Archive for the ‘Dunia Semasa’ Category

PRK UM: terkenang pula~

Posted: Februari 21, 2011 in Dunia Semasa, Peribadi

Pilihanraya Kampus UM tidak pernah aman.

Tahun ni pun, kena culik la, usung ‘mayat’ la…..

Selamat terpilih la ye~

Dari dulu hingga kini dan pasti selamanya, itu lah lubuk kontroversi.

Orang kata, ni contoh x bertamadun. Tapi, ada juga kata, ni la bukti keterbukaan.

Aku terkenang satu ketika dulu.

Zaman muda di UM. Pernah dijadikan dan menjadi Calon PRK UM.

Pengalaman yang pelik tp banyak benar mengajar aku.

Entah lah, ketika itu era pecah belah.

Dalam satu puak pun tapi banyak pula assabiyah nya.

Akibatnya, bukan saja dihenyak pihak lawan, puak sendiri pun aku kena.

Tapi, seronok juga, sebab jadi hangat.

Banner kena bakar.

Berpakat dan berebut hantar ‘chai’.

Berdemo bakar nama aku.

Diboikot puak sendiri, semuanya buat sendiri.

Memang lebih hangat dari calon-calon biasa r.

Resultnya, confirm la kalah. haha!

Mungkin ketika itu aku hanya boneka.

Ikut saja perintah.

Tak jelas ideologi nya.

Tapi adakah perjuangan ideologi dalam PRK Mahasiswa…???

Jujurnya, aku belajar banyak perkara.

Jijik.

Kotor.

Duit.

Fitnah.

Gila Kuasa.

Pecah Belah.

Kata manis.

Tikam.

Penat.

Itu lah dia… dunia nya. PRK UM, rasa dan nikmati semua itu.

Tapi, aku bersyukur.

Allah beri peluang aku rasa dan alami….

Terima kasih pada yang memberi peluang.

Terima kasih pada yang sudi bersama-sama, bersengkang mata.

Terima kasih pada yang mengundi. (lebih kurang4K gak, rasanya cam masuk undi hantu ni.. haha!)

Sejak dari itu, kata-kata Abah selalu jd pegangan….

“Jangan kau libat dalam mende-mende ni lg. Besok berasap kubur ko !”

Pada yang kuat, tolonglah suci kan nya~

Advertisements

Amarah Jalanan

Posted: Februari 2, 2011 in Dunia Semasa

Mohamed Bouazizi adalah pemula nya.

Membakar badan sebagai tanda klimaks kepada segala penindasan. Akibatnya, rakyat Tunisia bersatu menggulingkan kerajaan autokratik. Tujuan mereka, bukan kerana pro-pembangkang, bukan atas ideologi politik, TAPI, kerana tanggungjawab dan amanah sang pemerintah yang tidak dilaksanakan.

Mesir pula sekarang.

Inspirasi dari kebangkitan rakyat Tunisia, mereka sepakat. Masih istiqamah untuk ‘mengajar’ kealpaan Husni Mubarak. Tujuan mereka, juga BUKAN kerana pro pembangkang atau fahaman politik, TAPI, kerana penindasan hak dan keperluan mereka.

Aku ada baca beberapa blog, yang melihat ‘klise’ situasi tunisia dan mesir ini kepada bahana merusuh semata-mata, maka ingatannya, jangan lah merusuh kerana kelak, kita yang susah. bukan budaya kita, bla, bla dan bla.

Cukup!

Aku yakin, bara di Timur Tengah ini tidak akan sampai ke negara kita. Sedangkan Thailand bergolak dan merusuh pun kita masih aman tenteram…

Cuma, aku minta kita lihat pada pelbagai persoalan….. sabab kepada kejadian yang dah, sedang atau bakal jadi….

adakah perlu pemimpin meng’kasta’kan diri sebagai elitis?

adakah wajib seorang pemimpin membolot segala hasil kekayaan?

adakah pemimpin bijak berjanji sahaja, namun berpuluh dekad infrastrukturnya masih mundur? serta berpilih kasih dalam memajukan..?

bukankah pendidikan itu asas utama, kalau pemimpin hanya pandai berslogan namun sistemnya kekal jumud?

perlukah rakyat terus dibeban dengan segala kos hidup, sedangkan pemimpin terus kaya raya bergaya?

mengapakah rasuah, nepotisme, kronisme terus dijulang….?

