Salam
1. Kerana mereka atau dia ada status ‘guru atau cikgu’, apakah mereka atau dia kebal dengan ketinggian ego nya ?
2. Kerana mereka atau dia bergelar ‘guru atau cikgu’, apakah kata-kata mereka atau dia kebal dengan hanya perlu diiyakan ?
3. Kerana mereka atau dia bergelar ‘guru atau cikgu’, apakah segala tindak-tanduk dan perilakunya pasti berada pada landasan yang lurus ?
4. Kerana mereka atau die dipanggil ‘guru atau cikgu’, apakah golongan ini layak memberikan hukuman dosa dan ganjaran pahala pada insan lain ?
Sebenarnya …..
aku mengaku kemuliaan seseorang yang dianugerahkan ijazah untuk menjadi guru atau cikgu…
aku sendiri akan terpaku cuak, malah pernah menangis insaf akibat meninggi suara pada seorang cikgu ketika zaman muda bersekolah dulu….
aku pasti sedar dengan keberkatan dan doa seorang guru turut tinggi darjatnya untuk dimakbulkan…
Cuma……
ada beberapa insiden atau isu atau kemalangan atau kecelakaan atau tragedi yang menimpa dan tertimpa……
persepsi terhadap guru atau cikgu sudah tidak boleh klise dan tegar…
Kerana…….
sistem pendidikan kita tidak mampu hendak memberikan guru atau cikgu ini J.E.R.I dan kematangan…..
Akibatnya…..
emosi dia kekal dengan ketidakstabilan nya.
intelek dia sudah hilang kerasionalan nya.
jasmani sahaja indah luaran nya.
rohani … tidak layak untuk dipersoalkan nya.
Buat guru atau cikgu yang baru ‘lahir’ atau sedang ‘dalam proses’….
tugas kalian untuk membentuk anak bangsa yang baru bertatih dalam hidup.
tugas kalian untuk mendekati dan merapati anak bangsa yang dahagakan perhatian.
tugas kalian untuk memarahi dengan penuh kasih sayang.
BUKANNYA…..
tugas anda menghukum !
tugas anda membenci !
tugas anda mempergunakan !
tugas anda mencemburui !
tugas anda mengadu domba !
tugas anda memutuskan silaturahim !
buat sesiapa yang memahami,
bukan hendak beremosi.
sekadar satu inteprestasi.