1. Debat Kepenggunaan anjuran FOMCA 2008 telah pun tamat dengan cepatnya Isnin lalu, hanya 3 hari sahaja berdebat bertempat di MMU, Melaka.
2. Kali ini, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) muncul Johan Debat FOMCA 2008 menewaskan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada perlawanan akhir (yang aku tak terdaya nak menontonnya). Kajol dari UIAM turut dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Akhir. Tahniah !
3. Sementara itu, special tahniah pada team Universiti Putra Malaysia (UPM) atas ‘comeback’ yang secara jujurnya memang aku nantikan dan harapkan. Syamsul dan Amiruddin antara dua insan pendebat yang aku kira sudah ‘lama’ dalam istilah perjuangan debat ini. akhirnya ~
4. Mesej utama yang aku peroleh dari DEBAT FOMCA 2008 ini adalah betapa bakat berdebat ini datang sebagai pinjaman dari Allah Taala. Allah jua lah yang mempunyai hak mutlak menilai usaha dan kesungguhan insan – insan berdebat ini. Dan, yang pastinya, Debat ini adalah subjektif penilaiannya maka REZEKI ALLAH adalah ketentuan hakikinya !
5. Maka, aku sentiasa sematkan sepanjang ‘berjuang’ dahulu betapa REZEKI ALLAH akan hadir jika kita YAKIN dan PERCAYA atas – Nya. Aku jua yakin betapa ALLAH ITU MAHA ADIL dan DIA AKAN SENTIASA BERLAKU ADIL ~
6. Di penghujung Debat FOMCA ini sebagai status ‘pemerhati’ kini, memang jelas dan nyata DEBAT INI PENUH ADIL nya !
7. Dalam debat ini, ada situasi pendebat yang akan menikmati segala yang indah dengan segera kerana kurniaan bakat semulajadi dan usaha yang dah dijana bertahun awalnya.
8. Dalam debat ini juga, ada situasi pendebat yang akan menikmati segala yang indah dengan ‘bertatih’ setelah segala ‘kesengsaraan’ ditempuh dengan tegar.
9. Edisi FOMCA 2008 kali ini, jujurnya, mereka yang pernah’bertatih’, mereka yang pernah tegar ‘sengsara’ akhirnya mengecapi erti kepuasan berarak, diarak dan beraksi di pentas perdana. Inilah ADILnya dunia Debat !
10. Bagi aku, debat ini kisah sebuah pengembaraan.
Jika kita pernah merasai peritnya erti kekalahan di sebalik usaha yang begitu beria,
dan kini kita diganjari pengalaman merasai secebis kemenangan,
akhirnya SIKAP jua yang akan menentukan segalanya…..
TAHNIAH PADA SEMUA PEJUANG & PENCINTA DEBAT !!!!
KEPUTUSAN DEBAT KEPENGGUNAAN 2008
JOHAN : UIAM
NAIB JOHAN : UPM
KETIGA : UM & UPSI
PENDEBAT TERBAIK AKHIR : FARHAN NOR DIYANA (UIAM)
PENDEBAT TERBAIK LIGA : JUNNYARUIN (UTP)
akhirnye berpeluang mengenali Dunia Debat…Pendebat…dan Pemerhati..huhu…
seronok…gembira…menarik….dan tertarik…
nice entry….^_^..i like it….
benar, dunia debat ini penuh adilnya
aku pun pnh kecewa suatu ketika dahulu
alhamdulilah, sekarang berpeluang merasa rezeki di pentas final =)
terima kasih. aku setuju dengan tulisan di atas..
Perjuangan yang tidak prnah kenal erti putus asa, pasti akan beroleh kejayaan diakhirnya. NAmun kejayaan itu bukan bermakna kemenangan semta, namun kepuasan dan keindahan berdebat itu sendiri.
Allah akan memberi pada hambaNya yang tekun meminta. Allah akan mengurniakan pada hambaNya yang tekun berusaha. Tapi ingat kurniaan dan pemberian Allah itu hanya pinjaman sementara..(^_^)