Ini belum lagi soal solat, maksiat tabi’i mahupun songsang, arak, judi, fitnah, bolot media dan lain-lain ……………………..

Ingat, kebangkitan mereka bukan kerana pembangkang ada janji 100 hari, bukan kerana pembangkang orientasinya berdemo, bukan juga kerana ada sang pemimpin veteran ke hulu hilir berceramah……..

bangkit mereka kerana soal-soal di atas….. tindasan demi tindasan, dalam dekad bertukar dekad. anak muda ini memilih jalanan atas rasa amarah, pemimpin sudah terlalu lena di takhta~

Satu hal lagi,

Leela ni ‘first lady Tunisia’ dulu…. ke sana sini ber’shopping’, mencapub kuasa.

Suzanne pula ‘first lady Mesir’ pula…. ke sana sini mengumpul harta.

Memang kerap rasanya, perempuan bisa menjadi sebab jatuhnya lelaki..

Itu kisah di Timur Tengah, teluk yang entah bila hendak aman.

Kisah Malaysia..

Aku tak mahu mengecam mana-mana, kerana mahu tulisan ini satu medan untuk berfikir bukan atas rasa emosi dan amarah.

Yakin, kita masih tinggi sopan santun, kita masih belum mampu nak memilih jalanan untuk mengguling, sedangkan memangkah pun masih segan silu.

Tapi, satu sahaja……. AMANAH jalan kan.

Aku percaya, diskriminasi politik dan ekonomi ke atas rakyat serta dominasi ketara kekayaan sang pemerintah dan puak-puaknya MUNGKIN adunan resepi terbaik membawa kisah pergolakan.

Soroti lah sirah dan sejarah…… banyak juga pemerintah alpa tersungkur kerana ‘amarah jalanan’.

-anak muda, ramai sudah ada FIKRAH-

Parlimen: Gantung!

Posted: Disember 16, 2010 in Dunia Semasa

Orang bunuh orang

Undang-undang kata hukum gantung

Gantung sampai pasti mati.

 

Gantung sampai mati pun,

Ikut juga prosiding

Ada hakim

Ada pendakwa

Ada pembela

Ada saksi

Paling penting

Ada peluang pertahanbela diri.

 

Sekarang

Orang tegur orang

Peraturan kata boleh hukum gantung

Gantung ikut suka hati puak.

 

Puak arah

Gantung berbulan

Gantung bukan seorang

Gantung yang suka mengacau.

 

Tak pa,

Kuasa masih engkau ada

Kerusi masih takhta engkau

Engkau khayal miliki semua

Tak pa.

 

Karma yakin akan tiba

Kerana hukumnya satu kitaran

Tunggu,

Ramai sedang mengikat “tali gantung”

Buat puak kalian~

Pilihan, Kutuk, Rasakan… (PKR)

Posted: November 24, 2010 in Dunia Semasa

Ni tgh dlm mood study ni.

Nak relief sat sementara cntinue sat lg..

too many to cover maa…. huhu.

Niat hati nak komen lame da pasal mende ni.

PEMILIHAN PKR yang secara tak rasminya sudah pun diheboh-hebohkan tamat.

Perkara yang paling dihebohkan adalah kemenangan adik/abang Azwan Ali ‘amboi3’ tu, YB Azmin Ali sebagai Timb. Presiden PKR. Belum umum rasmi lg, tunggu konvensyen PKR minggu depan kot….

Tak kurang gak, YB Nurul Izzah Anwar, rank 1st tu for post Naib Presiden.

Tahniah la!

