Arkib untuk Januari, 2012

TOP 5: Aku & 2011

Posted: Januari 2, 2012 in Peribadi

Salam.

2011 dah pun selamat berlalu. 2012 pula menjalankan tugasan nya.

Sebelum apa-apa, Happy New Year semua. Moga 2012 menjadi Tahun Masihi yang baik utk kita semua.

Post ni aku buat khas, apa-apa yang aku rasa event penting berlaku pd aku spjg 2011 ni. Pada mana-mana pihak yang terlibat, aku ucapkan TERIMA KASIH sebanyak-banyak nya lah. hehe.

1. GRADUASI MASTER’S (WITH DISTINCTION) 

Alhamdulillah.

Mula December 2009, tamat pada April 2011. Graduasi ‘Dengan Cemerlang’ pula tuh. Terima kasih Tn Hj Khairuddin (abah) dan Pn Hjh Zuraidah (emak). Seriusly, diorang ni tulang belakang nya!!! doa, kewangan, motivasi, semua skali lah…… Mmg puas ! Pd along n adik pun, thank u support !

Tidak dilupakan, kawan-kawan seperjuangan M.Eng(Safety,Health,Environment) UM, yang sama-sama membantu. Blaja sama, penat sama, byk lah mende bersama time blaja dulu. Diorg ni pun mmg sgt best. Sekepala. Thanx Nikky, Zeti, Nadiah, Hambali, Topeq, Jack, Kak Yus, Kak Yusha, Adij, Pokcik, dan lain-lain. Kwn blaja mmg tak pernah membosankan. Thank you korang semua !!!

Dan, pada yang sama-sama support secara langsung dan tak langsung utk kejayaan Master ni. Hanya Allah yang bisa membalas jasa baik korang semua.

Petuanya adalah SABAR. Mmg kena SABAR. SABAR adalah kekuatannya. phd?? ikut hati nak, tapi bawa-bawalah berSABAR gak dulu.

2. BERPINDAH SUMBER REZEKI 

Pada yang maklum, maklum lah perkara ni. Masih bidang yang sama, cuma tempat nya berbeza.

Alhamdulillah, so far, almost 6 months dah aku kat tempat baru ni. Mudah-mudahan dapat disahkan dalam jawatan Januari ni.. (x sabar nak minta cuti..hehe).

Nak pindah ke tempat baru ni, mmg perlukan satu NEKAD yang tinggi. Sbbnya ianya ibarat ‘satu pelaburan’. To be honest, mmg banyak beno duit dikorbankan… gara-gara Notis dan gara-gara Kontrak… Entahlah, mungkin Allah hendak ajar dan tunjukkan banyak perkara……. atau mungkin perjalanan hidup aku memang mcmnie…

Setakat ni, rasa syukur lah di tempat sekarang. Environment pun ok, hala tuju kerja pun nampak lah juga…

Biarlah kalau ada yang nak mengutuk dan menghina aku dan pilihan profesion aku sekarang ni.. kerja adalah sumber rezeki, sumber rezeki dtg dengan keizinan Allah, selagi mana Allah tetapkan aku & kerja ini, inilah tempatnya….

Kdg2 status dan kemewahan bukan lah segala-galanya…. bekerja lah untuk saham dunia & akhirat… Insyallah.

Inilah kami… pelbagai warna & ragam !!!

3. TAKZIAH BUAT SAHABAT-SAHABAT 

Tahun yang penuh menginsafkan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Takziah buat keluarga Hisyammudin atas pemergian Arwah ayah nya, Allahyarham Ghazali. Hisyam ni junior aku di SMAPK, juga anak didik aku dlm bahas di SMAPK ni. Hisyam baru di Tahun 2 pengajian Ijazah Sarjana Muda Law…

Takziah buat keluarga Khadijah@Adij atas pemergian arwah mama nya… Jujurnya, aku sangat terkejut terima berita ni…. apatah lagi, Adij n family. Adij ni kawan sama-sama buat master di UM. For me, dia ni mmg iron lady, gigih n tabah! Adij, I hope u’ll always be strong !!!

Takziah buat keluarga Dzeti Farhah atas pemergian arwah ayah nya & anak buah nya… Dzeti ni mmg seorang yang sentiasa nampak ceria dan riang. Dia jenis kawan yang pandai sembunyikan smthing. Dzeti, kuat utk emak ko ye! Alhamdulillah, di akhir usia ayah ko, ko dah buat satu pengorbanan besar… Insyallah, Allah ganjari ko sebaik-baiknya dunia akhirat.

