Arkib untuk Julai, 2009

KOSMO & Yasmin Ahmad

Posted: Julai 28, 2009 in Dunia Semasa, Hiburan

Salam.

Aku tak mahu perginya seseorang yang cukup kita hormati yakni Yasmin Ahmad seperti perginya seorang bintang dunia, Michael Jackson.

Aku juga tak mahu perginya seseorang yang cukup memberi kesan kepada kehidupan masyarakat Malaysia yakni Yasmin Ahmad menjadi ibarat ‘rumah siap pahat masih berbunyi’.

Keberanian sebuah akhbar K***O semalam (27 Julai 2009) dalam muka hadapan mengenai Yasmin Ahmad adalah sesuatu yang boleh dilabelkan sebagai KURANG AJAR dan TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN !!!

Aku bukan mahu emosional tetapi mana rasa hormat selaku umat Islam….

Beginilah, setiap dari kita akan pasti ada sisi hitam dalam hidup. Punca mengapa ‘hitam’ dalam kehidupan silam seseorang manusia ini hanya diri manusia itu sendiri yang mengetahui dan tentunya Allah Taala yang Maha Berkuasa. Biarlah ianya menjadi budi bicara dan perhitungan antara Allah dan diri manusia itu sendiri.

Samada arwah seorang lelaki atau seorang wanita atau seorang khunsa, ini hal beliau bukan hal kita semua.

Yang pasti, dalam arwah berdepan kesulitan tersebut, arwah telah berjaya memanfaatkan kelebihan bakat luar biasa kurniaan Allah padanya sepanjang arwah berkarya. Kesan yang begitu mendalam………

Kita juga manusia…. secara personal, aku paling takut hendak memperkatakan hal-hal seseorang mengenai kematiannya atau peribadinya setelah kematiannya…

Kita punya bahagian kita sendiri…. doa lah untuk husnul khatimah….

Jangan lah jadikan kematian sebagai inspirasi meluahkan aib dan amarah.

Al-Fatihah buat Yasmin Ahmad

*desak permintaan maaf K~~~O secara terbuka !!!!!

Salam.

AL-FATIHAH.

Yasmin Ahmad telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi keluarga terdekat di Hospital Pakar Damansara pada Sabtu,11.25 malam tadi setelah 3 hari berada dalam keadaan koma.

Dikhabarkan jenazah beliau akan disempurnakan dan dikebumikan sebelum Zuhur pada Ahad ini.

Seorang lagi permata anak bangsa dijemput Ilahi ke alam yang kekal abadi~

‘she is the TRUE 1Malaysian’

MOGA ALLAH MERAHMATI ROH ALLAHYARHAMAH~

POST TERDAHULU

Terperanjat dengan perkhabaran yang menimpa pengarah filem kegemaran aku, Yasmin Ahmad.

Membetulkan gosip dunia hiburan, sehingga post ini ditulis, Yasmin Ahmad masih koma dan kritikal. Beliau bukan seperti yang diberitakan sesetengah pihak mengatakan telah meninggal dunia.

Secara jujurnya, aku mengagumi setiap daripada karyanya. Filem ‘Sepet’ tentunya berjaya membuka jalan dan revolusi kepada industri perfileman tanahair. Sekalipun beliau sentiasa dikritik dan dihina dari setiap hasilnya namun karya beliau bukanlah sesuatu yang hipokrit. Ada kejujuran dan keikhlasan dalam setiap penghasilannya.

Begitu juga, iklan-iklan yang dihasilkan terutama menjelang musim-musim perayaan tentu sekali bermesej tinggi. Mesej luar biasa yang pasti mengusik emosi dan perasaan kita..

Mungkin semalam ada sebuah lagi produk yang sedang dijana untuk dihasilkan. Tetapi ketentuan Allah itu adalah Paling Berkuasa.

Sama-sama lah kita doakan Yasmin akan sembuh dan pulih kesihatannya.

Yasmin%20Ahmad

…seorang lagi insan berbakat diuji Allah…

Gambar Gerhana Matahari 2009

Posted: Julai 22, 2009 in Dunia Semasa

China Eclipse

 

Fenomena Gerhana Matahari 2009 (22 Julai 2009)

Gambar-gambar ini dirakamkan dengan jelas di China.

Subhanallah !

Aku RINDU….

Posted: Julai 20, 2009 in Peribadi

Saat menerima panggilan Kak Nor HEP memberitahu ada pertandingan lagi…..

Saat meng “SMS” Abg Zizul bertanya cadangan usul & team list untuk difaks….

Saat meng “SMS” aktivis Orator UM untuk mulakan latihan….

Saat mengimarahkan Bilik Orator UM dengan ‘zikir’ debat…..

Saat menyediakan kelengkapan ke pertandingan. Minta A4,fail,pen dan marker…..

Saat menetapkan warna dan design tali leher dengan tema pertandingan…..

Saat dalam kenderaan (van/bas UM atau Air Asia/MAS) bersama aktivis Orator UM….

