Debat Diraja ’09: Part 2

Posted: Disember 14, 2009 in Debat, Dunia Semasa

Salam.

PENGANJURAN MEMANG TERUK, PENGHAKIMAN PUN APA KURANGNYA…...

Aku secara jujurnya mengiyakan segala caci maki hamun keji nista dari orang-orang sekeliling tentang penganjuran Debat Diraja di UM baru-baru ini. Maklumlah, pertandingan debat menghimpunkan pendebat. Maklumlah, pendebat ini masing-masing ada ego tersendiri. Jadi, dari nak memanjangkan kesah, tidak salahnya kita mengiyakan.

Perkara dah pun berlaku. Jadi, biarkan ia berlalu. Apa yang betulnya, kita banyak belajar dari kesilapan dan mana-mana pihak janganlah mengulangi lagi kesilapan ni.

Serta, pada mana-mana pihak yang masih lagi terkesan dengan ‘penganjuran teruk’ UM tempoh hari, sudah-sudah la ye. Tidak gunanya mengenang yang buruk-buruk. Kita kalau hendak maju, kena tingkatkan perkara-perkara yang baik menjadi lebih baik. Chaiyok!!!

Seperkara lagi, aku nak komen tentang PENGHAKIMAN lah.

Pertama, jangan salah anggap atau salah sangka atau syak wasangka atau bawa mulut ye…. perkara ni aku rasa perlu dijadikan iktibar dan diambil tindakan segera.

Kedua, aku bukan nak merendahkan atau mempersoalkan kredibiliti sesiapa. Setiap ‘hakim’ ada penilaian tersendiri lebih-lebih lagi, debat ini memang satu seni dan seni ni memang abstrak untuk dinilai.

Apa yang ingin aku komen kan……

1) Penglibatan ‘hakim’ dari kalangan Pengawai IPT, jabatan-jabatan kerajaan, ahli-ahli profesional perlulah dimaksimakan.

2) Penglibatan ‘hakim’ dari kalangan bekas-bekas pendebat perlulah diminimakan.

3) Teknikal ‘hakim’ yang mengatur dan menyusun ‘hakim’ pada setiap perlawanan perlulah Ahli MADUM yang berkecuali. Bukan dimonopoli oleh sesebuah pihak semata-mata.

4) ‘Hakim’ dari kalangan bekas-bekas pendebat perlu lah dinilai sebelum diletakkan pada sesebuah perlawanan debat. Adalah tidak molek, ‘hakim’ dari kalangan bekas pendebat yang masih ‘junior’ diletakkan pada perlawanan pasukan ‘senior’. Ataupun ‘hakim’ dari kalangan bekas pendebat yang baru sahaja ‘bersara’ debat diletakkan pada perlawanan pasukan yang jarak ‘usia debatnya’ tidak jauh. Perkara ini adalah PENTING kerana SENTIMEN kalangan pendebat IPT ni sangat mendalam~

5) Bagi kalangan bekas-bekas pendebat yang menjadi ‘hakim’, perlu lah diletakkan limitasi bagi setiap IPT yang diwakili. Sebagai contoh, Alumni Pendebat dari setiap IPT hendaklah menghantar wakil hakim dan dihadkan kepada 5 orang sahaja. Ini bagi mengelakkan monopoli dan kekeliruan. Kita sedang dalam pertandingan Debat Diraja atau Pertandingan NC atau TNC IPT tertentu ni ??

6) ‘Hakim’ perlulah bersifat neutral dan tidak diseliti dengan sebarang sentimen atau ‘mind-setting’. Perkara ini sangat perlu dititik-beratkan dalam membuat penilaian. Hakimilah perdebatan bukannya kita yang jadi ‘hakim’ turut berdebat ketika menghakimi. Ini fi’il yang tidak patut dilakukan.

Secara keseluruhannya, aku menghormati segala usaha semua pihak terutama Pengawai-pengawai MADUM dan bekas-bekas pendebat IPT yang turut memeriahkan suasana. Akhirnya, keputusan telah dimuktamadkan, johan telah pun dijulang. Tahniah aku ucapkan secara peribadi.

Bagi mana-mana pihak, sekali lagi aku tekankan, aku bukan nya bersifat prejudis atau pesimis.

Aku cuma inginkan perjuangan debat ini terus suci dan tidak dipolitikkan.

