Arkib untuk Oktober, 2008

Norman Hakim Rupanya ….

Posted: Oktober 31, 2008 in Dunia Semasa, Hiburan

Baru minggu lalu, baca akhbar tentang kisah Puan Abby Abadi mengadakan majlis cukur jambul untuk anak bongsunya yang baru dilahirkan, Maria Danisha Hakim.

Dalam akhbar itu, memang dah ada kiasan yang tunjukkan ‘masjid’ Puan Abby Abadi ini sedang bergelora.

Semalam dan hari ini, sekali lagi kisah mereka berdua mendapat tempat dalam akhbar.

Kisahnya, si suami Encik Norman Hakim ditangkap khalwat di pejabatnya di Ukay Perdana hasil maklumat orang sekitar (pasal ni memang masyarakat sekitar excellent jalankan peranan) pada awal pagi.

Kisahnya juga, dengan seorang pelakon baru wanita yang baru sangat menjengah dunia lakonan ni. Katanya, perempuan itu lah yang diberita anginkan ada jalinan kasih ngan Encik Norman Hakim ni.

Akhirnya TERTANGKAP !

Akhbar hari ini pun melaporkan lah…. Encik Norman Hakim ditangkap ‘basah’ dengan Cik Memey.

akibatnya, jenuh lah Encik Norman Hakim hendak menjelaskan pada Puan Abby Abadi, pihak keluarga, pihak mentua dan pihak media.

Sementelah, anak – anak Encik Norman Hakim tentunya terkesan dengan perubahan yang pastinya lebih akan berlaku dalam kemesraan ibu dan ayah mereka ini.

Encik Norman Hakim pernah melafazkan talak pada Puan Abby Abadi satu ketika dulu tapi rujuk kembali tak sampai 5 hari kemudian. Beberapa hari sebelum terjadi kes ‘tangkap basah’ ini, Encik Norman Hakim berjanji tidak akan lagi melafazkan talak ke atas Puan Abby Abadi.

Tapi, setelah peristiwa ini terjadi…………….

Apakah pendirian seorang isteri dan seorang ibu diperlakukan sebegini ?

Kebenaran kisah khalwat ini hanya Norman Hakim dan Memey yang lebih tahu apa yang dah jadi….

FOMCA 2008 : Debat itu ADIL

Posted: Oktober 21, 2008 in Debat, Dunia Semasa

1. Debat Kepenggunaan anjuran FOMCA 2008 telah pun tamat dengan cepatnya Isnin lalu, hanya 3 hari sahaja berdebat bertempat di MMU, Melaka.

2. Kali ini, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) muncul Johan Debat FOMCA 2008 menewaskan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada perlawanan akhir (yang aku tak terdaya nak menontonnya). Kajol dari UIAM turut dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Akhir. Tahniah !

3. Sementara itu, special tahniah pada team Universiti Putra Malaysia (UPM) atas ‘comeback’ yang secara jujurnya memang aku nantikan dan harapkan. Syamsul dan Amiruddin antara dua insan pendebat yang aku kira sudah ‘lama’ dalam istilah perjuangan debat ini. akhirnya ~

4. Mesej utama yang aku peroleh dari DEBAT FOMCA 2008 ini adalah betapa bakat berdebat ini datang sebagai pinjaman dari Allah Taala. Allah jua lah yang mempunyai hak mutlak menilai usaha dan kesungguhan insan – insan berdebat ini. Dan, yang pastinya, Debat ini adalah subjektif penilaiannya maka REZEKI ALLAH adalah ketentuan hakikinya !

5. Maka, aku sentiasa sematkan sepanjang ‘berjuang’ dahulu betapa REZEKI ALLAH akan hadir jika kita YAKIN dan PERCAYA atas – Nya. Aku jua yakin betapa ALLAH ITU MAHA ADIL dan DIA AKAN SENTIASA BERLAKU ADIL ~

6. Di penghujung Debat FOMCA ini sebagai status ‘pemerhati’ kini, memang jelas dan nyata DEBAT INI PENUH ADIL nya !

7. Dalam debat ini, ada situasi pendebat yang akan menikmati segala yang indah dengan segera kerana kurniaan bakat semulajadi dan usaha yang dah dijana bertahun awalnya.

