Debat Diraja 2008:Alah Bisa, Tegal Biasa

Posted: Disember 10, 2008 in Debat, Dunia Semasa

Sebuah perdebatan tahap DIRAJA telah berjaya dilangsaikan awal Disember lalu di bumi Gombak. Tak jauh dari lokasi kejadian ‘Tragedi Banglo Ranap’. Kalau tidak, berkesempatan juga semua pendebat melihat dari jarak dekat lokasi dasyat itu.

Apapun. tahniah pada semua pemenang.

BAHASA MELAYU – Universiti Putra Malaysia (UPM)

BAHASA INGGERIS – Universiti Malaya (UM)

BAHASA ARAB – Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)

————————————————————————————————

Sedikit rumusan ‘view’ saya untuk Debat Diraja BM 2008

PENGANJURAN

UIA sudah alah bisa tegal biasa mengemudi pertandingan debat yang memakan banyak ruang, masa, tenaga dan tempat seumpama tahap Debat Diraja ini. Walau pun, sempat singgah tidak berkampung di UIA, saya merasakan penganjurannya berjalan dengan lancar dan ok. tiada sebarang masalah yang boleh mendatangkan malu pada UIA. Tahniah UIA !

PENGHAKIMAN

Ini mungkin isu alah bisa, tegal biasa juga dalam debat tahap DIRAJA penglibatannya ini. Apabila jumlah peserta melebihi tampungan jumlah hakim yang benar-benar diyakini dan ada kredibiliti, maka bertaburanlah hakim – hakim yang berjaya dikumpulkan untuk memegang label hakim. Mungkin ada sesetengah, oh bukan, segelintir sahaja, yang mengejar status selaku HAKIM DEBAT DIRAJA atau lebih grand, HAKIM DIRAJA…..

Akibatnya, sendiri yang maklum.. Perlu ada perbincangan di peringkat MADUM dan ADI untuk mengatasi masalah penghakiman ini. Ingat, DEBAT DIRAJA bukan gelanggang ‘mencukupkan kuota’ hakim semata-mata.

UM v UIA : SUKU AKHIR

Perdebatan suku akhir antara UM n UIA ini memang sgt teruja. Pun, alah bisa tegal biasa pertemuan ini.  Keputusannya, UM kalah, UIA menang. Sehingga ke detik post ni ditulis,saya masih tercari-cari apa punca asas UM kalah. Cuma yang pasti, ini adalah REZEKI. Bukan rezeki UM tahun ini….

Apapun, tahniah pada UM yang bagi hemat saya telah menunjukkan PALING YANG TERBAIK sepanjang gandingan pasukan itu. UIA pula, tahniah juga. Cuma, dalam pertandingan suku akhir tempoh hari, saya agak terkejut kenapa kalian seumpama itu… Akhirnya, rezeki kalian jua ke pentas perdana. No heart feeling pun sebabnya, saya selalu percaya pada ketentuan Rezeki Allah.

SELAMAT MAJU JAYA BUAT SEMUA PENCINTA DEBAT ~

Advertisements
Komen-komen
  1. cikgu_eya berkata:

    Betul… kecewa sebenarnya terhadap mereka2 yang jadi hakim (segelintir). Ada segelintir yang kita ketahui tahapnya biasa2, ok lagik lah. Yang tak punya asas dalam bidang ini pn jadi hakim. Memang segelintir tapi kesannya amat besar, melibatkan sekurang2 nya satu perlawanan saringan, menentukan tempat untuk ke peringkat seterusnya.

    Namun kita sedia maklum, kekurangan hakim perkara lumrah, memang akan terjadi. Cumanya perlu diperhalusi dan dicari resolusi sbb ini Debat Diraja, kan…
    Paling berprestij. Debat yang lain boleh consider lagi.

    p/s: Tapi tetap memahami usaha2 mereka yang giat mencari hakim berkualiti. Memang yakin mereka itu dah berusaha sehabis daya, terima mana yang ada.

  2. shafifah berkata:

    Pengajian Kitab Sairus Salikin oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam

    Tarikh: 22 Dhulhijjah 1429/ 20 Disember 2008 (Sabtu) dan 23 Dhulhijjah 1429/ 21 Disember 2008 (Ahad)

    Lokasi: Masjid al-Falah USJ 9, Subang Jaya
    Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari

    http://pondokhabib.wordpress.com

  3. nasbio89 berkata:

    Assalamualaikum…saya baru lagi dalam dunia debat…tak bagus macam U yang ternama.Saya menonton suku akhir antara UM vs UIAM…pada pandangan saya UM berjaya attack konsep UIAM.Namun,pada pendapat setelah menonton video tersebut berkali-kali(saya juga tengok live) kelebihan UIAM adalah persembahan mereka yang menarik dan konsisten hingga mengaburi mata juri…UM bagus tapi kurang sedikit.Paling bagus time gulung…Saya nampak persembahan abang Ali Asyraf macam kurang menarik kali ini tidak seperti semasa beliau di Debat Integriti di USM dahulu..Apepun UM TERGOLONG DALAM KALANGAN YANG TERBAIK…TAHNIAH!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s