‘lembut’

Posted: Mei 13, 2011 in Peribadi

okeh. kesian.

—————————————————————————-

manusia mmg sifat menghukum.

bila persepsi suka bermaharajalela.

berlagak Tuhan menghukum ciptaan.

—————————————————————————-

salah kah didikan emak dan abah?

faktor kawan ditudingkan?

atau, akhirnya….

Tuhan juga ditujahkan persoalan?

—————————————————————————–

ada kurang, ada lebih.

kerna Tuhan Maha Adil.

bila lebih, melekakan hamba-Nya.

kurang pula, bisa mencerca pencipta-Nya.

astaghfirullah~

—————————————————————————-

lelaki sahaja gagah perkasa

perempuan mesti lembut menggoda

kalau sebaliknya………..

mula berfikir…

terus berfikir…

dan asyik berfikir…

atau itu was-was, kerja syaitan durjana!

—————————————————————————-

lelaki adalah lelaki

fitrahnya masih sama dan kekal

begitu juga wanita

yang ada ayu dan gemalai nya

tapi lembut

rasanya ada lelaki dan wanita

—————————————————————————-

lembut ini perkataan mulia

maknanya intipati suci

pegang yang lembut, tak mahu lepas

tengok warna lembut, menenang jiwa

tapi….

ada suka berfikir jahat

lembut ini mesti melanggar fitrah

astarghfirullah

—————————————————————————-

emak dan abah

didikan yang baik

berdua mereka memahami

lembut dikeraskan soal agama dan iman

kalau ada

emak abah lain membenci

didiklah anak untuk berfikir

guna iman dan agama

————————————————————————-

tak apa lah…

itu semua luaran

tak sama apa yang di dalam

asal agama menjadi landasan

asal Tuhan dijadikan ingatan

asal iman tulang belakang

asal fitrah tak pernah disongsangkan

————————————————————————–

tak apa lah…

buat apa nak terluka

buat apa nak persoal

buat apa nak bermuram

ini ujian dari pencipta

elok dihadapi … elok result nya.

bila disayangi, Tuhan suka menguji

Alhamdulillah

————————————————————————

bersahabat bukan mencari salah

berteman bukan menuding kelemahan

berkasih bukan mencari kesempurnaan

sehidup semati bukan kisah mata kasar

————————————————————————-

sahabat dan teman

berkasih lah pada yang sudi

bersayang lah pada yang rela

‘give and take’ itu lah resepi nya

biarlah kasih dan sayang,

sudi dan rela

membawa kita kenikmatan syurga

dunia ini tempat peperiksaan semata

————————————————————————

kalau tak nak

alasan syariat konkrit la juga

jangan pesimis memandang hina

mana tau

keturunan mendatang Tuhan uji pula

fikirlah… guna akal + iman !

————————————————————————

betul, tulisan ini

tulisan lembut

ingatan lembut

lembut = halus

Allah cipta dengan hikmah – Nya ~

————————————————————————-

selamat mencari teman~

Komen-komen
  1. Mia berkata:

    Tuhanlah yang paling faham kita =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s