8. Dalam debat ini juga, ada situasi pendebat yang akan menikmati segala yang indah dengan ‘bertatih’ setelah segala ‘kesengsaraan’ ditempuh dengan tegar.

9. Edisi FOMCA 2008 kali ini, jujurnya, mereka yang  pernah’bertatih’, mereka yang pernah tegar ‘sengsara’ akhirnya mengecapi erti kepuasan berarak, diarak dan beraksi di pentas perdana. Inilah ADILnya dunia Debat !

10. Bagi aku, debat ini kisah sebuah pengembaraan.

Jika kita pernah merasai peritnya erti kekalahan di sebalik usaha yang begitu beria,

dan kini kita diganjari pengalaman merasai secebis kemenangan,

akhirnya SIKAP jua yang akan menentukan segalanya…..

TAHNIAH PADA SEMUA PEJUANG & PENCINTA DEBAT !!!!

KEPUTUSAN DEBAT KEPENGGUNAAN 2008

JOHAN : UIAM

NAIB JOHAN : UPM

KETIGA : UM & UPSI

PENDEBAT TERBAIK AKHIR : FARHAN NOR DIYANA (UIAM)

PENDEBAT TERBAIK LIGA : JUNNYARUIN (UTP)

Superman Mati ?

Posted: Oktober 15, 2008 in Dunia Semasa

1) Tentu ramai yang tertanya-tanya. Pelakon watak Superman mana yang telah pun meninggal dunia.

2) Tentu ramai juga yang akan terkejut apakah kerana mendalami watak Superman itu, pelakon tersebut menemui ajalnya. Sebagaimana yang pernah berlaku pada pelakon berwatak Joker dalam Dark Knight.

3) Tentu ramai yang akan menangisi dan meratapi pemergian seorang lagi idola hero kanak – kanak mahupun orang dewasa ini, sekalipun pelakon tersebut hanyalah pembawa watak fantasi, Superman.

4) Tentu ramai yang ada untuk mengambil peluang dan kesempatan mendalami dan menjiwai watak Superman supaya dengan kekosongan pelakon Superman akibat matinya dia, boleh memberi peluang kepada pelakon lain.

5) Tapi tentu ramai yang akan ‘gelak’, ‘marah’ atau ‘memuji’ kreatifnya sebuah akhbar kontroversi tempatan, Utusan Malaysia kerana menyiarkan sebuah berita ini hari ini.

Superman mati selepas bebas

UTUSAN MALAYSIA

KLANG 14 Okt. – Seorang bekas banduan ditemui mati tidak sampai 24 jam selepas dibebaskan daripada hukuman penjara tiga tahun.

Mangsa berusia 24 tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap di hadapan sebuah rumah di Pandamaran di sini, malam tadi.

Superman Awang, berasal dari Sabah ditemui mati oleh pemilik rumah terbabit dalam keadaan berlumuran darah akibat kesan tikaman di bahagian dada serta lengan.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 10.30 malam.

“Berdasarkan siasatan awal, kita percaya mangsa terbunuh selepas bergaduh dengan sekumpulan lelaki.

“Bagaimanapun, motif pembunuhan masih belum diketahui. Kita juga tidak menemui senjata di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad menambah, berdasarkan rekod, mangsa pernah terlibat dengan dua kes jenayah berkaitan samun dua tahun lalu.

Mangsa juga baru dibebaskan daripada Penjara Taiping, Perak selepas menjalani hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan berkenaan.

6) Rupanya bukan lah watak Superman tapi orang yang bernama Superman bin Awang.

7) Moga Rohnya dicucuri rahmat dan keampunan ~

Mukhriz Layak, Khairy ???

Posted: Oktober 12, 2008 in Dunia Semasa

1. Secara jujur, dalam persaingan pemilihan UMNO yang sedang rancak berlangsung kini, saya hanya tertarik untuk mengetahui perkembangan trend pengundian bagi jawatan KETUA PEMUDA UMNO.

