Arkib untuk Februari, 2011

PRK UM: terkenang pula~

Posted: Februari 21, 2011 in Dunia Semasa, Peribadi

Pilihanraya Kampus UM tidak pernah aman.

Tahun ni pun, kena culik la, usung ‘mayat’ la…..

Selamat terpilih la ye~

Dari dulu hingga kini dan pasti selamanya, itu lah lubuk kontroversi.

Orang kata, ni contoh x bertamadun. Tapi, ada juga kata, ni la bukti keterbukaan.

Aku terkenang satu ketika dulu.

Zaman muda di UM. Pernah dijadikan dan menjadi Calon PRK UM.

Pengalaman yang pelik tp banyak benar mengajar aku.

Entah lah, ketika itu era pecah belah.

Dalam satu puak pun tapi banyak pula assabiyah nya.

Akibatnya, bukan saja dihenyak pihak lawan, puak sendiri pun aku kena.

Tapi, seronok juga, sebab jadi hangat.

Banner kena bakar.

Berpakat dan berebut hantar ‘chai’.

Berdemo bakar nama aku.

Diboikot puak sendiri, semuanya buat sendiri.

Memang lebih hangat dari calon-calon biasa r.

Resultnya, confirm la kalah. haha!

Mungkin ketika itu aku hanya boneka.

Ikut saja perintah.

Tak jelas ideologi nya.

Tapi adakah perjuangan ideologi dalam PRK Mahasiswa…???

Jujurnya, aku belajar banyak perkara.

Jijik.

Kotor.

Duit.

Fitnah.

Gila Kuasa.

Pecah Belah.

Kata manis.

Tikam.

Penat.

Itu lah dia… dunia nya. PRK UM, rasa dan nikmati semua itu.

Tapi, aku bersyukur.

Allah beri peluang aku rasa dan alami….

Terima kasih pada yang memberi peluang.

Terima kasih pada yang sudi bersama-sama, bersengkang mata.

Terima kasih pada yang mengundi. (lebih kurang4K gak, rasanya cam masuk undi hantu ni.. haha!)

Sejak dari itu, kata-kata Abah selalu jd pegangan….

“Jangan kau libat dalam mende-mende ni lg. Besok berasap kubur ko !”

Pada yang kuat, tolonglah suci kan nya~

Amarah Jalanan

Posted: Februari 2, 2011 in Dunia Semasa

Mohamed Bouazizi adalah pemula nya.

Membakar badan sebagai tanda klimaks kepada segala penindasan. Akibatnya, rakyat Tunisia bersatu menggulingkan kerajaan autokratik. Tujuan mereka, bukan kerana pro-pembangkang, bukan atas ideologi politik, TAPI, kerana tanggungjawab dan amanah sang pemerintah yang tidak dilaksanakan.

Mesir pula sekarang.

Inspirasi dari kebangkitan rakyat Tunisia, mereka sepakat. Masih istiqamah untuk ‘mengajar’ kealpaan Husni Mubarak. Tujuan mereka, juga BUKAN kerana pro pembangkang atau fahaman politik, TAPI, kerana penindasan hak dan keperluan mereka.

Aku ada baca beberapa blog, yang melihat ‘klise’ situasi tunisia dan mesir ini kepada bahana merusuh semata-mata, maka ingatannya, jangan lah merusuh kerana kelak, kita yang susah. bukan budaya kita, bla, bla dan bla.

Cukup!

Aku yakin, bara di Timur Tengah ini tidak akan sampai ke negara kita. Sedangkan Thailand bergolak dan merusuh pun kita masih aman tenteram…

Cuma, aku minta kita lihat pada pelbagai persoalan….. sabab kepada kejadian yang dah, sedang atau bakal jadi….

adakah perlu pemimpin meng’kasta’kan diri sebagai elitis?

adakah wajib seorang pemimpin membolot segala hasil kekayaan?

adakah pemimpin bijak berjanji sahaja, namun berpuluh dekad infrastrukturnya masih mundur? serta berpilih kasih dalam memajukan..?

bukankah pendidikan itu asas utama, kalau pemimpin hanya pandai berslogan namun sistemnya kekal jumud?

perlukah rakyat terus dibeban dengan segala kos hidup, sedangkan pemimpin terus kaya raya bergaya?

mengapakah rasuah, nepotisme, kronisme terus dijulang….?

Ini belum lagi soal solat, maksiat tabi’i mahupun songsang, arak, judi, fitnah, bolot media dan lain-lain ……………………..

Ingat, kebangkitan mereka bukan kerana pembangkang ada janji 100 hari, bukan kerana pembangkang orientasinya berdemo, bukan juga kerana ada sang pemimpin veteran ke hulu hilir berceramah……..

bangkit mereka kerana soal-soal di atas….. tindasan demi tindasan, dalam dekad bertukar dekad. anak muda ini memilih jalanan atas rasa amarah, pemimpin sudah terlalu lena di takhta~

Satu hal lagi,

Leela ni ‘first lady Tunisia’ dulu…. ke sana sini ber’shopping’, mencapub kuasa.

Suzanne pula ‘first lady Mesir’ pula…. ke sana sini mengumpul harta.

Memang kerap rasanya, perempuan bisa menjadi sebab jatuhnya lelaki..

Itu kisah di Timur Tengah, teluk yang entah bila hendak aman.

Kisah Malaysia..

Aku tak mahu mengecam mana-mana, kerana mahu tulisan ini satu medan untuk berfikir bukan atas rasa emosi dan amarah.

Yakin, kita masih tinggi sopan santun, kita masih belum mampu nak memilih jalanan untuk mengguling, sedangkan memangkah pun masih segan silu.

Tapi, satu sahaja……. AMANAH jalan kan.

Aku percaya, diskriminasi politik dan ekonomi ke atas rakyat serta dominasi ketara kekayaan sang pemerintah dan puak-puaknya MUNGKIN adunan resepi terbaik membawa kisah pergolakan.

Soroti lah sirah dan sejarah…… banyak juga pemerintah alpa tersungkur kerana ‘amarah jalanan’.

-anak muda, ramai sudah ada FIKRAH-