Arkib untuk Jun, 2010

Debat Piala Universiti UKM 2010

Posted: Jun 21, 2010 in Debat

Salam.

Satu lagi usaha untuk memupuk minat dan menyediakan platform kepada pembahas-pembahas sekolah adalah PERTANDINGAN DEBAT PIALA UNIVERSITI ANJURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM).

Setahu aku, pertandingan ini adalah sub-program yang dianjurkan sempena meraikan konvokesyen UKM pada setiap tahun. 2010, ini sudah masuk edisi ke-6 setelah kejohanan ini mula diadakan sekitar tahun 2005.

Aku sempat menjenguk di UKM tempoh hari. To be honest, kejohanan ini sudah banyak meningkat dari aspek penganjurannya berbanding tahun awal penganjurannya.

Awal-awal penganjuran, bilangan penyertaan sangatlah sedikit.

Awal-awal penganjuran, tempat penginapan itulah tempat berdebat.

Edisi kali ini, penyertaan sudah mencecah puluhan pasukan.

Edisi kali ini, tempat berdebat sudah lebih teratur.

Edisi kali ini, penglibatan dan sokongan hakim pun sangat menggalakkan.

Cuma, mungkin dari aspek promosi dan publisiti pihak penganjur belum bersedia untuk diluaskan atau memang mereka lebih selesa dengan pendekatan sedia ada.

Sebab setiap penganjuran pertandingan eloknya ada identiti dan style mereka tersendiri.

Tahniah buat UKM dan mereka yang mengilhamkan kejohanan ini.

Apa yang dapat aku lihat, Kejohanan Debat UKM ini adalah platform diberikan kepada pembahas-pembahas muda sekolah-sekolah untuk dijadikan asas pengalaman.

Juga, pada sekolah yang sudah ada barisan pembahasnya adalah platform untuk memantapkan pasukan tersebut sekaligus memberikan ukuran awal pada pencapaian akan datang pasukan tersebut.

Bagi Edisi 2010 ini, sebanyak 22 buah pasukan terlibat (satu Swing Team).

Keputusan Edisi ke-6 tahun 2010:

JOHAN: SMAP Kajang

NAIB JOHAN: SMAP Labu

SEMI-FINALIST: Asrama Yayasan Selangor & Sek Sultan Alam Shah (SSAS)

Tahniah~

Bahas Piala Perdana Menteri 2010

Posted: Jun 14, 2010 in Debat

Salam.

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) 2010 telah selamat dilangsungkan di Sek Men Sains Pasir Puteh, Kelantan awal Jun lalu.

Selain malam anugerah kecemerlangan, HKSBP turut menjadi gelanggang bagi Pertandingan Bola Keranjang, Bahas BM dan Bahas BI dalam kalangan SBP.

Format penyertaan tahun ini walau bagaimanapun telah diubahsuai memandangkan masalah peruntukan kewangan akibat krisis ekonomi yang melanda.

Perubahan ketara dilihat kepada kategori Bahas, apabila hanya Johan dan Naib Johan Zon sahaja dibawa ke peringkat kebangsaan.

Positifnya, saingan akan menjadi lebih kompetitif. Yang terbaik bertanding dalam kalangan terbaik.

Negatifnya, sikit sahaja saingannya lah.

Aku memandang perubahan ini lebih banyak negatif dari positifnya. Entahlah, tak sangka sektor pendidikan turut dijejaskan akibat krisis ekonomi ini. Harap tahun 2011 kembali seperti biasa lah yer.

Jadi, untuk Edisi Bahas PPM 2011 ini… ke peringkat akhir adalah :

BAHASA INGGERIS

Sek Sultan Alam Shah V Sekolah Tuanku Abdul Rahman

BAHASA MELAYU

Sek Datuk Abdul Razak V SBPI Gombak

Dikhabarkan Pertandingan Akhir dijadualkan pada 31 Julai 2010 di PICC, Putrajaya.

Bertuah edisi tahun ini, dapat tajaan BANK RAKYAT.. habuan wang kemenangan buat pertama kali dalam sejarah PPM ini… !

Buat para sahabat SMAPK,

Adik-adik kita berjaya layak ke peringkat kebangsaan di Kelantan tetapi terkandas untuk ke peringkat akhir tahun ini.

Terima kasih buat semua warga SMAPK, ANnadi SMAPK yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan dan doa.

Teruskan berdoa dan menyokong, mudah-mudahan kita kembali tahun hadapan.

Amin~