Arkib untuk Januari, 2011

My Top 5 2010 !

Posted: Januari 5, 2011 in Peribadi

Salam.

Dah lama berniat nak tulis post ni, rasanya belum lagi terlambat. Memandangkan baru pertengahan minggu 1 tahun 2011. Salam tahun baru Masihi semua! 2011 !

Post ini aku nak summary kan la, apa-apa yang menarik berlaku pada aku sepanjang 2010. berdasarkan pe yang aku ingat lah ye…. hehe!

1. FAMILY

Alhamdulillah, 2010 abah dan emak sudah pun masuk umur 50 tahun. Abah ada lagi 6 tahun untuk kerja gomen nye, dan mak ada lagi 5 tahun untuk keje bank nye. Amin, insyallah. Alhamdulillah, kedua-duanya sihat dan sejahtera. Allah, tolong ye panjangkan usia kedua-dua mereka, sihat kesihatan mereka, berkati dan rahmatilah mereka berdua sentiasa. Amin~

Satu event yg best taun 2010, bila kembar taun aku aka Along aku, berjaya menghabiskan seksa pengajiannya dlm bidang kejuruteraan! 4 tahun berakhir dan dia sudah pun konvo dgn ijazah engineering ye. So, to you, best of luck la job hunting !!!

Adik aku yg bongsu lak, still struggle menghabiskan degree accounting nye. kat mane lg, kat UiTM la kan… Yg bestnya gak, dia ni dari diploma terus convert ke degree sbb asyik dapat Dean List je time diploma, senang sgt g jer la degree terus! haha… to u sis, go go go !

Betul kata ramai orang, family must comes first ! Absolutely, I agree that! Aku sayang gile wei diorang ni. Tak de diorang, tak tau la nak bayangkan…..

2. KERJA

2010, bulan April baru genap aku setahun kerja. pada sesiapa yang tahu aku kerja mana, tahu la ye…  So far, ok lah.  walaupun most of the time, rasa macam tak kerja je. haha! Bonus pun dapat merasa, confirmation and annual increment pun dapat merasa. Alhamdulillah. to be honest, lama lagi aku kat sini sbb nya management baik sgt bagi sponsor master aku, jadinya kena lah balas budi dengan ‘ikatan’. 2011, moga2 cmpany ni tak byk wat hal, trus wat baik dan maju !!! (harap ler de bonus….amin)

3. BELAJAR

jgn terperanjat lak, aku mmg belajar lagi. saja, nak isi masa lapang. (tak de awek lg kan…) haha! frankly speaking la, tiring maa….. weekend x da, mengadap lecture berjam-jam. Tapi, nasib la kawan-kawan master BEST ! Penat camne pun, bile jumpe diorang ni…. lagi bertambah penat. haha! Alhamdulillah, so far, semuanya berjalan baik. ingat lg, tgk result sem 1 (Mei,2010) time tu dlm van, hepi! result sem 2 (Jan,2011) yg lambat gile, seksa nanti nye, tp alhamdulillah, hepi gak!  Moga perancangan nak abis tahun 2011 ini dimakbulkan! amin. for those yg nak continue study, go for it! the keyword is one n only.. SABAR !!! 1 sem to go, amin!

4. MOST MEANINGFUL EVENT

4.1 MALAM ANAK RANTAU AIDILFITRI E.H M.U.C.H 2010

jadi advisor utk program ni. pe yg aku belaja dan aku tahu ttg diri ni, kalau kita nak sesuatu, kita mesti usaha untuk dapatkannya! Alhamdulillah, dengan kekangan bajet, kekangan pengalaman tapi aku leh consider, event ni paling meninggal kesan utk aku! kepada dak2 committee, (kalau baca la ni…),hope u guys learnt smthing! and thanx sbb jadikan mende ni realiti. 1st ever maa…! Event ni wt kat Residence Hotel, Bangi. Ada gk anak-anak yatim dijemput. terima kasih sbb support! 2011, nak wat program ape plak….?? hihi.

4.2 Birthday Celebration Aku

ni pun event best gak ni. da lame x merase. 2010, ngan family buat. siap de pulut kuning resepi istimewa Wan! then,kt kerja, de suprise dari mereka, siap de biola lagi. best! dan, singgah kat restoran David Teoh, kat situ lak dengan mereka. Minggu tu melantak Secret Recipe je. haha TERIMA KASIH BYK!!!! pada yg wish pun same ye, syukran atas ingatan. birthday 2011, tempahan boleh da ni.. hehe!

4.3 REUNION KITA

bulan ramadhan aritu kitorang berjaya berkumpul. semua ada,kalo x silap. consider reunion-iftar-farewell gak lah. reunion sbb semua ada. iftar sbb siangnya berpuasa. farewell sbb afiq nak blah ke jordan. ni pun antara yg memberi ingatan gak lah pada aku.  ukhwah yang tidak dijangka-jangka. alhamdulillah! 2011, pd yg still berjuang tuh, jom kita langsaikan !!!

5. JEJAK KAKI DI KELANTAN !

salah satu hajatku setelah sekian lama, semua negeri kat Malaysia ni aku dah jejak da, except Kelantan. dan pada sekitar Mei-Jun 2010, kaki ku telah berjaya memijak bumi suci Kelantan ni. hehe! apa yg boleh aku kata, hidup budaya 1Malaysia kat sana, makanan sedap, still need pembangunan la…. but overall, aku nak dtg lg kelantan pasni! tapi boleh x, ade highway yg lebih baik terus ke Kelantan. Fed gomen, dah2 la tu nak sekat….. hehe! x byk gamba la… tp de gamba dpn mercu Kota Bharu, Wakaf Che Yeh !

So, ni je la antara mende yg aku ingat sepanjang 2010. boleh kata 2010 ni best gak lah. Thank you 2010 !!!

For 2011 lak, ada banyak mende aku azamkan… tapi biarlah rahsia dulu antara aku dan penciptaku.

Doaku, moga 2011 mudah dan murah kurnia Nya.

All the best 2011 !!!

Advertisements