Cuma, aku nak komen la… since dari awal, then semasa, now selepas, pemilihan PKR ni… tak abis-abis lagi serangan mainstream media ke atas depa nie…

Jom sama2 pk, mainstream ni very all out attacking n cndemn PKR kenapa ye….? Is it because they cant denied the fact that PKR is developing their strength..??  Pk la ye…

Skang ni, mainstream dok serang pasal Ketua Umum or DSAI lah perancang segala-galanya… Dia la mengarahkan orang undi Azmin Ali…

Herm.. ni based from my own experience la…

Biasa lah dlm mengundi2 ni, akan ada calon faveret… matlamatnya supaya sehaluan dan ‘untuk selamat’ lah…

Biasa nya, time2 nak mengundi tu akan dikeluarkan ‘cai’… pada ‘cai’ tu akan tertulis la nombor calon atau nama calon yg perlu diundi… kebiasaanya, mmg akan berlaku ‘perang cai’ menjelang hari mengundi.. bila dah nama nye ‘perang’, bukan la dari satu pihak je…..

Mende ni la, diamalkan di mana-mana pun…

Time pilihanraya sekolah pun, da ade…

Time pilihanraya kampus (kat UM) pun, cnfirm ade…

Dalam parti2 lain pun, ade la KOT…..

tp bila PKR buat……. kecoh seluruh ‘alam……

nasib badan la kan….

jadi… pe yang aku nak kate lah….

STOP REPORTING AND EXAGGERATE ISSUE

jom sama2 tgk movie ‘I’m Not Stupid’, versi Melayu pun da de, ‘Aku Tak Bodoh’ di pawagam sekarang.

-penamaya-

 

 

Datuk Zaid Ibrahim

Posted: November 15, 2010 in Dunia Semasa

Aku mmg bkn ahli politik.

Entah-entah, tak ditakdirkan pun untuk jadi.

Tapi, aku suka ikut cerita politik.

Lebih-lebih lagi, bila Malaysia dilanda tsunami 2008 dulu.

This time, nak komen skit pasal DATUK ZAID IBRAHIM.

Aku tak kata aku pro- UMNO.

Aku tak kata gak aku pro- PKR.

Cuma, aku pelik lah dgn insan berprofil tinggi, ZAID IBRAHIM ni.

Dalam UMNO, jadi menteri, bila tak puas hati, KELUAR UMNO.

Masuk PKR…. konon nak sama-sama berjuang untuk reformasi.

Tapi, bila kalah by-election, bila da nak kalah Timb. Presiden, nak KELUAR PKR.

Alasan, tak puas hati dan tak tertahan dah ngan kepimpinan PKR……

Aku tak berada dalam top management PKR pun, even not registered as PKR member pun.

Peliknya, manusia ni tahu tak maksud menjadi AHLI POLITIK…

Even, maksud BERPOLITIK itu sendiri.

Asal tak dapat apa yang diinginkan, dicitakan… terus GIVE UP.

If macam tu lah fi’il nya… kalau buka PARTI KEADILAN BARU nanti pun, cepat lah berkubur nya….

Tak kisah lah dalam UMNO ker, PKR ker, DAP ker, even PIBG Skolah pun, Persatuan mahasiswa pun…..

Kalau dah nama nya berpolitik, mesti la ada suap-suapan, so-called ‘hibah’, favoritisme apatah lagi…. ade semuanya ramuan asas politik dunia moden nie…

Seperkara lagi, menjadi ahli politik dengan ideologi sendiri, cita-cita murni sendiri, mesti ada tahap kesabaran yang tinggi. Bukan baru setahun jagung, dah terus nak orang terima kita…. Apa jadi pada mereka yang dah berjuang, alami susah payah bila parti tak diterima dulu….

Akhirnya, demokrasi itu masih ada di Malaysia ni. Kalau tak puas hati, suara lah.. Tapi satu hal pula, media ‘mainstream’ suka ambil kesempatan la sekarang ni…

Dulu time Perhimpunan UMNO, setengah jam saja cerita pasal hebatnya perhimpunan tersebut.

Skang ni tgh hangat pemilihan PKR dan isu banjir negeri Kedah, jadi berita pertama, kedua, ketiga, keempat… tapi kisah menghentam jer la…..

Ini kisah Datuk Zaid pula lah, ironinya, time keluar UMNO dulu, media hentam dia,, sekarang da nak kuar PKR, media cam mesra dia pula……..

