Archive for the ‘Uncategorized’ Category

masih ada yang memerlukan

Posted: Mac 26, 2012 in Uncategorized

Salam. 

Sgt lama tak bersiaran. 

2012, dah nak masuk bulan ke-4. 

Aku just nak kongsi apa yang aku rasa dan aku fikir. 

Buat mende yang kita minat, passion, soul, susah getir macamane pun kita akan harung jua. 

Sebab tu, ramai cakap, buat lah apa yang kita minat kerana akhirnya hidup ini perlu ikhlas dan enjoy. 

Buat mende yang dipaksa, terpaksa, sampai satu tahap, paksaan boleh menjadi rela dan minat, juga, paksaan tu boleh jadi satu ‘revenge’ pula nanti.

Seperkara lagi, meninggalkan mende yang kita minat, sayang, bukan mende yang mudah. 

Walau kadang-kadang ada yang kata, belajar untuk meninggalkan, belajar untuk melupakan…. 

Ya… pesan itu tepat cuma ianya tak semudah melontarkan pesan….. 

Bergelumang.

Berfikir.

Senang cite, ‘hidup’ dengan ‘passion’ ni…….. 

Sehingga ‘Passion’ ni lah yang menerbitkan rasa amanah, tanggungjawab…. 

Cuma, bila sudah ada yang membesar…… 

Kenapa rasa amanah, tanggungjawab tak dibiak bersama………….

Bukan niat nak memperkecilkan, bila membesar, banyak lah tugasan nya….. 

Tak semua orang boleh buat, seperti mana kita buat. 

Itu sahaja yang boleh aku pegang. 

Entahlah, pada yang faham, faham.

Yang tak faham, ambil sahaja yang berguna. 

Kerna muqadimmah post ni, aku stres ttg minat V paksa.

Apa niat kita,itu yang tentu cara kita.

Aku tak marah pada sesape, cuma, apa yang jadi ni…

Sedikit sebanyak buat aku berfikir…………………………

‘Mungkin ada ‘nilai’ yang aku terlepas pandang untuk sematkan dulu2…’  

 

Selagi mana Allah beri masa, ruang & peluang untuk berkongsi, berkongsi lah….. 

Kerana rezeki Allah, berkat Allah, rahmat Allah, Allah tidak kan lokek…… 

ketika korang memerlukan dulu, ada yang datang menghulur,

ingat, di sana juga, masih ada lagi yang memerlukan…………………… 

Salam. 

Salam Syawal buat semua.

Ampun maaf salah silap pada semua yang mengenali diri ini.

Post ini  mengenai satu lagi sejarah ‘syahdu’ yang telah disuratkan oleh Allah Taala, tentunya pemergian seorang rakyat Malaysia, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor. Arwah menghembuskan nafas terakhirnya ketika menjalankan tugas untuk satu misi mulia, pada bulan yang mulia, juga pada hari mulia, Jumaat. Al-Fatihah buat arwah. 

Itulah bahagian arwah.

dari seorang yang tidak pun dikenali, jurukamera sahaja tugasnya, tapi Allah itu Maha Penyayang.. secara mata kasar, penghabisan arwah ini wajar diinsafi, betapa besarnya kasih sayang Allah pada hamba Nya. Moga Allah menempatkan roh Arwah di kedudukan mulia. Amin.

Secara peribadi, apa yang telah berlaku ini mmg satu suratan. Tapi semuanya bersebab dan berhikmah. Ada sesuatu yang perlu diperbaiki oleh pihak-pihak yang berniat murni untuk misi-misi kemanusiaan yang mendatang.

Ini pendapat saya berdasarkan pembacaan dan pendengaran dari temuramah di berita2 dan slot2 khas di TV1, TV3 n AWANI.

1) Kaji dahulu keperluan ke wilayah konflik – samada ianya zon bencana, samada ianya zon perang. Perkara ini perlu sangat diteliti, bukan secara semborono.