Kalian adalah seorang pendebat, punyai bakat dan akal extra dikurniakan Tuhan,

Janganlah kerana dendam kesumat, emosi yang lebih kita julangkan.

Tulisan ini aku pesankan buat diri aku, aku pesankan buat sahabat-sahabat di UM dan tidak kurangnya sahabat-sahabat pendebat seluruh IPT.

Advertisements
Komen-komen
  1. Ali Asyraf berkata:

    Ini kali kedua saya bertindak sebagai JK Teknikal (dahulunya bersama-sama En Nazri UPM, saya tahu cara kerjanya), dan kali kedua sebagai JK penganjuran…

    Pemerhatian saya,
    Setiap perlawanan UM mesti ada hakim either from UiTM atau UIA, tetapi tiada perlawanan UIA atau UiTM yang ada hakim UM… suratan atau kebetulan?

    Hidup ini putaran roda. Sekarang ini, UM berada di bahagian bawah roda rasanya…

    penamaya; thanx ali. Pemerhatian Saudara Ali berkenaan penyusunan ‘hakim’ tersebut perlu diteliti. Bukan kerana beliau adalah ALUMNI UM atau Bekas Pendebat UM. Perkara tersebut yang perlu diperbaiki. Seperkara yang saya persetujui, dunia ini sentiasa ada kitaran nya……

  2. bimbo berkata:

    guys,pls la stop being to prejudice and pesimis…sorry to writer,aku tak setuju sgt yg bilangan hakim dr pegawai U n bdn kerajaan perlu ditmbh, n alumni dikurg kan…idea ni sgt la tidak logik…kalau benar2 nk perdebatan diadili dgn kewarasan n pahaman debat, perkara tersebut perlulah diterbalikkan…supaya komen2 seperti “pakaian mereka kemas n seragam”, “mereka lancar dan tak tergagap gagap”, “bagus diorang ni,sama dengan ape yg mcm sya pk” dijadikan alasan menentukan mng dan kalah sesuatu pasukan…n komen ini bkn dtgnye dr alumni pendebat sebaliknye dr mereka yang bilangannye perlu ditambah bak kata author…seni dan kebijaksanaan pendebat tidak akan dipandang lagi…

    berpikir la secara rasional, i know why u want to post this comment n tujukan pada hakim…sumenye sbb rase tidak puas hati kerana team UM kalah…ingtlah…saya setuju dgn ape yg ali ckp,idup ni mcm roda,kalau ade yg lebih bagus dr kita,maka kitalah yg berada dibawah walaupun kita bagus…

    jangan asyik menunding jari pada HAKIM,kerana mahu tidak mahu,mereka jugalah yang akan menentukan mng dn kalah sesebuah pasukan…jangan smpai kerana kita asyik menunding jari menyalahkan org, menyebabkan orang itu tidak lagi menjadikan kebijaksanaan berdebat sebagai penentu kalah dan mng sesebuah pasukan,dimana nafsu yang akan mengambil alih sbagai platform penghakiman!

    terima seadanye segala keputusan yang telah dibuat…byk name besar yg kecundang, UIA,UITM,UPM,UTM,USM…silap hakim kah?usaha la mncari jalan kejayaan kerana nothing is impossible in debate…salute to UTHM..percaturan hakim kah?haha…tidak sama sekali,coz diorang berusaha!so stop tunding jari….

    penamaya: thanx bimbo. komen saudara sedikit sebanyak menyedarkan saya. Beginilah, saya tidak menyalahkan mana-mana ‘hakim’ kerana itu adalah hak setiap dari mereka. Cuma apa yang saya sampaikan adalah berdasarkan pemerhatian. Isu ini bukan sahaja terjadi kepada UM malahan kepada beberapa IPT lain. Tak mengapa lah, pertandingan tersebut telah berlalu. Sejujurnya, semua pihak perlu membuka mata dan bermuhasabah. Saya tidak lagi menuding jari tetapi beberapa pandangan untuk memperbaiki dan memperkasa debat itu sendiri. Tidak salah kita meletakkan 1 org MADUM, 1 org NGO/Agensi dan 1 org ALUMNI Debat. Jadi, masing-masing boleh membuat penilaian. Perlu ada sistem yang mewajibkan penghantaran ‘hakim’ dari setiap pasukan bertanding dan ada limitasi. Saudara, saya minta maaf ye kalau merasakan tulisan saya seolah-olah mencari kesalahan orang lain. Jauh dari sudut hati hendak ‘condemn’ sesiapa, kerana saya turut mengakui pasukan taruhan kami ke debat diraja tempoh hari mungkin bukan yang terbaik.