Saat tiba di IPT Tuan Rumah….

Saat umumkan ranking-power match-pemilihan usul-penentuan lawan…..

Saat menantikan keputusan pusingan kalah mati. Kekuatan jantung ……

Saat menang peringkat separuh akhir…..

Saat berarak semasa pertandingan akhir….

Saat gundah dan gembira sesudah keputusan diumumkan…..

Saat semuanya seperti sebuah keluarga…..

Aku RINDU saat – saat itu…..

Seolah-olah ‘dunia’ itu sudah menjadi terlalu asing buat aku.

Seolah-olah ‘dunia’ itu sudah tidak sudi menerima aku.

Dan

Seolah-olah aku sendiri yang memilih melupakan ‘dunia’ itu.

SELAMAT MAJU JAYA PENCINTA DEBAT IPT !!!!

 

DOMESTIK

  1. Dasar Permata Negara diperkenalkan. Tujuannya untuk memperkasa dan memantapkan kanak-kanak genius supaya aset negara ini dijaga sejak dari ‘rebung’ lagi.
  2. Sekolah untuk permata Negara dilancarkan. Jalinkan kerjasama yang baik dengan Universiti Kebangsaan Malaysia.
  3. Mempromosikan DS Najib Tun Razak sebagai suami terbaik dan perlu dijadikan contoh kepada semua suami di Malaysia. Promosi utama beliau, sikap kesabaran DS Najib…
  4. Memenangi Pertandingan Badminton Empat Penjuru antara persatuan-persatuan isteri YB/Menteri. Beliau tonggak utama BAKTI.
  5. Merayu kepada rakyat Malaysia agar seia dan sekata menyokong dasar kepimpinan suami beliau, DS Najib. 1Malaysia….

 ANTARABANGSA

  1. Beliau menerima kunjungan hormat dan teristimew dari Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew.
  2. Beliau menggesa NAM menubuhkan ibu pejabat serantau berkenaan Institut Pengupayaan Wanita Bagi NAM.

Dan…..

 Paling terkesan adalah….

 3 Video khas berkenaan ‘First Lady’ Malaysia ni…..

 Apa entah tajuknya, di YouTube….

 p/s: Tetiba teringat satu tajuk filem seram melayu..”PUAKA Tebing Biru”…

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) dan Sekolah Seri Puteri (SSP), masing – masing telah dinobatkan sebagai Johan Bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri bagi edisi ke-36. Pertandingan Akhir ini telah dilangsungkan di PICC,Putrajaya pada 4 Julai 2009 yang lalu.

 Saudara Mohd Nur Afiq Mohd Yasim dari SMAPK dan Saudari Amera Natasha Moore dari SSP dianugerahi Pembahas Terbaik Bahasa Melayu dan Pembahas Terbaik Bahasa Inggeris bagi pusingan akhir ini. Sebagai makluman, kedua-duanya turut telah dianugerahkan sebagai Pembahas Terbaik Keseluruhan bagi kategori masing-masing di HKSBP Mei lalu.

Ini adalah kejayaan kali keempat buat SMAPK setelah menjuarai kejohanan ini bermula pada tahun 2003, 2005 dan 2008. Sementara, kejayaan SSP ini lebih manis memandangkan ini adalah kali pertama PPM bertandang ke ‘destinasi baru’ SSP di Cyberjaya.

Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dr Hj Puad Zarkashi.

Tahniah kepada semua !

1 HARI Lagi…..

Posted: Julai 2, 2009 in Debat, Dunia Semasa

Salam.

Saatnya sudah semakin hampir.

Cepat sangat rasanya masa berlalu.

Mungkin ada benarnya Kiamat juga sudah semakin hampir.

Kini,

tinggal 1 hari sahaja lagi…………………

Hendak kata sudah dalam momentum…

Hendak kata sudah dalam semangat dan ‘eager’…

Hendak kata sudah tersemat ilmu dan panduan…

Hanya mereka sahaja yang lebih arif…

Mudahkan lah segala urusan… Amin ~

Lancarkan lah segala urusan… Amin ~

Berkati lah segala urusan… Amin ~

Benar…… hanya 1 HARI Lagi…..

PPM 2009

Akhir Bahas PPM 2009

Posted: Julai 1, 2009 in Debat, Dunia Semasa

Salam.

Post ini ditulis dengan tujuan memberikan info dan maklumat berkaitan Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri (SBP) 2009. Info ini juga bertujuan mempelawa semua pencinta bahas dan lebih utama Alumni SMAPK untuk sama-sama turun padang menyokong.

TARIKH : 4 JULAI 2009

HARI : SABTU

AKHIR BAHAS BI : 8.00 pagi – 12.00 thari  ( SSP vs SMSAH )

AKHIR BAHAS BM : 2.00 ptg – 6.00 ptg  (SMAPK vs SMSS )

TEMPAT : PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC)

 

SELAMAT BUAT KESEMUANYA ~