2) Persediaan para delegasi. Ke zon konflik bukan pergi main-main. Sedia dari aspek pengetahuan ttg bahaya dan apa perlu dilakukan apabila bahaya mendatang.. No such thing of ‘unexpected situation’ punya alasan kerana dah nama pun zon konflik… ‘expect d unexpected’ adalah asas sepatutnya.

3) Dari satu temuramah yg saya tonton di tv3, notis diberikan untuk pengamal media ke Mogadishu ini tidak pun sampai satu bulan. It can be considered as ‘short notice’. Perkara sebegini perlu dielakkan lah……. Nak pergi ke Bandar paling tak selamat di dunia perlukan lebih perancangan..

4) Bekalkan perlindungan keselamatan sewajarnya. Jangan ‘orang-orang besar’ saja dilindungi, yang kerdil tidak… Maaf, tak boleh terima alasan, ‘pakai baju kalis peluru pun tak jamin’..memang, tetapi sekurang2nya BEKALKAN……. dah pakai n tembus juga, itu kemudian cerita…

5) Misi kemanusiaan ke wilayah konflik seperti peperangan, pertempuran dan keganasan TAK PERLU lah…… ada banyak pilihan untuk misi kemanusiaan terutama di wilayah2 bencana alam, kebuluran di kem2 pelarian  luar zon perang… ini lebih baik pilihan buat kita, pada masa kini… Ataupun, utamakan lah misi kemanusiaan dan bantuan di negara kita dahulu…. ramai lagi yang memerlukan… jangan “kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”…

6) Penjelasan perlu kepada peranan dan hala tuju ‘KELAB PUTERA SATU MALAYSIA’ ini. Apa sebenarnya dan motifnya ?? Untuk menjadi pergerakan kemanusiaan atau …… ? Tidak salah, cuma… entah lah… susah nak kata…..!

Apapun… saya bukan mahu menuding jari. Sekurang-kurangnya apa yang terjadi membawa hikmah untuk kita semua berfikir dan merenungi, mana-mana yang afdhal untuk diperelok.

Dan seeloknya, USAHLAH dipolitikkan isu ini. Ini bukan isu politik apabila melibatkan nyawa dan perasaan ahli keluarga terdekat. Izinkanlah roh arwah tenang di alam baru yang lebih mendamaikan, amin dan ringankan lah beban ahli keluarga arwah yang pada hemat saya, juga dari kelompok keluarga yang terpelihara aqidah dan tiang agamanya.

Jujurnya, hati saya amat tersentuh dengan apa yang telah terjadi. Tapi, di sebalik kekalutan ini, boleh kiranya saya katakan…. SESUNGGUHNYA, INI SEMUA REZEKI & PERJALANAN HUSNUL BUAT ALLAHYARHAM NORAMFAIZUL MOHD NOR, Amin, Insyallah. Al-fatihah dan Salam Takziah.

Syawal 2011 — Malaysia berduka kisah Arwah Noramfaizul. 

Syawal 2010 — Malaysia berduka kisah Arwah Sosilawati & 3 yang lain. 

‘Ingatlah janji Allah itu Pasti. Ajal Maut, tak kan terlewat dan tercepat..tak kira di mana dan dengan siapa’

Untuk kita yang masih diberi kesempatan, moga Allah kurniakan kita ‘husnul khatimah’ jua. Amin2.

Salam Syawal buat semua.

Assalamualaikum~

Ramadhan~

Posted: Ogos 9, 2010 in Uncategorized

Salam.

Pejam celik, celik pejam. Ramadhan menjelma lagi.

Di kesempatan ini, penamaya ingin :

1)mengucapkan Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat.

2)memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali penamaya atas segala kekurangan, khilaf dan kesalahan.

3)mendoakan kesejahteraan kesihatan buat penamaya dan semua rakan pembaca sepanjang Ramadhan ini.

4)mendoakan kesempatan menggandakan amalan sepanjang bulan barakah ini.

5)mendoakan penamaya dan sahabat sekalian agar Allah berikan hidayah buat kita semua dan ditemukan Lailatul Qadar..insyallah, amin~

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

-penamaya-

Salam.

