka sangat kecil, ketika itu.

Mereka dibawa oleh senior ketika itu, batch 2005 (ziadi n the gang) dan batch 2006 (harith n the gang) untuk cuba berjinak dan mula menjelajah ke dunia bahas yang pastinya lebih duka dari suka ini………….

Sedikit imbauan, ketika bakat baru bertiga ini dijumpai di arena bahas SMAPK, ketika itu, SMAPK masih segar lagi dengan kejayaan kali kedua bergelar JOHAN BAHAS PPM 2005…

Mengambil spirit yang sama dipegang dan memegang Batch 2005 itu…..

azam saya, ‘SAYA TIDAK AKAN MENSIA-SIAKAN BAKAT BARU INI ! MEREKA AKAN JADI LAGENDA BAHAS SMAPK KELAK !’

Cita-cita saya semat… mengakhiri pertemuan pertama saya dengan mereka di penghujung tahun 2005 itu.

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) ditabalkan sebagai JOHAN BAHAS BAHASA MALAYSIA PIALA PERDANA MENTERI 2008 pada 4 Julai 2008 yang lalu, dilangsungkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Gandingan trio: Mustaqim Malek, Afiq Yasim dan Hisyamudin Ghazali berjaya mencantas SERATAS di Pertandingan akhir tersebut. SMAPK Bertindak selaku kerajaan membawa usul Kaedah Pengubatan Alternatif Meningkatkan Tahap Kesihatan Pengguna berjaya menyakinkan kelima-lima juri untuk mengembalikan PPM ke Bumi SMAPK tahun ini. Pembahas ketiga SMAPK, Hisyamudin berjaya dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik Akhir PPM08.

Ini merupakan kejayaan kali ketiga SMAPK sebagai JOHAN BAHAS BM PPM ini. Sejarah pertama mula diukir pada tahun 2003, diikuti tahun 2005 dan kini, tahun 2008.

Kejayaan dalam PPM ini menjadi kemuncak kejayaan Pasukan Bahas BM SMAPK 2008 setelah Pasukan ini menjadi JOHAN BAHAS ZON TENGAH 2008 dan JOHAN DEBAT ANTARA SEKOLAH 2008.

TAHNIAH !!!

post seterusnya : Kisah Suka Duka Pasukan Lagenda ini ~