HKSBP PPM 2009

Posted: Jun 2, 2009 in Dunia Semasa

Salam. Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh kali ke-36 telah selamat dilangsungkan di Sekolah Seri Puteri, cyberjaya hujung minggu yang lalu. Sekolah Seri Puteri telah dipilih sebagai tuan rumah kejohanan ini dengan dibantu oleh Sekolah Sultan Alam Shah (penginapan lelaki) dan SMAP Kajang (aktiviti pengetua SBP).

Kejohanan HKSBP ini diwarnai dengan Pertandingan Bola Keranjang lelaki dan perempuan, Pertandingan Bahas Bahasa Melayu dan Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris. Kesemua acara dan pertandingan ini telah selamat dianjurkan dengan jayanya sepanjang 4 hari berkampung.

Berikut adalah keputusan HKSBP 2009 :

BOLA KERANJANG LELAKI

Johan : Sek Men Sains Kuching

Naib Johan : Sekolah Datuk Abdul Razak

BOLA KERANJANG PEREMPUAN

Johan : Sekolah Seri Puteri

Naib Johan : Sekolah Tun Fatimah

BAHAS BAHASA INGGERIS (SEPARUH AKHIR)

Sekolah Seri Puteri vs Sek Men Sains Seremban  = SEKOLAH SERI PUTERI

Sek Men Sains Abd Halim vs Sek Men Sains Seri Puteri = SEK MEN SAINS ABD HALIM

BAHAS BAHASA MELAYU (SEPARUH AKHIR)

Sek Men Sains Selangor vs Sekolah Seri Puteri = SEK MEN SAINS SELANGOR

Sek Men Sains Hulu Selangor vs SMAP Kajang = SMAP KAJANG

Pertandingan Akhir Bahas BI dan BM akan dilangsungkan pada 4 Julai 2009 di PICC.

Final English Category : SEK SERI PUTERI vs SEK MEN SAINS ABD HALIM

Akhir Bahasa Melayu : SEK MEN SAINS SELANGOR vs SMAP KAJANG

Tahniah kepada semua warga SBP !!!

Advertisements
Komen-komen
  1. paja berkata:

    Aku nak gi ley 4/7 ni?

    penamaya: datanglah. dialu-alukan.

  2. MOHD IZRANUDDIN JELANI berkata:

    A’salam…
    HKSBP PPM 2009 merupakan tahun pertama saya mengikuti perjalanannya. Pengisiannya sejak 35 tahun lalu dikatakan cukup meriah dengan acara berkaitan sukan dan keintelektualan. Keterlibatan dalam arena debat sebagai jurulatih yang dipinjamkan menggamit pelbagai persoalan mengenai pelbagai perkara. Antaranya:

    1) Jawatankuasa apakah yang mencerna minda sebegitu ‘baik’ sehingga tercetus rantaian tajuk debat daripada peringkat awal sehingga ke suku akhir yang agak tidak seimbang dan kelakar jika diceritakan. Sebagai contoh, tajuk ketika peringkat suku akhir iaitu Integriti Penentu Kemakmuran dan Keharmonian Negara menemukan 8 pasukan hebat iaitu:

    Kerajaan lawan Pembangkang

    SMAPK lawan STF
    SEMASHUR lawan MCKK
    SMSS lawan SEMESTI
    SSP lawan SBPIJ

    Untuk maklumat, semua pasukan kerajaan pada peringkat tersebut menang dengan penuh bergaya walaupun hakikatnya pasukan lawan amat bernas dan bermati-matian dengan fakta, analisis dan penghujahan yang meyakinkan.

    Ini belum dikira pada peringkat kedua yang mempertandingkan sejumlah 16 pasukan dengan semua pasukan kerajaan menang berbanding lawan di pihak pembangkang. Tajuk debatnya: Pengguna Bijak menjana ekonomi keluarga.

    p/s: Apa nak buat,tajuk pun dah berat sebelah…

    2) Apa perlunya pengundian dilakukan semula pada peringkat kedua dan suku akhir selepas senarai lawan pasing-masing telah ditentukan pada peringkat sebelum HKSBP berlangsung lagi.

