Arkib untuk Oktober 12, 2008

Mukhriz Layak, Khairy ???

Posted: Oktober 12, 2008 in Dunia Semasa

1. Secara jujur, dalam persaingan pemilihan UMNO yang sedang rancak berlangsung kini, saya hanya tertarik untuk mengetahui perkembangan trend pengundian bagi jawatan KETUA PEMUDA UMNO.

2. Bagi jawatan Presiden, seakan sudah pasti menjadi milik Pak Najib sementara Timbalan Presiden pula, Tok Muhyiddin rasanya akan lepas bertanding. Atau, ada kemungkinan kedua-duanya akan menang tanpa bertanding akibat calon – calon lain tidak cukup pencalonan akibat SISTEM KUOTA.

3. Kini, anak Tun Dr Mahathir, Datuk Mukhriz sudah pun menjadi insan sulung yang LAYAK untuk bertanding ke peringkat pusat bagi jawatan KETUA PEMUDA UMNO Mac 2009 nanti.

4. Datuk Rais Yatim tampaknya terkejut dan kagum dengan ‘aura’ yang dimiliki oleh Mukhriz sehingga Saudara Mukhriz menjadi insan sulung mengetepikan ‘calon feveret’, Khairy Jamaluddin. Kata Datuk Rais, inilah gambaran betapa hebatnya ‘aura’ Mukhriz sekalipun beliau bukan lah calon yang ada kena mengena dengan pertalian keluarga dalam pimpinan sekarang. Perlu kah Datuk Rais bercakap macam tu ?

5. Saudara Mukhriz memang sudah lama berjuang dalam UMNO, malah beliau antara insan lantang mengkritik dan menghentam Pak Lah, namun semua pihak tidak boleh hendak menafikan yang ‘aura’ Mukhriz tetap mengalir dari seorang veteran politician, Tun Dr Mahathir. Masakan ini bukan juga satu cerita susur galur keluarga wahai Datuk Rais ?

6. Sementara ini, KJ masih lagi belum layak untuk bertanding ke peringkat pusat malahan boleh digambarkan jumlah pencalonan beliau setakat ini masih jauh dari ketetapan kuota kelayakan, beliau sudah ada 20 tapi perlukan 38 untuk layak. Kita lihat lah apa yang akan terjadi pada hari mesyuarat yang masih banyak berbaki ?

7. Lagi seorang, Datuk Khir Toyo. Beliau pun saban mesyuarat sedang meningkatkan jumlah pencalonan untuk layak bertanding. Tentang dia, saya tidak mahu komen apa – apa lah sebabnya beliau ini boleh dianggap sebagai ‘insan kontroversi’ juga sejak menjadi MB Selangor hinggalah bergelar ‘Bekas MB’.

8. Pemilihan KETUA PEMUDA UMNO ini tentunya akan bertambah hangat dan pastinya hangat menjelang pemilihan kemuncak Mac 2009 nanti. Dan, sepanjang tempoh tersebut tentunya kegusaran yang ada adalah tentang trend kempen calon yang akan layak, mungkinkah taburan wang akan mengalir begitu deras ……

9. Bagi Tun M, tentunya akan memasang strategi untuk anaknya ini. Bagi Pak Lah, pastinya juga akan ada sesuatu ‘permintaan’ untuk anak menantunya nanti ? .. Ini hanya kisah ‘orang dalam’ sahaja yang tahu….

10. Tapi yang pasti, Mukhriz dan Khairy adalah ‘anak muda UMNO’ yang cukup ghairah berpolitik selama ini. Mereka berdua ada kebijaksanaan dan kredibiliti. Malahan ada jua keberanian yang sangat simbolik untuk seorang PEJUANG MELAYU. Namun, antara dua orang ini, sememangnya ‘berseteru’…

ALANGKAH BAIKNYA JIKA MEREKA BERGANDINGAN, Pasti HEBAT PEMUDA UMNO ~