Salam Syawal buat semua.
Ampun maaf salah silap pada semua yang mengenali diri ini.
Post ini mengenai satu lagi sejarah ‘syahdu’ yang telah disuratkan oleh Allah Taala, tentunya pemergian seorang rakyat Malaysia, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor. Arwah menghembuskan nafas terakhirnya ketika menjalankan tugas untuk satu misi mulia, pada bulan yang mulia, juga pada hari mulia, Jumaat. Al-Fatihah buat arwah.
Itulah bahagian arwah.
dari seorang yang tidak pun dikenali, jurukamera sahaja tugasnya, tapi Allah itu Maha Penyayang.. secara mata kasar, penghabisan arwah ini wajar diinsafi, betapa besarnya kasih sayang Allah pada hamba Nya. Moga Allah menempatkan roh Arwah di kedudukan mulia. Amin.
Secara peribadi, apa yang telah berlaku ini mmg satu suratan. Tapi semuanya bersebab dan berhikmah. Ada sesuatu yang perlu diperbaiki oleh pihak-pihak yang berniat murni untuk misi-misi kemanusiaan yang mendatang.
Ini pendapat saya berdasarkan pembacaan dan pendengaran dari temuramah di berita2 dan slot2 khas di TV1, TV3 n AWANI.
1) Kaji dahulu keperluan ke wilayah konflik – samada ianya zon bencana, samada ianya zon perang. Perkara ini perlu sangat diteliti, bukan secara semborono.
2) Persediaan para delegasi. Ke zon konflik bukan pergi main-main. Sedia dari aspek pengetahuan ttg bahaya dan apa perlu dilakukan apabila bahaya mendatang.. No such thing of ‘unexpected situation’ punya alasan kerana dah nama pun zon konflik… ‘expect d unexpected’ adalah asas sepatutnya.
3) Dari satu temuramah yg saya tonton di tv3, notis diberikan untuk pengamal media ke Mogadishu ini tidak pun sampai satu bulan. It can be considered as ‘short notice’. Perkara sebegini perlu dielakkan lah……. Nak pergi ke Bandar paling tak selamat di dunia perlukan lebih perancangan..
4) Bekalkan perlindungan keselamatan sewajarnya. Jangan ‘orang-orang besar’ saja dilindungi, yang kerdil tidak… Maaf, tak boleh terima alasan, ‘pakai baju kalis peluru pun tak jamin’..memang, tetapi sekurang2nya BEKALKAN……. dah pakai n tembus juga, itu kemudian cerita…
5) Misi kemanusiaan ke wilayah konflik seperti peperangan, pertempuran dan keganasan TAK PERLU lah…… ada banyak pilihan untuk misi kemanusiaan terutama di wilayah2 bencana alam, kebuluran di kem2 pelarian luar zon perang… ini lebih baik pilihan buat kita, pada masa kini… Ataupun, utamakan lah misi kemanusiaan dan bantuan di negara kita dahulu…. ramai lagi yang memerlukan… jangan “kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”…
6) Penjelasan perlu kepada peranan dan hala tuju ‘KELAB PUTERA SATU MALAYSIA’ ini. Apa sebenarnya dan motifnya ?? Untuk menjadi pergerakan kemanusiaan atau …… ? Tidak salah, cuma… entah lah… susah nak kata…..!
Apapun… saya bukan mahu menuding jari. Sekurang-kurangnya apa yang terjadi membawa hikmah untuk kita semua berfikir dan merenungi, mana-mana yang afdhal untuk diperelok.
Dan seeloknya, USAHLAH dipolitikkan isu ini. Ini bukan isu politik apabila melibatkan nyawa dan perasaan ahli keluarga terdekat. Izinkanlah roh arwah tenang di alam baru yang lebih mendamaikan, amin dan ringankan lah beban ahli keluarga arwah yang pada hemat saya, juga dari kelompok keluarga yang terpelihara aqidah dan tiang agamanya.
Jujurnya, hati saya amat tersentuh dengan apa yang telah terjadi. Tapi, di sebalik kekalutan ini, boleh kiranya saya katakan…. SESUNGGUHNYA, INI SEMUA REZEKI & PERJALANAN HUSNUL BUAT ALLAHYARHAM NORAMFAIZUL MOHD NOR, Amin, Insyallah. Al-fatihah dan Salam Takziah.
Syawal 2011 — Malaysia berduka kisah Arwah Noramfaizul.
Syawal 2010 — Malaysia berduka kisah Arwah Sosilawati & 3 yang lain.
‘Ingatlah janji Allah itu Pasti. Ajal Maut, tak kan terlewat dan tercepat..tak kira di mana dan dengan siapa’
Untuk kita yang masih diberi kesempatan, moga Allah kurniakan kita ‘husnul khatimah’ jua. Amin2.
Salam Syawal buat semua.
Assalamualaikum~