Satu lagi peristiwa yang berlaku, pemergian seorang yang aku anggap byk mengajar aku, memberi peluang pd aku.. dan bagi aku nampak realiti sebenar sedikit sbyk dunia politik & kepimpinan… Allahyarham Wirakarnain. Arwah adalah lecturer di UM dan pengetua kolej 9 UM semasa zaman aku di UM. Sempat juga menziarahi arwah di PPUM………

AL-FATIHAH buat arwah dan doaku, kekuatan sentiasa bersama sahabat-sahabat ku ini…………… 

4. BUSINESS HOMESTAY ABAH & EMAK 

Dulu rumah ni kasi orang sewa tp orang yang menyewa buat dajal, jadikan mcm harta sendiri…. So, we decided untuk melabur, sementara menunggu masa sesuai untuk diami rumah ni, buatlah homestay, at least boleh generate income.

For those yang ada plan cuti-cuti di Melaka, atau ada program di Melaka,, apalah kiranya, datang dan stay kat rumah ni. Tak mahal, berpatutan ! Dicadangkan, datanglah dalam jumlah yang besar.. baru rasa berbaloi. Sebabnya, rumah ni besar, parking space leh muat 5-6 buah kereta, 4 bilik air-cond semua, 2 bilik air, kelengkapan dapur n bbq gak. Nak info lanjut.. search lah kat FB, ‘Homestay Tanjung Kling’….

So far, alhamdulillah. Cuti hujung tahun kan……. mudah-mudahan ini boleh jadi sumber rezeki yang diberkati Allah buat kami sekeluarga, especially untuk Mak dan Abah!

Jemput lah ye beramai-ramai !

5. BIGGEST FAILURE OF THE YEAR 2011 

Sampai ke hari ini, aku MASIH KESAL. Bukan tak redha, bukan tak pasrah tapi sebagai manusia biasa, ada kelemahan dan kegagalan dari diri aku ni…………

Maaflah buat mereka… pada yang memahami, fahamlah.

Aku tahu diorang dah buat yang terbaik.

dah buat dah ikut cakap, ikut plan, ikut strategi……..

Before this, semua berjalan lancar, berjalan seperti mana dihajati….

Semua generasi sudah merasa….. tapi yang bongsu ni……. lain pula yang terjadi.

Kegagalan pd penghujung Mei 2011 itu mmg ‘MY BIGGEST FAILURE OF 2011’..

Saya MINTA MAAF SGT2 pd semua.

Rezeki dan perancangan Allah memang MAHA TERBAIK & MAHA MENGETAHUI.

Allah, kurniakan lah kejayaan yang terbaik buat mereka bertiga untuk SPM.

Kau gantilah kekecewaan dan kegagalan mereka di PPM dengan kejayaan mereka di SPM.

Jangan kau basihi lagi dengan tangisan kegagalan di PPM, sebaliknya basihi lah dengan tangisan kegembiraan di SPM. 

Ya Allah, mereka adik-adik yang baik, mereka anak didik yang baik…. mereka pernah membahagiakan kami…. Apalah kiranya, kau ganjari lah mereka sebaik-baiknya Ya Allah…….. Amin~ 

Apa yang aku belajar, Masa adalah musuh utama manusia. Selagi kita punya masa, manfaatkan lah sebaik-baiknya.

Apa yang aku dapat, Kejayaan bukan semata-mata pada fizikal yakni piala ataupun wang kemenangan…. kejayaan juga adalah pada erti dan makna sebuah ukhwah….. ukhwah itu didasari dalam erti kata susah dan senang perlu bersama !

Apa yang pasti, ketentuan Allah itu pasti. Rezeki Allah itu Maha Adilnya.

Apa pun kata minda yang waras… Apa pun kata orang yang mendokong…

kata hati aku….. ianya tetap satu KEGAGALAN TERBESAR BUAT DIRI AKU~

Guys, i am very sorry !!! but thanx a lot.. for all d commitment, sacrifice ! Allah pasti akan mengganjarinya. Allah MAHA BAIK, percaya tu !

Sekurang-kurangnya di hujung perjalanan korang, kita dapat merasai nikmat nya juga. Kalau bukan bawa pulang kejuaraan bulan 7 yang lalu, sekurang-kurangnya, korang hadiahkan kepuasan & kegembiraan pada diri sendiri, guru2 korang, rakan2 korang…………

————————————————————————————————

Untuk 2012, 

Moga Allah panjangkan umur, kurniakan kesejahteraan kesihatan & limpah rahmat rezeki buat Abah & Emak, serta adik-beradik aku.

Moga Allah berkati dan tetapkan yang terbaik untuk sumber rezeki ku. Bersumberkan yang halal, bersahamkan dunia akhirat…….

Apa-apa, ikut saja ‘follow the flow’….

ttg jodoh……… menarik juga kalau-kalau 2012 ni, ‘rahsia’ ni dirungkai. Amin.

SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2012 SEMUA !!!!!