Arkib untuk Ogos, 2008

Debat Kemerdekaan 2008 : Epi. Akhir

Posted: Ogos 30, 2008 in Debat

Mengambil mood petang menjelang Ulangtahun Kemerdekaan negara ke-51, suka lah untuk saya mencoretkan episod akhir tentang kisah Debat Kemerdekaan 2008 ini.

Episod 1, tentang kejutan pasukan UTP muncul Johan edisi kali ini. Tahniah !

Episod 2, sepintas beberapa rumusan yang dapat saya rangkumkan sepanjang di bumi T’ganu.

Episod 3, tentunya sebuah dedikasi khas untuk Pasukan Debat Kemerdekaan UM 2008.

Universiti Malaya membariskan Sdra Ali Asyraf, Azri Zahier dan Shen Yee Aun untuk menggalas misi memburu kemenangan di UMT.

Namun, itulah perancangan manusia sudah lancar namun INGATLAH perancangan dan ketentuan ALLAH adalah MAHA TEPAT, MAHA LANCAR & MAHA SEMPURNA ~

Sekali lagi, untuk dua kejohanan berturut-turut selepas Debat Alam Sekitar Julai lalu, UM Terkandas di Separuh Akhir. (tewas kepada UTP)

SEDIH & KECEWA

Dua perasaan ini memang sukar untuk dinafikan.

Segalanya sudah hampir ke situ, tapi entahlah apa hikmahnya, kita terkandas lagi.

Tapi itulah, ‘Berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul’… kekecewaan dan kesedihan para pendebat pastinya melebihi dari perasaan saya sendiri.

Apa yang mampu, masing – masing nyata ‘lost’ dan ‘depress’ dengan kekalahan kali ini……

BELAJAR & UBAHLAH !

Buat Senior Ali Asyraf

Abg masih ada dua/tiga kejohanan berbaki sebelum karier abg dinoktahkan. Harapan saya pastinya a Happy Ending ! You totally deserve it ! Bersyukur abg, masih ada peluang dan ruang. Peluang untuk terus berjuang dalam dunia debat ini. Ruang untuk memperbaiki dan mempelajari. For the next tournament, saya harap Ali Asyraf ‘kembali’ ke dunia debat ini !

Apapun sepanjang debat kemerdekaan ni, abg tetap dah wat terbaik atas kapasiti kini yang abg terupaya. Nak ~~~~~~ ?

Buat Azri Zahier Azmi,

John, pengembaraan kau masih panjang. Adil dunia debat ini sebenarnya, kita rasai manisnya dan kita telan pahitnya. Saya yakin u will be somebody dalam arena debat ini, tak lama sahaja lagi.

Yang penting, sifir kasi Master dan phD. Sebutan next time, jangan salah lagi ! Sudah tidak boleh selesa lagi. Berhati – hati !

John, kelestarian UM terletak dalam tgjwb kau !

Buat Shen Yee Aun

Shen, masih banyak lagi yang perlu Shen perbaiki dan atasi. Jangan cepat selesa lantas leka dengan pujian. Jangan cepat tersentuh lantas terluka andai dikritik. Ragam dunia ini, ada dipuji dan ada dikeji. Yang pasti, jangan leka dan UBAHLAH ! Attitude semestinya resepi utama untuk maju ke hadapan. Teruslah bersama keluarga ini !

TERIMA KASIH

Sifu Azizul Hakim

Meletakkan saya sebagai ‘pemerhati sepenuh masa’ dan ‘menoktahkan’ karier saya, nyata satu pengalaman baru yang perit. Tapi, by time semuanya akan menjadi biasa.

Buat Sifu Azizul, anda masih lagi dekat di hati mereka. Tak mengapa, ALLAH beri kita rehat dan saya yakin dengan perancangan kita selepas ini, ALLAH tetap MAHA ADIL nya ~

Jangan kecewa tau. Kita perlu BANGKIT untuk UPDATE !