    • bimbo berkata:

      ok otel…now i understand what u r trying to say…saya setuju jugak sbnrnye tentang penyusunan hakim itu bermasalah…tapi u dh bg jawapan nye….kita kekurangan hakim…so tidak perlu menimbulkan persoalan tentang perkara tersebut…harap2 penganjuran n penghakiman royal yang akan datang bertambah baik dan sempurna….

      penamaya: ya. to be honest, memang tidak ingin mengecam mana-mana pihak. saya hanya menulis berdasarkan apa yang berlaku dan mencadangkan apa yang boleh diperbaiki. minta maaf kalau ada komen yang menguris hati saudara/saudari.

  3. Izzat Jonid berkata:

    Assalamualaikum

    Setuju dgn bbrp cadangan berkaitan dgn penghakiman.

    Bukan bermakna kita mempersoalkan kredibiliti bekas pendebat sebagai hakim tetapi seeloknya biarlah mereka yang tidak pernah berlawan/berdebat bersama pendebat yg masih ada masa kini utk menjadi hakim mereka.

    Tujuannya jelas-mengelakkan sentimen memori silam pernag berlawan, kalah mengalahkan dan lain2

    Mungkin dan hampir pasti perkara ini berlaku kerana hakim2 yg ada dan available sewaktu Royal hari tu tidak mencukupi dan tidak ramai, salah 1 puncanya adalah hari pertandingan dijalankan.

    Maka, eloklah kiranya kalau selepas ini biarlah pertandingan itu bermula weekend dgn harapan lebih ramai hakim yang berkualiti dapat disediakan, maka lebih kuranglah isu berkaitan dgn penghakiman.

    Sebab itulah, penganjuran dan penghakiman perlu bergerak seiringan.

    Sekadar berkongsi pandangan…

    penamaya: thanx izzad. semestinya pemilihan hari pertandingan adalah yang perlu dititikberatkan. seperkara lagi, pada hemat saya, berdasarkan pengalaman, penglibatan sehingga 4 pasukan bagi sebuah IPT pun menjadi satu faktor. Bilangan pasukan yang terlalu banyak seperti ini tidak seimbang dengan kuantiti ‘hakim’ yang ada.

  4. muiz berkata:

    sy pendatang baru dlm debat IPT. Sejujurnya, situasi debat ipt yg dipolitik kotor sy rasa sy dh lihat sdiri dan lalui. sy yakin rmai pendebat gigih buat research n trenin bagai nak rak, sampai ada yg bg EFFECT kat STADI kerana debat. memang x leh nafi tu pandai2 diri sendiri lah kan.tp, nak x nak, ade yg gigih berusaha utk debat, tp hampeh sebb adenya benda2 kotor dlm debat nih. kita tahu, kita semua mahukan integriti dlm debat. Kalau org buat kat kita, n kita nak balas, kemudian ade pulak yg membalas, sampai bila integriti nak ade kan?

  5. cucunenekkebayan berkata:

    aku dah masuk banyak gile pertandingan debat.
    banyak sangat masalah daripada aspek penganjurannya.
    tapi, tak tergamak pun nak komen, kutuk, hina, maki atas dasar memahami.

    bila otel ckp, “biasa la pendebat”, itu tidak bermaksud pendebat ni boleh main sembur je. sepatutnya, gunakan ilmu debat anda yg hebat itu untuk kawal emosi, adapt kepada situasi dan luahkan dengan penuh kehormat, bukannya mcm ape yang aku bace dlm facebook, blog-blog korang sume. contohnya, facebook pendebat dari UIAM (ditokok tambah oleh UITM) sendiri. persoalkan mane pergi duit ratusan ribu pemberian MADUM kepada UM. adakah statement ini cuba nak tuduh HEP UM gelapkan duit? itu kurang ajar namanya. sampai persembahan boria pun kena kutuk. kenapa taknak kutuk pasal persembahan teater LUCAH di UMS waktu debat alam sekitar?

    mulut jaga la ye.
    kerana mulut, badan binasa.
    depan-depan, bukan main baik.

    penamaya: kepada cucunenekkebayan, mungkin kalangan pendebat yang berkata sedemikian, ilmu debat mereka belum cukup matang. disebabkan itulah saya mengeluarkan kata-kata, ‘biasalah pendebat’. tak mengapa lah, kita banyak belajar dari apa yang dah berlaku ni. tak semua kawan boleh dikatakan kawan…..

