Archive for the ‘Lain-lain’ Category

Nak Diet ?!?

Posted: Februari 23, 2010 in Lain-lain

Salam.

Setelah lama tidak meng’update’, kali ini disajikan satu info berguna bagi sesiapa yang hendak berdiet.

Minum banyak air

Amalkan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Bawalah bekal air masak anda sendiri setiap kali pergi ke sekolah atau pun bersiar-siar.

Diet buah-buahan dan sayuran

Makan banyak buah-buahan dan biasakan memilih sayuran sebagai salah satu lauk dalam hidangan setiap kali makan. Jadikan ia hidangan wajib setiap hari.

Lebihkan pengambilan bijirin

Bijirin penuh amat baik untuk kesihatan. Ia mengandungi gentian, vitamin B, zat besi, mineral, vitamin B, E dan nutrien fito. Pengambilan sarapan seperti bijirin amat baik untuk pelajar sekolah dalam meningkatkan daya kecerdasan minda.

Tentukan tahap kelaparan

Sebelum membuat keputusan untuk makan, tentukan sama ada anda benar-benar lapar atau hanya sekadar memenuhi permintaan rakan untuk menemaninya makan bersama. Ia akan menyebabkan anda mengambil makanan melebihi daripada keperluan.

Kurangkan minuman bersoda

Remaja sememangnya menggemari minuman bersoda. Tahukah anda setin minuman soda mengandungi lapan sudu teh gula iaitu melebihi keperluan pengambilan gula sehari bagi wanita iaitu enam sudu teh bersamaan 100 kalori atau sembilan sudu teh gula bagi lelaki bersamaan 150 kalori.

Menimbang berat setiap minggu

Dengan menimbang berat setiap minggu anda akan tahu perkembangan berat anda. Ia membantu dalam usaha untuk menurunkan berat badan.

Kawal pengambilan makanan

Setiap kali waktu makan, cuba kurangkan pengambilan makanan seperti biasa. Mungkin ia agak sukar pada permulaan namun lama kelamaan anda akan biasa dengan jumlah pengambilan makanan tersebut. Jika anda merasakan ia tidak mencukupi, tambahkan dengan buah-buahan.

Prihatin dengan makanan

Luangkan sedikit masa untuk mengira jumlah kalori yang diambil pada setiap hidangan. Anda boleh layari Internet dan mendapatkan informasi mengenai jumlah kalori terhadap makanan di Malaysia. Ini boleh mengelakkan anda daripada mengikuti diet yang salah. Sebagai contoh, ramai mengelak untuk mengambil nasi dan menggantikan dengan roti putih. Tahukah anda kalori empat keping roti putih bersamaan dengan sepinggan nasi.

Elakkan makan malam

Elakkan makan selepas pukul 8 malam. Sekiranya anda lapar, makanlah biskut dengan air panas seperti air coklat. Jadilah lebih prihatin dengan apa yang anda makan dan pilihlah makanan yang sesuai.

Jangan biarkan diri kelaparan

Menahan lapar bukanlah sesuatu yang bagus untuk menurunkan berat badan. Tahukah anda menahan kelaparan boleh mengakibatkan tahap metabolisme badan anda rendah dan ini akan melambatkan proses pembakaran lemak?

Bersenam

Perkara yang paling penting dalam menurunkan berat badan adalah dengan bersenam. Bersenam boleh membakar setiap kalori makanan yang diambil. Pastikan anda mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman ringkas. Elakkan menggunakan lif sebaliknya gunakan tangga. Jika hendak ke kedai naiklah basikal atau berjalan kaki.

SELAMAT BERDIET~

AKU MINTA MAAF

Posted: Mei 25, 2009 in Lain-lain, Peribadi

Salam.

Aku ingin meminta dan memohon maaf pada semua. Entah mengapa rasa dan naluri hati sangat kuat untuk membuat perakuan n permohonan ini. Mungkin ini jalannya……

1. Atas segala penulisan di blog ini sejak ianya mula tertulis sehingga post ini dinukilkan, bagi mana-mana pihak yang terkesan, terasa, sensitif atau tersentap serta apa jua sinonimnya, AKU MINTA MAAF. Ianya hanya sekadar satu tulisan untuk berkongsi dan meluah rasa, tidak sesekali untuk mencipta permusuhan.

2. Atas segala budi bicara yang tidak disenangi, tidak sopan dan tiada santunnya, AKU MINTA MAAF. Kadang-kadang yang diperkata hendak dijadikan jenaka tapi kerana silap pembawaan kata-kata aku, ianya jadi tafsiran berlainan.

3. Atas segala lagak diri dan tingkah peribadi yang sombong, berlagak, ego,,,, AKU PINTA SEJUTA KEMAAFAN. Memang diri ini sangat lemah ‘PR’,memang diri ini sukar memulakan perbualan, memang diri ini kurang senyumannya, ini memang kelemahan diri aku….. bukan berniat hendak menyombong diri atau berlagak tinggi….

4. Atas segala kata-kata ‘belakang’ atau umpatan, pada mana-mana pihak yang terkesan secara langsung serta pihak yang ‘menambah perisa’ secara tak langsung…. AKU JUA MEMOHON MAAF. Kerana kelemahan perwatakan aku, aku akuinya….

5. Atas semua penipuan dan dusta yang pernah aku buat… pada mana-mana pihak JUJUR AKU PINTA KEMAAFAN.

Untuk rakan taulan sepanjang di sekolah rendah (SK Bkt Beruang)  mahupun sekolah menengah (SMAPK), lama tidak bersua MINTA MAAF kerana ‘menyombongkan’ diri.

Begitu juga, buat rakan taulan sepengajian di PASUM dan UM, banyak pengalaman aku timba, banyak ceritera kawan aku alami, penuh rendah diri, AKU MINTA MAAF pada semua.

Buat sahabat dan teman seperjuangan di ORATOR UM, pun banyak kisah suka duka pahit manis bersama, pada segala kisah yang pernah terjadi atau dijadikan atau menjadi……. AKU PINTA SEINFINITI KEMAAFAN.

Serta kelompok junior, senior dan rakan  seperjuangan di DEBAT SMAPK, banyak ketenangan aku rasai di sana……. tiada permusuhan pernah aku niatkan…. AKU MINTA MAAF PADA SEMUA.

Jua buat rakan sebaya serta kelompok senior komuniti debat ipt…. aku tahu ramai yang tidak menyenangi diri aku kerana tingkah dan perilaku aku…. AKU POHON KEMAAFAN PADA SEMUA.. sejak awal aku mula bergelumang (sekitar tahun 2005) sehingga akhirnya (2008)…. ‘MUSUH hanya di pentas perdebatan’.. tidak ke luar nya… Jujur, aku minta maaf pada semua.   

Aku hidup bukan untuk mencari, mencipta atau menambah musuh

Aku berkawan bukan untuk menikam atau mencincang kejujuran

Aku ambil kesempatan pentas maya ini….

Aku ukirkan dengan penuh rendah diri….

AKU MINTA MAAF PADA SEMUA