1) Tentu ramai yang tertanya-tanya. Pelakon watak Superman mana yang telah pun meninggal dunia.
2) Tentu ramai juga yang akan terkejut apakah kerana mendalami watak Superman itu, pelakon tersebut menemui ajalnya. Sebagaimana yang pernah berlaku pada pelakon berwatak Joker dalam Dark Knight.
3) Tentu ramai yang akan menangisi dan meratapi pemergian seorang lagi idola hero kanak – kanak mahupun orang dewasa ini, sekalipun pelakon tersebut hanyalah pembawa watak fantasi, Superman.
4) Tentu ramai yang ada untuk mengambil peluang dan kesempatan mendalami dan menjiwai watak Superman supaya dengan kekosongan pelakon Superman akibat matinya dia, boleh memberi peluang kepada pelakon lain.
5) Tapi tentu ramai yang akan ‘gelak’, ‘marah’ atau ‘memuji’ kreatifnya sebuah akhbar kontroversi tempatan, Utusan Malaysia kerana menyiarkan sebuah berita ini hari ini.
Superman mati selepas bebas
UTUSAN MALAYSIA
KLANG 14 Okt. – Seorang bekas banduan ditemui mati tidak sampai 24 jam selepas dibebaskan daripada hukuman penjara tiga tahun.
Mangsa berusia 24 tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap di hadapan sebuah rumah di Pandamaran di sini, malam tadi.
Superman Awang, berasal dari Sabah ditemui mati oleh pemilik rumah terbabit dalam keadaan berlumuran darah akibat kesan tikaman di bahagian dada serta lengan.
Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 10.30 malam.
“Berdasarkan siasatan awal, kita percaya mangsa terbunuh selepas bergaduh dengan sekumpulan lelaki.
“Bagaimanapun, motif pembunuhan masih belum diketahui. Kita juga tidak menemui senjata di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohamad menambah, berdasarkan rekod, mangsa pernah terlibat dengan dua kes jenayah berkaitan samun dua tahun lalu.
Mangsa juga baru dibebaskan daripada Penjara Taiping, Perak selepas menjalani hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan berkenaan.
6) Rupanya bukan lah watak Superman tapi orang yang bernama Superman bin Awang.
7) Moga Rohnya dicucuri rahmat dan keampunan ~