Media pun satu hal, tak pernah nak ‘bertaubat’.

Aku just tulis jer ni.

Sekali lagi aku cakap, aku bukan pro- UMNO, belum lagi nak pro- PKR.

Mungkin, eloknya, Datuk kembali menjadi peguam. Karier tu yang mengangkat profil Datuk dan belum lagi mengaibkan Datuk.

sebab…

nak jadi ahli politik, bukan semudah yang diangan-angankan…

SALAM AIDILADHA~

Bulan Buang Bayi

Posted: Ogos 19, 2010 in Dunia Semasa

Salam.

Ini Bulan September, dalam Masihinya.

Ini Bulan Ramadhan, dalam Hijrahnya.

dan

Ini Bulan Buang Bayi, dalam fi’il Malaysianya.

Setiap hari, ada sahaja bayi dibuang.

Tak kira, dalam plastik, sungai, tong sampah,

Tidak kurangnya, ke dalam lubang najis!

Cuba fikir, bayi dikandung 9 bulan.

9 bulan bermula Januari.

Maknanya, proses buat anak ini di awal tahun.

Agaknya…..

ketika sambutan New Year,

caranya…. berzina! puaskan nafsu!

laki goda perempuan,

perempuan serah ‘takhta’,

anak haram TERhasil…….

Nak hukum bunuh, org buang bayi

Tapi… senang kah nak jejak pembuang?

Nak jejak dengan DNA dari bayi dibuang,

Tapi… PDRM, JPN.. ada Bank DNA?

Bukan senang……………………….

Aku bukan hendak mengecam mahupun menghina

kerana hidup kita hanya Allah tahu jalan ceritanya.

Nasihat aku pada diri sendiri

Juga buat sahabat yang membaca,

Firman Allah Maha Benar… ‘Janganlah Kamu Menghampiri Zina’.

Inilah akibatnya….

Melayan godaan Nafsu pada ketika hubungan masih haram…

Akhirnya, anak tidak berdosa menjadi mangsa!

Pada yang ber’couple’, jangan berlebih-lebihan.

Kalau sudah mampu, halalkan sahaja.

Kalau belum mampu, sucikan iman dahulu.

Kerana hidup ini, bukan di dunia….

Pastinya di Alam Abadi, Akhirat…..

Kalau mati si anak, biarlah dia menjadi sayap dan bidadari

buat kita ke syurga.

Janganlah mati si anak, kerana fi’il kita….

membawa kita lemas dalam api neraka.

SELAMAT MENGIBADAHI RAMADHAN~

20 Sekolah Berprestasi Tinggi

Posted: Januari 25, 2010 in Dunia Semasa

Salam.

20 Sekolah Berprestasi Tinggi telah diumumkan Menteri Pelajaran, YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Senarai:

Sekolah berasrama penuh:
1. Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru
2. Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban
3. Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK), Perak
4. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
5. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
6. Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban
7. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
9. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
10. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah , Melaka
Sekolah menengah harian:
1. Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah
4. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang
Sekolah rendah:
1. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang utara, Kuala Lumpur
2. Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Bharu, Kelantan
3. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
4. Sekolah Convent Kota Taiping, Perak
5. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
6. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru

Komen:

Tahniah pada sekolah yang tersenarai.

Dalam kelompok SBP (Sek Berasrama Penuh) yang dipilih, memang seperti yan dijangka. Sekolah yang sudah ‘established’. Pelik STAR, Ipoh tidak tersenarai……

Cuma, kekeliruan ramai pihak tentang status ‘Sekolah Berprestasi Tinggi’ dengan ‘Sekolah Kluster Kecemerlangan’. Rasanya ‘Sekolah Kluster Kecemerlangan’ baru sahaja diuar-uarkan. Apa pula nasib pada sekolah-sekolah yang telah dipilih sebagai ‘Sekolah Kluster Kecemerlangan’ ? Atau, ini satu lagi jenama dari seorang Menteri Pelajaran yang baru……..

Masih menanti reformasi pada sistem pendidikan kita………………………….

Faham, ia satu proses yang rumit~