Khairul Asyraf@Acap

Sentiasa bersama senang dan susah dalam keluarga ini. Kehadiran kau beri ‘nyawa’ kepada banyak nyawa. Teruskan kekal ya bersama keluarga Orator UM ini.

Dari diri ini

Saya nak minta ampun dan maaf sepanjang edisi debat kemerdekaan ini, kehadiran saya lebih banyak nyusahkan korang. Saya sudah ‘berpindah’ zaman dan saya harap kalian turut sama – sama memahami. Bila kalian dah berada pada ‘perpindahan’ zaman itu, baru lah kalian mengerti. Ampun dan Maaf sebab tidak langsung membantu. Apapun, saya bangga pasukan ini sudah banyak berubah dan dalam tempoh berubah itu, kalian tetap diberi peluang untuk memerhati dan mempelajari sesuatu. Manfaatkan ya !

KISAH SILAM

Pasukan ini pernah muncul Johan Debat Integriti 2008 awal tahun lalu. Mereka sememangnya bagus cuma kali ini, REZEKI ………

ENDING

Niat kena betul

Matlamat perlu Sama

Usaha wajib Bersama – sama

Let’s work together !!!!!

PENTAS ITU PERLU KEMBALI MILIK KITA ~

Debat Kemerdekaan 2008 : Epi. 2

Posted: Ogos 27, 2008 in Debat

Episod 2 kali ini saya ingin menyoroti beberapa situasi yang berlaku sepanjang berada di UMT untuk Debat Kemerdekaan IPT 2008 kali ini.

PENGANJURAN ‘BOLEH TAHAN’

UMT telah berjaya memainkan peranannya sebagai host dengan sangat baik. ‘Usher’ yang sangat rajin mengambil berat tentang pasukan yang diamanahkan antara aspek yang menarik perhatian kali ini. Masakan tidak, semata – mata nak pastikan team jagaan menepati masa, seorang ‘usher’ ini telah menelefon seorang pengawai pengiring sejak jam 6 pagi sehingga 8 pagi sebanyak hampir 10 kali. Kasihan pengawai pengiring tersebut tak dapat nak beradu dengan aman. Keseluruhannya, tempat tidur, makanan dan kemesraan boleh diberikan merit.

KUASA WANITA

Pendebat wanita tampaknya menyinar sepanjang debat kemerdekaan ini. Tidak silap ada dua pasukan yang meletakkan 3 pendebat utamanya adalah wanita — UPSI & UIAM. UIAM berjaya menjadi Juara Liga setelah 6 pusingan kelayakan sementara UPSI berjaya melangkah ke pentas akhir (naib johan).

Dalam masa yang sama, Top 3 Pendebat Terbaik Liga turut dikuasai wanita. Cik Habibah dari UPSI di tangga 1, Cik Husna dari UIAM di tangga 2 dan Cik Mahirah dari UIAM di tangga 3. Pendebat Terbaik Akhir turut diungguli oleh seorang wanita yakni Cik Habibah dari UPSI. Secara peribadi, sangat ‘comel’ gandingan wanita UIAM sementara gandingan wanita UPSI sememangnya berada pada kelas tersendiri. Tahniah WANITA TULEN

Seorang wanita bernama Cik Zakia Setu dari USM turut menarik perhatian saya. Sejak dari Debat Alam Sekitar tempoh hari ( tak berpeluang melihat ), namanya sudah menjadi sebutan. Kekuatan wanita ini pada kesantunan dan kelembutannya dalam debat. Teruskan usaha kejar kejayaan ya !

UTHM & USIM

Pasukan baru yang meningkat naik.

USIM berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir. Gandingan Ikhwan – Umairah ternyata saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

UTHM pula menyengat setelah 3 pusingan membuat kejutan berada pada Rank 1. Saya rasa UTHM boleh melangkah jauh andai ada anjakan perubahan pada keyakinan diri.

