Arkib untuk Ogos, 2010

Reunion-Iftar-Farewell

Posted: Ogos 30, 2010 in Peribadi

Salam.

28 ogoS 2010: Reunion-Iftar-Farewell.

Mastermind plan ni: Cikgu Ali Asyraf

Lokasi berkampung.. Rumah Cikgu Siti Hajar

Setelah sekian lama x berkumpul, kali ini, Allah izinkan kami semua bersama !

Batch 2008 – Hisyam dan Mus

Batch 2009 – Afiq, Izlan, Rashid dan Akmal

Batch 2010/2011 – Na’im, Pyan dan Syahmi

Yang Tua – Dayat, Cg Ali dan Aku

Bukan sahaja sempat iftar bersama, kali ini, semua nya mcm mengulang kembali perkara bersama yang dibuat dahulu-kala.

Walaupun, hanya SATU MALAM sahaja kesempatan diberi… tapi SERONOK + PUAS + LEGA…!

Iftar bersama

Sahur bersama

Keluar bersama

Tidur beramai2

Bila ada siaran ulangan macam ni, xperlu lama-lama.

1Malam sudah cukup.. utk rasa gembira, dan hiba pun ye jugak!


Farewell Afiq Yasim

Sahabat kami, Afiq Yasim akan berangkat ke Jordan 17/18 Sept ni untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di sana.

Kesempatan Reunion dan Iftar ini juga sememangnya untuk bersama-sama dengan beliau sebelum berangkat. Terima kasih Fiq n ayahnya, Hj Yasim kerana memberikan kebenaran bersama.

Untuk Afiq —> SELAMAT BERANGKAT! JAGA DIRI. INGAT ALLAH SELALU.

Untuk kita semua —>

Moga ikatan kita, ibarat bayang-bayang yang tidak pernah lari dari tubuhnya.

TERIMA KASIH SEMUA

JUMPA LAGI

Advertisements

Bulan Buang Bayi

Posted: Ogos 19, 2010 in Dunia Semasa

Salam.

Ini Bulan September, dalam Masihinya.

Ini Bulan Ramadhan, dalam Hijrahnya.

dan

Ini Bulan Buang Bayi, dalam fi’il Malaysianya.

Setiap hari, ada sahaja bayi dibuang.

Tak kira, dalam plastik, sungai, tong sampah,

Tidak kurangnya, ke dalam lubang najis!

Cuba fikir, bayi dikandung 9 bulan.

9 bulan bermula Januari.

Maknanya, proses buat anak ini di awal tahun.

Agaknya…..

ketika sambutan New Year,

caranya…. berzina! puaskan nafsu!

laki goda perempuan,

perempuan serah ‘takhta’,

anak haram TERhasil…….

Nak hukum bunuh, org buang bayi

Tapi… senang kah nak jejak pembuang?

Nak jejak dengan DNA dari bayi dibuang,

Tapi… PDRM, JPN.. ada Bank DNA?

Bukan senang……………………….

Aku bukan hendak mengecam mahupun menghina

kerana hidup kita hanya Allah tahu jalan ceritanya.

Nasihat aku pada diri sendiri

Juga buat sahabat yang membaca,

Firman Allah Maha Benar… ‘Janganlah Kamu Menghampiri Zina’.

Inilah akibatnya….

Melayan godaan Nafsu pada ketika hubungan masih haram…

Akhirnya, anak tidak berdosa menjadi mangsa!

Pada yang ber’couple’, jangan berlebih-lebihan.

Kalau sudah mampu, halalkan sahaja.

Kalau belum mampu, sucikan iman dahulu.

Kerana hidup ini, bukan di dunia….

Pastinya di Alam Abadi, Akhirat…..

Kalau mati si anak, biarlah dia menjadi sayap dan bidadari

buat kita ke syurga.

Janganlah mati si anak, kerana fi’il kita….

membawa kita lemas dalam api neraka.

SELAMAT MENGIBADAHI RAMADHAN~

Ramadhan~

Posted: Ogos 9, 2010 in Uncategorized

Salam.

Pejam celik, celik pejam. Ramadhan menjelma lagi.

Di kesempatan ini, penamaya ingin :

1)mengucapkan Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat.

2)memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali penamaya atas segala kekurangan, khilaf dan kesalahan.

3)mendoakan kesejahteraan kesihatan buat penamaya dan semua rakan pembaca sepanjang Ramadhan ini.

4)mendoakan kesempatan menggandakan amalan sepanjang bulan barakah ini.

5)mendoakan penamaya dan sahabat sekalian agar Allah berikan hidayah buat kita semua dan ditemukan Lailatul Qadar..insyallah, amin~

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

-penamaya-