Arkib untuk Disember, 2008

2008 : Superb !!!

Posted: Disember 31, 2008 in Peribadi

Tahun 2008 akan menamatkan hayatnya lagi beberapa jam sahaja lagi.

Ketika ini, pasti blog-blog malahan laman berita sibuk menyenaraikan koleksi – koleksi kejadian yang telah berlaku sepanjang 2008. Antara yang mendapat tempat tentunya tsunami politik 8 Mac, tragedi banglo ranap malahan kahwinnya Mawi-Ekin pun turut mendapat top list.

Jujurnya, 2008 adalah TAHUN SUPERB !! buat diri aku. Banyak dan terlalu banyak perkara yang aku capai dan dapat sepanjang tahun ini. Hingga ke satu peringkat, aku sangat sedih bila hari ini, 31 Disember 2008 adalah hari terakhir 2008. Jadinya, yang bermula pasti berakhir, Yang patah kan tumbuh berganti.

Besok 1 Januari 2009 memulakan lembarannya…

PERKARA PALING AKU PUAS HATI & SYUKURI SPJG 2008

KEJAYAAN MEREKA

Tahniah pada Mustaqim-Afiq-Hisyam-Izlan-Rasyid-Cik Dahlia-Pn Hashimah-Datin Kamariah-Pn Siti Hajar-En Ali-En Ziadi-En Hafiz Hood-Dr Hafizy-the juniors-the English debaters-everybody ! Ini memang satu kepuasan yang tiada nilai dan harganya. Moga ALLAH terus memurahkan rezeki mereka bersama tahun 2009 !

(singkaplah kembali pada kategori ‘Debat’)

BERSAMA MEREKA

Hampir sepanjang tahun, keringat, tenaga, kewangan, kesusahan dan kegembiraan aku bersama mereka. Di situ lah tempatnya segalanya berkongsi. Baik ketika ‘berjuang’ atau ketika sudah selesai segala-galanya.

Frankly speaking, tenang dan senang bersama mereka. Mereka menjadikan 2008 sangat bermakna dalam hidup aku.

Terima kasih Mustaqim-Afiq-Hisyam-Izlan-Rasyid-Razin-Atif-Acap-Fitri.

Apa pun berlaku, kita tetap SATU JEMAAH ! (Insyaallah)

2009 : Year of….?

I have not yet predict or plan what will be 2009 for me…?

Of course, i am now entering the new phase of my life.

Maka, jadinya aku berharap yang terbaik untuk 2009 !!!

HAPPY NEW YEAR SEMUA ~

Finalis Anugerah Juara Lagu 23

Posted: Disember 12, 2008 in Hiburan

Selesai sebentar tadi, edisi Separuh Akhir Pop Rock. Maka, lengkaplah 3 minggu berturut-turut Separuh Akhir Muzik-Muzik Musim 23 ini dilangsungkan.

Berikut adalah 14 buah lagu yang akan bersaing pada Malam Kemuncak Anugerah Juara Lagu 23 (dijadualkan 18 Januari 2009) :

ETNIK KREATIF

1. Doa Dalam Lagu (Mawi & Heliza)

2. Dusta Berkalang (Aiman)

3. Persoalan Cinta (Farawahida)

POP ROCK

1. Yang Pernah (Estranged)

2. Laguku Untukmu (Meet Uncle Hussein)

3. Kalis Rindu (Elyana)

4. Bukan Di Sini (Sofaz)

5. Aku Stacy (Stacy)

BALADA

1. Sampai Syurga (Faizal Tahir)

2. Cuba (Faizal Tahir)

3. Bila Nak Saksi (Spider)

4. Lagu Kita (Aizat)

5. Hanya Di Mercu (Ayu)

6. Dingin (Ziana Zain)

DINGIN : UMUM LAMBAT ?

Di penghujung pengumuman Top5 Pop Rock, hos Cheryl Samad membuat satu pengumuman ala-ala kejutan. Jika tahun lepas, diumumkan di hujung siaran juga pertambahan satu tempat buat kategori Pop Rock menjadikan penyertaan Pop Rock edisi lepas adalah 6 lagu final, kali ini, satu lagi tempat ditawarkan buat kategori Balada.

Cuma, yang kelat, lagu ke-6 final Balada ini diumumkan pada kategori Pop Rock, setelah seminggu berlalu…………..

Harapnya Kak Ziana tidak tarik diri pula yer, mana lah tau dah tawar hati ~

Baru lah hangat dan ceria ada nama lama sehangat Ziana Zain di AJL23 nanti

Sebuah perdebatan tahap DIRAJA telah berjaya dilangsaikan awal Disember lalu di bumi Gombak. Tak jauh dari lokasi kejadian ‘Tragedi Banglo Ranap’. Kalau tidak, berkesempatan juga semua pendebat melihat dari jarak dekat lokasi dasyat itu.

Apapun. tahniah pada semua pemenang.

BAHASA MELAYU – Universiti Putra Malaysia (UPM)

BAHASA INGGERIS – Universiti Malaya (UM)

BAHASA ARAB – Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)

————————————————————————————————

Sedikit rumusan ‘view’ saya untuk Debat Diraja BM 2008

PENGANJURAN

UIA sudah alah bisa tegal biasa mengemudi pertandingan debat yang memakan banyak ruang, masa, tenaga dan tempat seumpama tahap Debat Diraja ini. Walau pun, sempat singgah tidak berkampung di UIA, saya merasakan penganjurannya berjalan dengan lancar dan ok. tiada sebarang masalah yang boleh mendatangkan malu pada UIA. Tahniah UIA !

PENGHAKIMAN

Ini mungkin isu alah bisa, tegal biasa juga dalam debat tahap DIRAJA penglibatannya ini. Apabila jumlah peserta melebihi tampungan jumlah hakim yang benar-benar diyakini dan ada kredibiliti, maka bertaburanlah hakim – hakim yang berjaya dikumpulkan untuk memegang label hakim. Mungkin ada sesetengah, oh bukan, segelintir sahaja, yang mengejar status selaku HAKIM DEBAT DIRAJA atau lebih grand, HAKIM DIRAJA…..

Akibatnya, sendiri yang maklum.. Perlu ada perbincangan di peringkat MADUM dan ADI untuk mengatasi masalah penghakiman ini. Ingat, DEBAT DIRAJA bukan gelanggang ‘mencukupkan kuota’ hakim semata-mata.

UM v UIA : SUKU AKHIR

Perdebatan suku akhir antara UM n UIA ini memang sgt teruja. Pun, alah bisa tegal biasa pertemuan ini.  Keputusannya, UM kalah, UIA menang. Sehingga ke detik post ni ditulis,saya masih tercari-cari apa punca asas UM kalah. Cuma yang pasti, ini adalah REZEKI. Bukan rezeki UM tahun ini….

Apapun, tahniah pada UM yang bagi hemat saya telah menunjukkan PALING YANG TERBAIK sepanjang gandingan pasukan itu. UIA pula, tahniah juga. Cuma, dalam pertandingan suku akhir tempoh hari, saya agak terkejut kenapa kalian seumpama itu… Akhirnya, rezeki kalian jua ke pentas perdana. No heart feeling pun sebabnya, saya selalu percaya pada ketentuan Rezeki Allah.

SELAMAT MAJU JAYA BUAT SEMUA PENCINTA DEBAT ~