BAKAT BARU DOMINASI

Jujurnya, pentas Debat Kemerdekaan kali ini mempertaruhkan bakat baru secara dominan. Kebanyakan IPT mula beralih pada strategi memberikan pendedahan pada pendebat – pendebat baru. Antaranya, UiTM, USM, UNITEN dan lain – lain. Ini menjadikan hampir tiada pasukan favourite yang dilihat cukup dominan untuk dicopkan sebagai ‘juara menunggu’. Situasi seperti ini secara tidak langsung telah memberikan satu persaingan yang seimbang, adil dan sihat.

MASJID KRISTAL MEMPESONAKAN

Tarikan terbaru di Terengganu tentunya Masjid Kristal. Lihat dari jauh seakan membazir namun apabila benar berada di depan mata, ianya sangat mempesonakan. Terasa gahnya Tamadun Islam sepanjang berada di situ. Benar kata En Azizul Hakim, “Bina masjid lawa – lawa memang berkesan menarik orang untuk solat”.          Benar jua kata Sdra Ali, “Alang – alang orang datang melawat, pasti terus bersolat”.

Senang kisah,

sebuah pengembaraan yang menarik di Debat Kemerdekaan 2008 ini.

Debat adalah sebuah pengembaraan ~

Assalamualaikum semua.

Debat Kemerdekaan anjuran ARKIB Negara dengan kerjasama MADUM telah tamat dengan jayanya 25 Ogos yang lalu setelah berkampung 5 hari di Uni. Malaysia Terengganu.

Sebagai berperanan selaku pemerhati sepenuh masa di Debat Kemerdekaan 2008 ini, saya ingin berkongsi beberapa perkara yang saya kira bernilai untuk semua terutamanya para pejuang dan pencinta debat.

UTP PECAH MONOPOLI IPTA

TAHNIAH buat pasukan Universiti Teknologi Petronas (UTP) atas kejayaan muncul JOHAN PERTANDINGAN DEBAT KEMERDEKAAN IPT 2008.

Merit harus diberikan kerana kesungguhan ‘all out’ UTP hingga ke hujung perdebatan menyebabkan dua ‘gergasi debat’ yakni UIAM dan UM ditewaskan UTP di peringkat suku dan separuh akhir. TAHNIAH !

Pasukan ini memiliki kesempurnaan dalam meragukan kes pihak lawan dan membuktikan kes pihak mereka. Sepanjang pusingan menang mara, mungkin sudah termaktub rezeki mereka, posisi yang diperoleh adalah sebagai pembangkang. Inilah kelebihan yang berjaya dimanfaatkan sebaiknya oleh pasukan UTP. Keraguan yang dibuat sangat memerangkap dan ‘menyusahkan’ pihak lawan untuk kembali menjelaskan dan mempertahankan kes.

Permulaan keraguan oleh Mohd Hairul (pendebat 1) sepanjang berperanan selaku pembangkang sangat jelas dan kadang-kala memberi gambaran awal kemenangan sudah berpihak pada mereka. Saya sangat kagum melihat prestasi Mohd Hairul ini sangat ketara meningkatnya jika dibandingkan sepanjang 6 pusingan kelayakan dengan pusingan menang mara. Nyata, keinginan dan rasa tanggungjawab beliau di pusingan kalah mati/menang mara dimanfaatkan sebaik-baiknya. Tingkatkan prestasi !

Siddiq (pendebat 3) pula turut menjalankan peranannya dengan baik. Walau pun masih sangat baru dalam pengalaman debat intervarsiti, saya kira Siddiq telah menjalankan tugasnya selaku pendebat 3 dengan baik berdasarkan kapasiti yang beliau miliki. Cuma kurangnya, gaya ‘persekolahan’ masih lagi membelenggu Siddiq tapi saya percaya dengan latar belakang selaku pelajar pintar dan cinta pada debat, Siddiq boleh berubah menjadi lebih baik. Content bidasan beliau memang jelas. Tahniah Siddiq, teruskan belajar dan mencipta kejayaan !

