Finalis Anugerah Juara Lagu 23

Posted: Disember 12, 2008 in Hiburan

Selesai sebentar tadi, edisi Separuh Akhir Pop Rock. Maka, lengkaplah 3 minggu berturut-turut Separuh Akhir Muzik-Muzik Musim 23 ini dilangsungkan.

Berikut adalah 14 buah lagu yang akan bersaing pada Malam Kemuncak Anugerah Juara Lagu 23 (dijadualkan 18 Januari 2009) :

ETNIK KREATIF

1. Doa Dalam Lagu (Mawi & Heliza)

2. Dusta Berkalang (Aiman)

3. Persoalan Cinta (Farawahida)

POP ROCK

1. Yang Pernah (Estranged)

2. Laguku Untukmu (Meet Uncle Hussein)

3. Kalis Rindu (Elyana)

4. Bukan Di Sini (Sofaz)

5. Aku Stacy (Stacy)

BALADA

1. Sampai Syurga (Faizal Tahir)

2. Cuba (Faizal Tahir)

3. Bila Nak Saksi (Spider)

4. Lagu Kita (Aizat)

5. Hanya Di Mercu (Ayu)

6. Dingin (Ziana Zain)

DINGIN : UMUM LAMBAT ?

Di penghujung pengumuman Top5 Pop Rock, hos Cheryl Samad membuat satu pengumuman ala-ala kejutan. Jika tahun lepas, diumumkan di hujung siaran juga pertambahan satu tempat buat kategori Pop Rock menjadikan penyertaan Pop Rock edisi lepas adalah 6 lagu final, kali ini, satu lagi tempat ditawarkan buat kategori Balada.

Cuma, yang kelat, lagu ke-6 final Balada ini diumumkan pada kategori Pop Rock, setelah seminggu berlalu…………..

Harapnya Kak Ziana tidak tarik diri pula yer, mana lah tau dah tawar hati ~

Baru lah hangat dan ceria ada nama lama sehangat Ziana Zain di AJL23 nanti

Advertisements
Komen-komen
  1. nomie berkata:

    memang rasa kesal hri 2 ziana xdapat,sdih sangat,kak ziana bawak lagu dingin memanag bes sangat…feel..munkin mula2 gmentar..nasib la kak ziana xlupa lirik?…tahniah buat kak ziana ye..good luck…harap2 finald nanti’ baju,mekup MELETOP!…..

  2. Insan Kerdil berkata:

    Betul2..
    Tapi kenapa sofaz dapat ke final sedangkan lagu itu tidak pun tercalon untuk semifinal pada awalnya…
    hahhaha

    penamaya: Sofaz gantikan Shah&Ella yang tarik diri. Dah nama rezeki kan…

  3. mohd haiqal berkata:

    Yezza… Dingin ZZ ke final… AJL & TV3 mcm la dipolitikkan… last week, kite dah tau lagu DINGIN n CINTA TERHALANG mmg kuat… alih-alih tak dpt.. ape tuh??? pelik sgt…
    kejutan DINGIN smlm patutnye buatla ms awal2 show.. nmpakla telus sikit.. ni ms org ghairah dgn pop rock..
    Papepun, TV3 hs deir own reasons why DINGIN should b in d final! Barula bersemangat nk tgk AJL..
    Psl SOFAZ sgt pelik… dh la ganti lagu org tup2 dpt lak ke final..
    rezeki la tuh!…

  4. ruz berkata:

    tak tengok seanjang pesiaran juara lagu.. tapi ok lah tu bila tahu penyanyi seperti kak Ziana tercalon sebagai finalis juara lagu 23.. Semoga kak Ziana juara tahun ni kalau tak Stacy jadi la.. Becoz of them i cant wait to watch the final..

  5. issac berkata:

    erm, saya bukanlah peminat bidang hiburan. namun tatkala Super Senior Ziana Zain menyanyikan lagu DINGIN tu mmg la nmpak sedikit OVER(ada masanya menyampah)… saya rasa tidak ada salahnya jika namanya tidak tersenarai. Lahu itu pun tidaklah kuat sgt jika nk dibandingkan dgn lagu2 lain. kita jgn pandang senior ataw tidak, kita lihat dari segi kualiti lirik, batulah wajar diangkat sebagai JUARA LAGU…

  6. D0NALDZZ berkata:

    Boring knapa ziana zain msuk? weird..suara pun tak brapa sdah..tak ape yg penting ayu tdak dpat d kalahkn..dialah bkal juara..yg lain stacy atau elyana bleh jdi juara

  7. D0NALDZZ berkata:

    faizal tahir tak layak msuk 2 lagu tu..Tak lawa..Hrap dia tak jdi juara..Auranya tak kuat..Balada-ayu,p0prock-stacy,etnik kreatif-heliza n zahid..Klau kputusan ini salah,judgesnya memang unpr0fessi0nal

  8. mia berkata:

    memen best meet uncle hussien..huhu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s