PAPADOM

Posted: Oktober 14, 2009 in Dunia Semasa, Hiburan

Aku dah tengok Papadom !

Tak tipu.

Papadom BEST !!!

IMG_1549

Karya Afdlin memang belum menghampakan. Aku pun pengikut setia filem-filem kepala otak beliau dan filem-filem lakonan beliau. Setakat ini, beliau memang ‘genius filem’ lah !

Nak buat orang gelak, bukan satu perkara mudah.

Nak sampaikan mesej berat dengan mudah, satu perkara yang payah.

Bila mesej berat disampai dengan gelak tawa, kesan nya memang terkesan lah.

Karyanya mudah,

Seorang bapa begitu gigih mencari duit. Gigih sampai lupa anak bini. Sabar manusia ada hadnya. Kerana emosi akhirnya pergi tidak kembali. Si bapa baru tersedar dari ‘kekuasaan’ kekayaan. Si anak pun dikongkong, dijaga rapi, diawasi 24/7.

Itu sahaja karyanya tapi gelagat, lakonan, skrip menjadikan filem ini hebat lah… !

Waktu menonton, ramai gak sekalipun dah seminggu tayangan.

Yang menakjubkan, ramai yang datang bawa anak-anak… tak kurang yang baru 5-6 tahun usianya.

Aku tak tahu lah apa aura Papadom ni,

Tiba satu babak, time Mia dan Papanya bertemu di dalam ‘kontena’, babak ni sedih giler ! Tiba-tiba ada laungan dari seorang budak dalam wayang, kecil lagi…. jerit… ‘kita pun sayang papa kita!!!’.

Natural mesejnya !

Sayangi lah insan yang kita sayang seadanya.

Tapi, sayang mereka bukan bermaksud mengongkong mereka.

Sebab, satu hari orang yang kita sayang akan pasti meninggalkan kita.

Bagi aku, siratan Papadom juga, mencari erti Freedom….

Tahniah Papadom

Afdlin Shauki dengan selamba lakonnya dan idea gifted nya!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s