Merit besar buat ‘master mind’ pasukan ini : Junnyaruin Anak Barat (pendebat 2 & penggulung). Saya rasa memang Junny sangat berkobar-kobar untuk mencipta kejayaan di Debat Kemerdekaan 2008 ini. Dalam debat, ‘kepala’ team akan mula menunjukkan taring di awal perdebatan dengan memberikan celahan/izin laluan berbentuk ‘perangkap’. Dalam hal ini, Junny sudah mahir dalam membaca kes pihak lawan lantaran izin laluan di awal yang kerap ditanya oleh beliau adalah bersifat ‘perangkap’. Ini nyata menunjukkan beliau sudah matang dalam dunia debat. Sememangnya, kali ini saya lihat Junny sangat berjaya menjalankan peranan beliau, baik sebagai ‘kepala’ team, struktur dan penyampaian jelas selaku pendebat ke-2 serta penggulung yang bijak melongsaikan kelemahan pasukan lawan. Maka, layaklah bergelar Johan. Tahniah Junny. Beliau nyata menggunakan pengalamannya selama ini dalam kejohanan kali ini dengan jayanya !

Sinopsis Episod 1

Berstatuskan ‘pemerhati sepenuh masa’ di Debat Kemerdekaan 2008, begitulah pendapat saya tentang pasukan Johan tahun ini. Jujurnya, memang kecewa pasukan UM tewas pada mereka di semi namun kerana mereka lebih memahami dan menggunakan setiap inci, ruang dan masa yang ada untuk berhempas-pulas mencipta kemenangan, tentunya UTP adalah pasukan paling layak dinobatkan sebagai Johan. TAHNIAH.

Cuma, harapannya, janganlah setelah kejayaan ini, kalian berubah diri pula………..

Debat adalah sebuah pengembaraan~

Tahniah DS Anwar Ibrahim

Posted: Ogos 26, 2008 in Dunia Semasa

KEPUTUSAN RASMI PERMATANG PAUH BY – ELECTION

1. DATUK ARIF SHAH ( BARISAN NASIONAL ) : 15, 524

2. DATUK SERI ANWAR IBRAHIM ( PAKATAN RAKYAT ) : 31, 195

3. TUAN HANAFI ( AKIM ) : 92

YB PERMATANG PAUH : YANG BERHORMAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

MAJORITI MENANG : 15, 671

TAHNIAH YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM.

SELAMAT KEMBALI KE PARLIMEN.

POLITIK MALAYSIA………. ?

Chong Wei : Terima Kasih !

Posted: Ogos 18, 2008 in Dunia Semasa

Ramai yang mengharapkan kilauan EMAS dari Beijing tentunya melalui Lee Chong Wei.

Jujurnya, aku pun mengharapkan perkara yang sama. Lebih – lebih lagi, sudah setengah abad usia negara namun belum pernah sebutir emas lagi kita jelmakan dari temasya sukan utama dunia ini.

Tentunya, malam Ahad lalu, seluruh Malaysia tertumpu di layar kaca untuk menantikan aksi dua jagoan badminton dunia ketika ini, Lin Dan dan Chong Wei.

HAMPA ~

Lin Dan terlalu hebat buat Chong Wei malam final itu.

Ribuan penyokong China yang sangat patriotik tentunya telah menjalankan peranan yang sangat efisien di stadium malam final itu.

Lee Chong Wei tumpas.

Tidak mengapalah.

Saya rasa keperluan untuk semua rakyat Malaysia mengucapkan tahniah dan terima kasih pada Lee Chong Wei

kerana beliau lah, kontinjen Malaysia tidak pulang dengan tangan kosong sebagaimana yang berlaku di Olimpik Athens 4 tahun yang lalu.

kerana beliau lah, Jalur Gemilang masih berpeluang dijulang naik. Sekalipun belum rezeki untuk ‘Negaraku’ didendangkan.

