Salam.
Sudah seminggu rasa nya berlalu PERTANDINGAN DEBAT ANTARA SEKOLAH ANJURAN UIAM 2010.
Aku ada juga meluangkan masa berkunjung.
Ada dua perkara yang menarik minat aku sepanjang IDC 2010 ini berlangsung.
1) PENETAPAN SATU PASUKAN UNTUK SATU SEKOLAH
Aku pun tak pasti sejak tahun bila UIAM membuka penyertaan kepada 2 pasukan untuk satu sekolah untuk satu kategori. Cuma tahun ini, penganjur menetapkan, 1 kategori = 1 pasukan = 1 sekolah. Jujurnya, perkara ini sangat positif.
a) Sekolah akan menampilkan hanya barisan pendebat terbaik sahaja untuk diketengahkan. Sekaligus, kualiti pertandingan akan ditingkatkan.
b) Penganjur tidak punya banyak masalah untuk manage and handle penganjuran. Sekaligus, kualiti penganjuran tak banyak kena kutuk.
Kesan langsungnya, aspek penghakiman turut mendapat kesan. Rasanya dah lama aku tak tengok debat yang sepanjang 6 pusingan awal mengamalkan sistem juri. Di IDC UIAM 2010, kategori BM, sepanjang 6 pusingan awal…. cukup semua juri (3 org bagi setiap perlawanan).
Ini satu pencapaian lah. Rasanya peringkat Debat IPT boleh mencontohi tindakan penghadan pasukan ini. (komen je, jgn salah maksud).
2) KEPUTUSAN ‘RE-MATCH’ OCTO.
Aku tak berada di tempat kejadian ketika keputusan nekad ini dibuat. Juga, sepanjang aku bergelumang dalam dunia debat ini.. Inilah keputusan luar jangkaan dan aku respect sungguh.
Tentang pro dan kons keputusan tersebut, aku malas nak ulas. Penganjur lebih rasional kenapa tindakan nekad itu dibuat.
Cuma, moral of the story,
a) Percaya dan yakinlah pada bakat-bakat pendebat muda ini. Kebebasan dalam berfikir dan bertindak sendiri adalah satu pelajaran yang baik.
b) Kalah dan menang adalah adat pertandingan.
c) Nak elak marah dan ketidakpuashatian apabila kalah memang satu perkara sukar. Saya pun ada kerumitan ini.
d) Kadang-kadang sesuatu ketetapan boleh dirunding untuk diubah. Manusia terutama Melayu cukup tinggi tolak ansur.
e) Pembuktian adalah segala-galanya.(hehe!)
Aku tak nak komen banyak sebab aku tahu yang buat keputusan tersebut bukan calang-calang orangnya dan yang membantah tersebut, kepuasan dalam keadilan dapat dicapai, saya rasa.
Aku mmg involve dalam BM sahaja, apa-apa cerita di BI dan B.Arab, maaf tak ambil maklum.
Cuma, satu lah aku harapkan.
Betul, dalam debat dulu-dulu, kita bertikam lidah.
Betul, dalam debat dulu-dulu, kita bidas membidas.
Betul, dalam debat dulu-dulu, kita ‘bermusuh’.
Tapi, janganlah berdendam kesumat.
Kalau aku pernah buat korang marah satu ketika dahulu, aku minta maaf.
Tiada niat, tiada dendam, tiada kesumat pun. Hanya menjalankan amanah.
Aku minta maaf.
Janganlah kerana ‘musuh’ lama, ‘dendam’nya diwarisi………….
TAHNIAH UIAM.
TAHNIAH KISAS. (JOHAN 2010)
TAHNIAH SEMUA.