  6. mek berkata:

    assalamualaikum…

    ingatkan insiden ‘rumah siap pahat masih berbunyi’ ni selalu jadi dalam anugerah hiburan je..dalam debat pun ada jugak!!hahaha..inilah namanya lumrah manusia kan?

    saya setuju dgn otel. pemilihan hakim mestilah bukan sahaja telus tetapi perlulah dilihat sebagai telus. macam maxim “justice must not only be done, but it must seen to be done”..sebab apa?nak elakkan spekulasi macam inilah..kita bukan nak tuding jari salahkan sesiapa..sebab kalah menang tu sebenarnya rezeki. cuma, bila letak hakim yang kita pernah berdebat sekali dan pernah dikalahkan pula sebelum ini, telah membuat keputusan yang tidak memihak kepada kita, cerita-cerita lama akan timbul semula. Maka kita pun akan assume-ni mesti nak balas dendam. Pada pemikiran si hakim pula-mungkin betul nak balas dendam dan mungkin juga tidak sebab dia rasa pasukan yang kalah tu memang patut kalah. Jadi nak salahkan siapa? So..cara terbaik, masa mula-mula susun hakim tu perkara-perkara ini perlu dipertimbangkan supaya tidak timbul cerita buruk di belakang hari.

    Betul..pihak teknikal ada masa yang suntuk nak susun hakim dan sebab itu saya cadangkan hakim sendiri perlu jadi accountable dan responsible. Mungkin ketua hakim yang susun hakim terlepas pandang perkara ini, jadi hakim tu sendiri apa la salahnya angkat tangan dan bagi tau-saya tak boleh jadi hakim di bilik ini sebab saya dulu selalu berdebat dengan mereka..mungkin ketua hakim boleh tukar dia ke bilik lain.

    Apapun cara penyusunan hakim, bagi saya prinsip asas yang perlu dipegang oleh seseorang hakim itu ialah : adililah debat berdasarkan debat itu sendiri – idea, persembahan, kekuatan pasukan, kebolehan mematahkan hujah pihak lawan dan siapa yang lebih meyakinkan..bukan berdasarkan legasi dan emosi!

    Sekadar berkongsi pandangan dan rasa.

  7. rizz iskandar berkata:

    lagi satu… kalau madum or mana2 pihak yang dah sedar hakim tak cukup… maka tak payahlah tawarkan satu ipt bawak sampai 2 team senior dan 2 team junior… memang kalau boleh kita nak bagi exposure pada yang baru… tapi kalau dah sampai sidang 38 mutu perdebatannya macam budak tak boleh bercakap… itu ke yang harus kita pertahankan..
    bagi saya, seni perdebatan perlu ditimbang…. bukan dibilang…

    2nd, agak kekok tengok bekas pendebat yang bayak menjulang trofi kejuaraan dan mencipta nama besar dalam industri debat diletakkan di sidang 31 hingga 38. Sedangkan pendebat yang baru bersara yang hanya suam2 kuku diletakkan sidang top ten (dan lebih sdih di sidang top5). Ini satu kerugian.
    Saya pernah melihat pertandingan di sidang 1 dihakimi secara supreme oleh seorang hakim (yang ntah dari mana munculnya) bagi ulasan salah sebutan dan terus bagi keputusan…. oh my goodness. hal ini boleh menimbulkan ketidakpuashatian bagi yang kalah,…

    inilah satu kerugian. kita memerlukan bekas pendebat2 yang hebat diletakkan sebagai pengomen di sidang atas kerana demi memantapkan mutu perdebatan, bukan bagi kepada hakim yang baru nak belajar tengok debat dan tak fahampon kondisi debat……

  8. mayaminmanjakasih berkata:

    Setelah beberapa siri debat royal dan pengalaman yg seciput ni.. Saya nak komen, mutu penghakiman debat kali ni adalah yg terburuk..
    Terimalah hakikat kepada semua hakim2. setelah berkonvensyen melaung-laungkan mutu penghakiman perlu ditingkat..tapi apa yg dizahir..sangat mendukacitakan..
    Semua alumni debat kena insaf!!!kita semua yg bersalah..
    TITIK

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s