Aku sempat menonton aksi Chong Wei di semi dan di final. Tentunya sangat berbangga melihat kesungguhan dan patriotiknya kebanyakan rakyat Malaysia yang sama – sama menyokong, menepuk, menjerit, melaung malahan menarik nafas lega apabila Chong Wei beraksi sangat cemerlang di Semi tempoh hari.

Final pula, Lin Dan sangat terlalu pantas untuk mematikan hasrat Chong Wei. Lin Dan layak untuk Emas itu.

Harapnya, tiada media Malaysia yang menghentam kegagalan Chong Wei memberi emas buat kita. Lee Chong Wei layak dan WAJIB DISANJUNG kerana beliau lah satu – satunya atlit Malaysia yang fokus dan menepati ramalan (tidak seperti atlit Malaysia yang lain).

Tahniah juga buat Misbun Sidek. Komitmen dan fokus beliau melatih seorang anak cina sehingga menjadi antara yang terbilang dalam arena ini tentunya sesuatu yang wajar untuk dibanggakan. Kerjasama yang paling mantap saya kira dan paling menjadi !

——————————————————————————-

Kehampaan saya masih lagi menjurus pada ‘Beregu Emas’ yang digembar-gemburkan.

Dalam hal ini, apakah masih lagi kesalahan terletak pada Koo Kiat-Boon Heong atau Rexy Mainaky yang harus kita tudingkan…?

Apapun, kelibat gandingan ini masih muda dan ada banyak ruang dan peluang untuk mereka kembali ke prestasi asal seperti di awal gandingan….

Yakin…… gandingan ini tetap akan menghadiahkan EMAS buat negara dari Olimpik satu hari nanti !

PERAK dari Beijing 2008, Syukurilah ~

Permatang Pauh:Penamaan Calon

Posted: Ogos 15, 2008 in Dunia Semasa

Besok 16 Ogos 2008 sebagaimana yang telah ditetapkan oleh SPR adalah hari Penamaan Calon bagi ‘by-election’ Permatang Pauh.

Seperti dimaklumi, DS Anwar Ibrahim dari PKR ‘kembali’ dalam cubaannya membuat ‘comeback’ di kubu kuatnya ini.

Dalam masa yg sama, akhbar perdana kerajaan sedang gigih ‘berkempen’ buat calon UMNO yang diumumkan, YB Arif Shah.

Setakat ini, kedua-duanya ini sudah sah akan menghantar borang pencalonan sebagai calon pada esok hari. Setelah itu, baru lah kita dapat lihat samada akan ada ‘by-election’ atau tiada ‘by-election’ atau persaingan banyak penjuru. Semuanya akan kita ketahui lewat pagi besok, 16 Ogos.

Apapun, dari kejauhan selaku rakyat Malaysia yang mencintai keADILan dan integriti, saya mengharapkan semuanya akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini di Permatang Pauh besok.

Kali ini, saya berpendapat, kempen dari kedua-dua parti dah lama dah mula. Cuma tempoh 10 hari yang ‘halal’ mulai besok pastinya akan mengundang pelbagai cerita panas PKR v UMNO.

Nantikan lah siaran Berita Perdana, Buletin Utama dan sewaktu dengannya untuk kita nilai kesaksamaan laporannya atau masih dengan fi’il tegarnya.

Untuk 16 Ogos 2008 besok…. BEST OF LUCK SPR PERMATANG PAUH !

Mati & Anaconda

Posted: Ogos 13, 2008 in Dunia Semasa

Jujurnya, terperanjat juga baca kisah di malaysiakini (web berita terkini) petang tadi.

“30 Anaconda MATI kerana cuaca,kuman”

Mati-matian disangkakan ini kisah dari luar negara yang dihebahkan ke dalam negara. Tetapi, rupa-rupanya kematian anaconda ini adalah kes dalam negara kita !

Berlaku di Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan.