Jujurnya, kemenangan SMI Al Hidayah pada Kejohanan Interschool Debate UIAM Kategori BM sedikit sebanyak mengundang kejutan dan tanda tanya pada banyak pihak.

Lebih-lebih lagi, laluan SMI Al Hidayah di peringkat genting, menang mara kalah mati bukan lah calang-calang sekolah. Sekolah yang bergelar juara edisi ke-8 ini menundukkan SSP, SMAPK, MRSM TGB dan STAR. Kiranya, kelompok SBP dan MRSM menjadi ‘makanan’ si juara ini lah….

Saya secara peribadi pun agak terkejut dengan kemaraan sekolah persendirian ini sehingga ke peringkat akhir lantaran diangkat sebagai JUARA.

Cuma, ada beberapa perkara yang saya ingin kongsikan kepada semua berkenaan pasukan Johan ini,berdasarkan pemerhatian.

POSITIF

1. Pasukan ini boleh dikatakan sebagai sebuah pasukan bahas yang ‘stabil’. Bermakna, ketiga-tiga pembahasnya tidak mempunyai masalah untuk berkata2 dan tiada masalah kelancaran pun.

2. Pasukan ini memiliki seorang pembahas ketiga yang kaya dengan elemen humor. Boleh menceriakan orang dengan lagak gayanya. Ini pun boleh dikatakan satu aset dalam sesebuah pasukan bahas.

3. Pasukan ini tidak mempunyai masalah besar dalam pembukaan konsepnya dan style pembawaannya yang tidak keterlaluan. Pemilihan fakta pun boleh lah dikatakan tidak terlalu mengarut. Kesederhanaan mungkin tema tepat untuk pasukan ini.

KURANG POSITIF

1. Pembawaan pasukan yang kadang-kadang dilihat TERLALU MUDAH sedikit sebanyak boleh mengelirukan penonton terutamanya golongan pendebat. Seolah-olah tidak perlu kekritisan dalam melontarkan pembawaan.

2. Sudahlah pembawaan pasukan terlalu dimudahkan, sokongan Fakta dan Bukti bagi menyokong kes dan penghujahan sangat lah kurang. Jika diamati, banyak keadaan, pasukan ini suka menghurai tetapi tiada bukti menyokong. Ini seperkara lagi yang boleh mengundang kekeliruan pada penonton debat.

3. Benar elemen humor adalah satu aset dan bonus dalam pasukan. Tetapi humor yang keterlaluan sehingga konteks ilmiah dan amanah tugas selaku pembidas tidak dapat dijalankan langsung, adakah satu ilmu yang tepat untuk dicontohi juga ? Keadaan ini akan menyebabkan ramai yang hendak buat kelakar dalam berdebat.

Jadi, untuk adil biar saja saya kemukakan tadi 3 yang positif dan 3 kurang positif.

Maka dalam hal ini, apabila seimbang elemen positif dan negatifnya terpulang pada penilaian juri-juri untuk memilih mana yang berkenan di hati mereka. Tidak salah kerana mereka juga berpengalaman malah lebih berkelayakan.

Saya juga banyak belajar dengan memerhati pasukan ini. Mungkin panel juri sangat ‘impress’ dengan pasukan ini, sekalipun mereka bertemu dengan pasukan-pasukan berpengalaman, mereka tidak gentar malahan pandai bermain sentimen.

Ada pihak yang meminta saya memberi komen tentang perlawanan akhir tempoh hari, saya rasa tidak. cukuplah dengan komentar di atas dapat memberikan gambaran pada semua mengenai Johan Ke-8 2009 ini.

Cuma, ada satu perkara yang perlu kita hayati dan amati …………

Ketika 3 orang pembahasnya sedang berbahas dan berjuang di atas pentas, para penyokongnya di bawah begitu leka dan asyik mengalunkan bacaan Yasin ~

Itulah unik nya mereka….. benar kerana ini juga lah satu kekuatan yang tidak boleh dinafikan !

Hidayah nama sekolah mereka.

