Memori SMAPK08

Posted: November 15, 2008 in Debat, Dunia Semasa, Hiburan, Peribadi

13 November 2008 tentu akan terpahat sebagai hari paling bermakna dalam hidup aku.

image0342Hari apabila aku selesai mengadap semua tanggungjawab exam selaku pelajar Sarjana Muda di UM.

Hari apabila kami sekeluarga Bahas SMAPK08 berkumpul dalam satu majlis Jamuan Akhir Tahun di SMAPK.

Alhamdulillah.

Biarlah bukan di Kelab Danau UKM atau pun di Restoran Lemon David Teoh, berilah keadilan kepada sebuah bilik yang menjadi saksi segala penat lelah, hempas pulas, suka duka, gelak tangis, untuk meraikan ukhwah, kesyukuran, persahabatan, semua dan segalanya berkaitan kami, Bahas SMAPK08 !

Penggal persekolahan 2008 telah berakhir semalam.

Hisyam, Mus dan Razin sedang berperang mengadap seksa dunia, SPM. Sementara yang lain, semuanya sedang mula menikmati cuti akhir tahun yang panjang.

Sememangnya, tahun 2008 aku mengecapi segala kepuasan bersama mereka.

Bukan sekadar puas bersama – sama bergelumang dalam susah payah, menang kalah mereka, malahan lebih dari itu.

Sebuah pengalaman yang tiada galang gantinya. Sebuah memori yang tiada nilai harganya.

Selepas ini, suasana nya pasti berbeza.

Hisyam, Mus dan Razin akan sah bergelar ALUMNI SMAPK selepas 2 Disember 2008 nanti.

Afiq, Lan, Rashid, Acap, Fitri dan Atif semuanya akan melangkah sebagai calon SPM09 pula.

Biarlah apa status yang akan kita miliki, namun ukhwah terbina WAJIB dipelihara !

DEDIKASI WIDA’

1. Hisyamudin dan Mustaqim – moga kita akan dapat bertemu lagi selepas ini. Turun lah berbakti, warisi lah apa yang kita telah lakukan selama korang masih ‘kecil’ sehingga sudah mencipta ‘nama’. Kalau pun tidak meneruskan perjuangan dalam bidang ini selepas ini, berkongsilah pengalaman dan ilmu bersama mereka yang sangat memerlukan. Ingat asal – usul kita !

2. Afiq – moga ada ruang dan peluang untuk bertemu lagi selepas ini. Biar pun ada geram dan kecewa ‘pengunduran’ afiq selepas ini, tapi itulah yang sebaik nya buat dan bagi Afiq. Memang penat dan ada tanggungjawab yang lebih perlu diutamakan tahun mendatang. Satu saja pesanan : Curilah kelapangan membantu mereka, mereka pernah membantu kita semasa kita kecapi semuanya. Afiq pegang rekod paling muda kecapi kejayaan dalam sejarah bahas SMAPK, tak salah juga mencipta rekod, paling muda sebagai Orang Belakang Tabir. saya percaya anda ~

3. Ali Asyraf – moga ada peluang kita bersua selepas ini. Memang sudah dekat di hati mereka dan SMAPK dengan saudara. Hanya ALLAH sahaja mampu membalas segala bantuan dan pertolongan saudara ini sebelum, semasa dan selepas kita bergelumang bersama susah payah suka duka sepanjang tahun ini. Moga selepas ini, bertugas menjadi pendidik anak bangsa, jangan dilupakan, SMAPK lokasi pengalaman berharga yang pernah singgah dalam hidup saudara !

4. Izlan dan Rashid – peluang korang sudah tiba. Niatlah ikhlas, jangan ada sebarang pertaruhan untuk menyaingi atau mengatasi rekod. Itu buatkan niat terpesong. Insyallah, tiada aral, semuanya akan turun bersama membantu, sekali lagi kita kuasai arena ini !

5. Atif, Acap, Fitri & Razin – moga ada peluang kita lepak bersama selepas ini. Terima kasih kerana turut bersama kami semua. Menjadi penyokong paling kuat, hebat dan sporting. Satu pengalaman yang meng’enjoy’kan sepanjang tahun ini. Selepas ini, buatlah keputusan yang terbaik untuk korang supaya tiada yang menyesali apa-apa selepas ini.

Di akhirnya,

sejak 1999 aku sudah berada di SMAPK.

Kini, 2008 aku masih di SMAPK.

Banyak generasi bertukar generasi.

Banyak pengalaman dan ilmu aku peroleh dan aku kongsi.

Selepas ini, aku sudah menjengah ke fasa baru hidup yang pasti lebih mencabar.

Benar kata Kak M via YM, “Otel bermula di SMAPK dan berakhir pun di SMAPK” !

Kisah bersama mereka, 2008 aku noktahkan ~


9903 menimba ilmu,

0408 membalas bakti,

Bertandang diri tanpa jemu,

Kerna SMAPK sentiasa di hati.

Cinta Debat Luar Biasa,

Kasih Ilmu Dikongsi Ikhlas,

Cinta Semua Tiada Tara,

Jiwa ini, Kalianlah Teratas


image035

Terima kasih ALLAH kerana menghadiahkan aku mereka ~

Advertisements
Komen-komen
  1. Ali Asyraf berkata:

    Salam kasih buat semua
    Diri ini datang dan pergi
    Tahun mana bulan mana
    Dapat kita berjumpa lagi?

    Berpisah kita jangan berkerut
    Sedih gulana mengundang duka
    Asam di gunung garam di laut
    Dalam periuk bertemu juga

    Pengalaman di SMAPK ibarat belajar menunggang basikal. Walau berpuluh tahun tidak berbasikal, ilmu menunggang tidak kulupa…

  2. umar berkata:

    salam
    blog kita mempunyai nama yang lebih kurang sama
    jadi
    apa kata kalau kita saling bertukar2 link
    linkkan lah blog saya di blog anda
    tanx
    http://www.baikiminda.blogspot.com

  3. mysarah berkata:

    tiada pantun utk diluahkan..sebab penat jg budak sekolah..haha…
    tq ingt kat akak walau hanya sekejap je persahabatan kt…DEBAT???…sudah semakin sebati dlm hati ni..siap request kat GPK KO-k nk jd guru persatuan BM kat sekolah ( sebab xde pasukan bahas di STMI)..nk try latih debat lak…huhu…
    TQ so much otel invite akk dlm dunia ni…even kali-n berkata begini…namun itulah yg perlu akk luahkan…kerana tanpa kawan2 dan rakan2 di dunia ORATOR UM ni…akk mungkin tidak mengenali & merasai sakit, suke, duka dunia ni…terima kasih kerana sudi berkawan dan memberi ruang mengenali dunia ini….sesuatu yg xkan akk lupakan sampai bila2….
    U HAVE DONE A GREAT JOB…semoga tuhan membalas dgn memberi kan otel rezeki dari sudut yg tidak otel sangka….walau kite jarang jumpa…jarang berhubung…namun doa akk sentiasa bersama otel….always 4 u….
    all da best 4 ur future….hadapi dgn tabah dan sabar ye….. n lastly…REMEMBER ME SOMTIMES IF NOT ALWAYS k…..”tagline” akk – happy always……^_^

  4. ko balik menagar sekolah ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s