Matinya anaconda ini adalah disebabkan oleh pelbagai punca dan salah satunya adalah kerana perubahan dan ketidaksesuaian cuaca. Difahamkan, Anaconda yang menemui ajal mati ini kesemuanya adalah diimport.

Anaconda pun diimport ?? Akhirnya mati, siapa yang rugi ni ?

Iktibarnya :

Pelihara & Pulihara lah alam sekitar.

Panas dan sejuk dah jadi tak tentu sekarang ni.

Iklim berubah, semuanya mendatangkan ketidaksesuaian.

Akhirnya……… ANACONDA dah MATI.

MANUSIA ?????

Merdeka 51 ?

Posted: Ogos 13, 2008 in Dunia Semasa

Bulan Ogos sudah hampir sampai pertengahannya. Jujurnya, mood sambutan kemerdekaan negara ke-51 seolah – olah tidak terasa langsung kehangatannya.

Buat teman – teman, gambar di atas adalah logo sambutan kemerdekaan tahun 2008 yang telah dipilih dengan tema yang turut berubah iaitu PERPADUAN TERAS KEJAYAAN.

Tahniah pada pencipta logo, tema dan lagu ( x pernah dengar lagi ) untuk sambutan tahun ini.

Cuma, satu perkara yang terdetik, kenapa sambutan kemerdekaan masih lagi suam – suam dan tidak hangat rasanya ye. Kengkadang iklan jualan aidilfitri dan promosi syawal yang sudah dan lebih kedengaran sedangkan ramadhan belum pun lagi menyusul.

Dalam hal ini, kredit tentunya perlu diberi pada kepimpinan terdahulu KEKKWA yang nyata komited menghidupkan suasana sambutan kemerdekaan. Ingatan klise untuk memasang bendera kebangsaan pun masih lagi belum kedengaran.

Datuk Menteri……………….. 51 tahun sudah kah kita ?

Atau, apakah kerana DASAR PENGUNCUPAN BAJET yang sangat berleluasa sekarang ini menyebabkan sambutannya tidak hangat ? Dari peruntukan RM40 juta diturunkan kepada RM20 juta. Kasihan Datuk Menteri……….

Senangkan cerita, selaku rakyat Malaysia yang prihatin……

tak perlu lah kita tunggu ‘arahan’ kreatif melalui iklan,

tak perlu lah kita tunggu ‘kiasan’ membina Pak Menteri,

tak perlu lah kita tunggu ‘subsidi’ hadiah Jalur Gemilang,

sudah 51 tahun rupanya……….

Kita lah yang patut sedar & punya inisiatif !

Selamat Menyambut Kemuliaan Bulan Kemerdekaan ~

AL-FATIHAH buat semua Tokoh Kemerdekaan

Beijing08: Superb Opening !

Posted: Ogos 8, 2008 in Dunia Semasa

080808 —- it was a superb n spectacular opening ceremony of Beijing Olympic 2008 !

Some wonderful shots of Beijing08 Opening :

I’ve spend about 3 hours starting at 8pm to watch this great show ever !

Great Opening Beijing 2008 !

Who will be our very own (Malaysian) first Olympic Gold Winner ?

The Millionaire-to-be ??????

GOOD LUCK MALAYSIA !!!!!

Liwat : Anwar ke Mahkamah !

Posted: Ogos 6, 2008 in Dunia Semasa

DS Anwar Ibrahim telah pun selamat menerima notis untuk dihadapkan ke mahkamah sekali lagi atas tuduhan liwat.

Pertembungan DS Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan ibarat sekuel kepada sebuah cerekarama 10 tahun dahulu.

Jujurnya, aku ada analisa dan pendapat tersendiri tentang sekual cerekarama ini. Tapi biarlah dahulu segala-galanya dimulakan besok di Mahkamah Seksyen, Jalan Duta.

Aku mengharapkan yang terbaik untuk semua pihak.

KEADILAN UNTUK SEMUA