2. Bagi jawatan Presiden, seakan sudah pasti menjadi milik Pak Najib sementara Timbalan Presiden pula, Tok Muhyiddin rasanya akan lepas bertanding. Atau, ada kemungkinan kedua-duanya akan menang tanpa bertanding akibat calon – calon lain tidak cukup pencalonan akibat SISTEM KUOTA.

3. Kini, anak Tun Dr Mahathir, Datuk Mukhriz sudah pun menjadi insan sulung yang LAYAK untuk bertanding ke peringkat pusat bagi jawatan KETUA PEMUDA UMNO Mac 2009 nanti.

4. Datuk Rais Yatim tampaknya terkejut dan kagum dengan ‘aura’ yang dimiliki oleh Mukhriz sehingga Saudara Mukhriz menjadi insan sulung mengetepikan ‘calon feveret’, Khairy Jamaluddin. Kata Datuk Rais, inilah gambaran betapa hebatnya ‘aura’ Mukhriz sekalipun beliau bukan lah calon yang ada kena mengena dengan pertalian keluarga dalam pimpinan sekarang. Perlu kah Datuk Rais bercakap macam tu ?

5. Saudara Mukhriz memang sudah lama berjuang dalam UMNO, malah beliau antara insan lantang mengkritik dan menghentam Pak Lah, namun semua pihak tidak boleh hendak menafikan yang ‘aura’ Mukhriz tetap mengalir dari seorang veteran politician, Tun Dr Mahathir. Masakan ini bukan juga satu cerita susur galur keluarga wahai Datuk Rais ?

6. Sementara ini, KJ masih lagi belum layak untuk bertanding ke peringkat pusat malahan boleh digambarkan jumlah pencalonan beliau setakat ini masih jauh dari ketetapan kuota kelayakan, beliau sudah ada 20 tapi perlukan 38 untuk layak. Kita lihat lah apa yang akan terjadi pada hari mesyuarat yang masih banyak berbaki ?

7. Lagi seorang, Datuk Khir Toyo. Beliau pun saban mesyuarat sedang meningkatkan jumlah pencalonan untuk layak bertanding. Tentang dia, saya tidak mahu komen apa – apa lah sebabnya beliau ini boleh dianggap sebagai ‘insan kontroversi’ juga sejak menjadi MB Selangor hinggalah bergelar ‘Bekas MB’.

8. Pemilihan KETUA PEMUDA UMNO ini tentunya akan bertambah hangat dan pastinya hangat menjelang pemilihan kemuncak Mac 2009 nanti. Dan, sepanjang tempoh tersebut tentunya kegusaran yang ada adalah tentang trend kempen calon yang akan layak, mungkinkah taburan wang akan mengalir begitu deras ……

9. Bagi Tun M, tentunya akan memasang strategi untuk anaknya ini. Bagi Pak Lah, pastinya juga akan ada sesuatu ‘permintaan’ untuk anak menantunya nanti ? .. Ini hanya kisah ‘orang dalam’ sahaja yang tahu….

10. Tapi yang pasti, Mukhriz dan Khairy adalah ‘anak muda UMNO’ yang cukup ghairah berpolitik selama ini. Mereka berdua ada kebijaksanaan dan kredibiliti. Malahan ada jua keberanian yang sangat simbolik untuk seorang PEJUANG MELAYU. Namun, antara dua orang ini, sememangnya ‘berseteru’…

ALANGKAH BAIKNYA JIKA MEREKA BERGANDINGAN, Pasti HEBAT PEMUDA UMNO ~

Gambar Patung Anwar ???

Posted: Oktober 9, 2008 in Dunia Semasa

setelah lama bercuti dari menulis………..

Salam.

Sebuah lagi polemik yang ditimbulkan ketika umat Islam sedang riang ria menyambut kehadiran Syawal 1429 yang lalu.

Sekali lagi, insan bernama DATUK SERI ANWAR IBRAHIM mengungguli publisiti dan spekulasi media.

Kali ini, DSAI dijelmakan dalam bentuk ‘patung’ atau ‘berhala’ atau ‘replika’………

Atau pun, ianya hanya lah satu ‘papan tanda’ untuk rakyat sekitar DUN Batu Caves mengesan lokasi Jamuan Syawal dengan mudahnya.

Untuk kalian yang membaca, tatapilah gambar nya ini ya…