Debat Diraja ’09: Part Finale

Posted: Disember 15, 2009 in Debat, Dunia Semasa

Salam.

MUHASABAH BUAT KONTINJEN DEBAT UNIVERSITI MALAYA

Ini part akhir berkaitan Debat Diraja 2009 yang aku akan post kan.

Kali ini, secara peribadi, aku ingin sentuh tentang Pasukan UM itu sendiri.

Aku nak pinta maaf apa-apa dan baca lah post ini bukan dengan emosi kerana post ini ditulis pun bukan tunjangnya emosi.

Ya, fakta untuk pasukan BM, kita kalah semua team (4 kesemuanya) dengan tidak melayakkan diri ke suku akhir pun.

Tak mengapa. Kita harus terima dengan hati terbuka.

Selain merenung faktor-faktor luaran yang turut menyumbang, kita tidak boleh lari dari hakikat kelemahan dan kekurangan kita sendiri. Ada puncanya dari kalangan kita sendiri.

Jadi, musim 2009 mungkin bukan musim terbaik buat kita semua.

Tak mengapa. Kita harus terima dengan hati terbuka.

Apa yang ingin saya pesankan,

1) Fahami lah debat itu sebaik-baiknya.

2) Berusaha lah memahami dan menjiwai debat itu selurus -lurusnya.

3) Berhenti lah mengejar kemasyuran sebelum korang benar-benar layak mengapainya.

4) Gigih lah bertanya dan menuntut ilmu pada yang sealiran dengan kita.

5) Jangan lah menjadikan sejarah silam satu kebanggaan buat diri korang.

6) Bertawakkal lah pada Allah kerana bakat ini adalah hak-Nya.

Berubah lah ye kerana kita perlu sedar banyak tamadun itu runtuh kerana SIKAP masyarakat tamadun itu sendiri~

Jadi, buat semua yang sudi membaca setiap part berkaitan Debat Diraja 2009 ini, saya ucapkan terima kasih.

Ini hanyalah pandangan peribadi saya. Terpulang kepada tafsiran masing-masing.

Saya minta maaf secara peribadi.

Sekali lagi, saya titipkan kembali pesanan yang saya suarakan semasa di Pertandingan Akhir Debat Diraja tempoh hari.

‘Berdebat lah dengan penuh integriti, bukan dengan rasa iri hati’

‘Berdebat lah dengan penuh rasional, bukan dengan emosional’

‘Berdebat lah dengan semangat setiakawan, kerana HAKIKATnya Pentas Ini MILIK BERSAMA’


…. kerana kita terlalu cintakan perjuangan ini ….

SELAMAT MAJU JAYA PENCINTA DAN PEJUANG DEBAT

Advertisements
Komen-komen
  1. Syafiq berkata:

    Terharu saya membaca post ini… Mungkin kerana diri ini memahami apa yang terjadi??? Mungkin juga kerana ia mengingatkan kepada saya betapa inilah sebenarnya asas yang perlu ada dalam diri setiap insan…

  2. bunga raya emas berkata:

    Terima kasih atas komentar kepada perlawanan saringan antara pasukan UTeM Utama 1 melawan UUM Muda 2 pada hari itu. Komentar saudara amat dihargai dan diambil iktibar.. untuk memperbaiki kelemahan diri. =Pendebat UTeM Ketiga Debat Diraja=

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s