    3) Belum tentu ketelusan wujud dengan pemilihan satu daripada tiga tajuk yang diisi dalam tiga sampul dan diundi oleh salah seorang wakil zon. Keraguan yang timbul, mungkin tajuknya sama untuk ketiga-tiga sampul. Kenapa tidak dipaparkan ketiga-tiga tajuk di skrin dan pengundian hanya pada peringkat nombor yang mewakili tajuk-tajuk berkenaan…

    Harap ada yang komen…

    penamaya: ya. saya sangat bersetuju usul pada peringkat ke-2 dan suku akhir agak berat sebelah. usul itu ibarat usul pidato dan bukan usul debat. dalam hal ini, peranan akan memainkan peranan besar untuk menang. edisi kali ini memang mengetengahkan transformasi juga. Usul tidak diberitahu. Cabut 1 jam sebelum kuarantin. serta undian sebanyak dua kali turut diperkenalkan. Saya tidak mahu terlalu memberi komen tentang hal-hal yang ditetapkan penganjur. Perkara terbaik, elok kita bertanya pada guru pembimbing atau guru PK Koku atau mana-mana guru sekolah anda yang hadir mesyuarat kerana semua perkara ini memang dipersetujui secara undian ramai semasa mesyuarat.

  3. Haris berkata:

    huih dh ubah format ek??mantap2!!

  4. topeq berkata:

    salam…aq ni pun senior skul semesti…ex student dah pown…cian dak semesti kalah dgn skul yg x berape famous…bkn nak kutuk,tp mmg hakikat hakikinya…hmmm, anyway,kalo cmni lah jenis usul yg akan diwat 4 da future, mmg hancus lah hksbp…mnjahanamkn kuase2 besar debate…skul yg x power,mmg untung…dpt side kerajaan n tup2, dpt g final…maybe dah rezeki korang kot…conclusi nye, aq pown mmg x puas hati dgn usul pd tahun nih…mmg hampeh!! baik x yah wat hksbp cmnih…buang mase,tenage n wang ringgit jerk…

    penamaya: ya. saya juga berpendapat ada panel usul khas yang menetapkan usul sebaik-baiknya agar perdebatan dapat dijalankan dengan sebetul-betulnya. ini bukan kali pertama perkara seumpama ini terjadi. dalam apa jua keadaan, bila kita melibatkan diri dalam debat, debat ini pentafsirannya adalah subjektif, hendak atau tidak kita tidak akan lari dari hakikat meyakini dan mempercayai ketentuan rezeki Allah.

  5. hemart berkata:

    artikelnya cukup menarik,perkenalkan saya dari indonesia, saya suka blog anda.
    ikutilah blog kontes indonesia dengan hadiah-hadiah menarik, jadilah pemenangnya di indonesia blog kontes, daftarkan blog anda info di http://herbamart.blogspot.com

  6. KEADILAN berkata:

    SAYA JUGA BERSIMPATI DENGAN SEMESTI.
    tapi tak boleh la kita mpertikaikan lawan LA KAN
    semua mmg hebat
    SMSS MMG HEBAT
    LUMRAH KITA LA KAN
    MENANG KITA YANG HEBAT,
    KALAH USUL YANG SALAH………..
    dah takde rezeki……

  7. KEADILAN berkata:

    SMSS mcm hebat la tahun nie

  8. DB8TER berkata:

    SBENARNYE USUL MMG ADIL
    BGANTUNG PADA PEMBANGKANG NK PUSING……..
    SMAPK BOLEY J HAHAX….
    SMSS BOLEY J……

  9. Aizuddin berkata:

    assalamualaikum
    sila betulkan nama sekolah saya.
    bukannya Sek Men Sains Abdul Halim
    tapi…Sek Men Sultan Abdul Halim.
    hehehe
    terima kasih.

  10. peserta hksbp berkata:

    mmglah smap k mng pembangkang…time tu dah semi…time suku diorunk kerajaan…

  11. budaksbp berkata:

    hi all haha ari2 kteorg lwn smss
    dorg mmg hbat la….
    jr dorg pon gmpak x leh dipertikaikan haha
    rasenya bkn nasib kot… klu nasin sains sabah pon blh mng kan haha no offense sains sabah…….
    neway semesti x famous st kan debat2 ni huhu sy rasela…

  12. pendebat berkata:

    i suka sgt smapk n smss final…. wlupun result plik korg tgk x huhu………..
    semesti chaiyuk this yer try ag ok jgn sedih huhu adat duni
    yang hebat akan mng yg lemah tunggu la dulu……. cow..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s