Allah memberikan mereka petunjuk dan rezeki.

Tidak hairan lah, panel juri sentiasa terang hati menilai mereka.

Itulah dia…… kerana Hidayah Nya ~

TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA DUNIA DEBAT !!!!



ALHAMDULILLAH ~

Posted: Mei 7, 2008 in Uncategorized

Final Exam Semester 6 telah pun tamat dengan jayanya jam 5 petang Isnin lalu ~

Tahun 3 yang penuh suka dan duka, penat dan strugle juga telah tamat dengan jayanya ~

ALHAMDULILLAH ~

Sekarang ni aku di rumah (Melaka), ambil masa untuk rehat dan tenangkan diri sebelum plan apa yang akan dilakukan selepas ini. Rehat ini memang perlu untuk kembalikan diri sebenarnya, tenangkan emosi dan amarah dan terutamanya Qada’ segala Hutang Tidor !!! Haha.

Kepada rakan – rakan coursemate ~

THANX atas kerjasama dan kesudian menerima diri seadanya ~

 

oH SaiDa ~

Posted: April 19, 2008 in Uncategorized

aKhirnya di Konsert ke-5 AF6 ini menjadi medan terakhir buat Siti Norsaida Tarudin (SAIDA) bergelar pelajar AF.

Persembahannya dalam KOnsert ke-5 ini memang tidak menampakkan apa-apa perubahan yang ketara dengan sikap pemalunya masih lagi menguasai persembahannya. Akibat penonton aka pengundi dah tak nak lagi tunggu, SAIDA TERSINGKIR !

Saya redha dan pasrah lah, sejak minggu lalu ketika menyanyikan lagu Hati Kama, dah ketara sangat kecacatan dalam persembahannya. Sekalipun minggu ini ada better nya, tapi itulah… MALU dan pengundi pun jadi MALU nak mengundinya. Dato CT n Dato K, x support SMS ler ni !

Apapun, TAHNIAH BUAT SAIDA. Saya rasa beliau dah menjelajah banyak sangat perkara tentang kehidupan dalam AF tu. Persinggahan yang baik buat Saida. Seeloknya, tempat isteri memang di sisi suami dan anak – anak yang masih kecil sudah terlalu merindui ibunya, Saida ini.

Hurm, biasanya tonton AF sebab ada SAIDA, selepas ini, BAGAIMANA ye ????

BEST OF LUCK SAIDA !!!

 

Nabil dari Negeri Sembilan telah dijulang sebagai Raja Lawak ASTRO musim ke2. Siaran akhir Raja Lawak telah dipancarkan secara live jumaat lalu di Prima berlarutan sehingga jam 1230tgh malam. Apa yang boleh dikatakan, Nabil memang LAYAK dijulang sebagai Raja Lawak kerana persembahan konsisten beliau sepanjang 10 minggu bersiaran dan mmg saya akui Nabil ini seorang yg kreatif. Tidak pernah kering idea ! Persembahan selingan Raja Lawak yang menampilkan Raja Lawak Musim 1, Yus pun turut menyebabkan gelak saya berlebihan. Memang menjadi dan kelakar ! Apapun, TAHNIAH pada Nabil ! Hendaknya, kelibat anda akan meriah dalam industri hiburan !

Tamat sudah Raja Lawak Musim Ke-2.

Kini, tumpuan pasti beralih ke AKADEMI FANTASIA MUSIM 6 !!!

Malam ini, Tirai AF6 dibuka dengan memperkenalkan 25 calon yang telah diumumkan dan pada hari Ahad dalam siri istimewa Tirai AF6, akan diumumkan calon-calon sebenar pelajar AF6. Isnin, 17 Mac…. buku Diari AF6 dibuka dan gelanggang 1 AF6 pada Sabtu, 22hb Mac ! SELAMAT MENG’AFUNDI’ !!!!

25…SIAPA terpilih ?

25 PELAJAR….. berapa kuata sebenar ?

pengkritik TETAP

PENGKRITIK TETAP !

tenaga ajar

teNaga pengajar !