‘Iduladha & Musim Exam~

Posted: November 15, 2010 in Peribadi

Salam.

Pagi hari Isnin di opis, mengadap notes……….

1) Salam Aidiladha buat semua sahabat, muslimin dan muslimat. Insyallah, Rabu ini 17 Nov = 10 Zulhijjah, ibadat qurban akan dapat dilaksanakan. Tak sabar nak bertakbir hari raya!

Jadi, aku mendoakan diri ku dan sahabat-sahabat semua, moga Zulhijjah kali ini akan membawa kita ke arah pembaharuan jiwa yang lebih mendekati Ilahi… benarlah, jihad Akbar adalah jihad memerangi nafsu. Mudah-mudahan, semangat sirah ibadah zulhijjah menjadi pedoman untuk diri aku dan sahabat – sahabat semua.

Makan daging qurban, jangan lupa check Blood Pressure ye!

2) Minggu Peperiksaan Akhir pun dah nak bermula. Baik untuk students Sem 4 di M.U.C.H  ini, begitu lah juga sahabat-sahabat di kebanyakan IPT juga. Diri aku pun tak terkecuali. Sem 2 Master ni, mmg mencabar lah !

Aku pinta maaf, kalau ada menyusahkan sesape. Kalau ada yang terguris, terasa, terluka dan sewaktu dgnnya, AKU MOHON AMPUN ye.

Nak minta jasa baik ni, kalau ada kelapangan, dalam solat2 korang, mohon tumpang doakn agar aku mudah stadi, mudah jawab final dan mudah beroleh kejayaan sem ni. Amin~

Tu la jadual exam aku sem ni. Utk sahabat2 sepengajian, All the Best ya !

My Best Fren ~

Posted: November 9, 2010 in Peribadi

Blog ni makin bersifat peribadi.

Belum ada mood nak komen apa-apa pasal isu2 semasa.

Letih!

Lebih baik jadikan blog ini tempat berkongsi.

Nak kata ada kawan baik, dah lame dah aku ‘fobia’ nak ada….

Nak kata ada teman istimewa, dah lame dah aku mencari….

Mungkin kerana terlalu memilih…… MESTILAH KENA MEMILIH!

Mungkin kerana tak mencari……….. LEMAH SKIT R BAB2 MENGAYAT NI!

Mungkin kerana rasa diri serba kurang………. LOW SELF-CONFIDENCE!

Entah.

Biarlah.

Blog ini akan dipenuhi dengan kisah kongsi peribadi aku la…

Setakat mane yg aku rajin nak cite… aku cite la ye…..

Jadi pada sesape yg bace, terime kasih…………………

‘Drama’ Basi

Posted: Oktober 6, 2010 in Peribadi

Salam.

Ungkit. mmg perangai melayu!

Dendam. pun perangai melayu!

Dah mmg dilahirkan bangsa melayu.

Pastu belajar semua dgn org melayu.

kat U pun masuk univ khas org melayu.

maka, acuannya….. mmg ‘pure’ melayu r.

Aku malas nak simpan dalam.

Sebab mende yg korang ungkit & dendam SUDAH LAMA BERLALU.

INI CERITA BASI….

Jadi, eloknya… pihak yang nak jadi hero tu…. STOP IT la !

Korang tak tau ape yang berlaku.. kalau sekadar 1 pihak sayu bercerita.. leh lak terus judge… 

Xpe… kami da minta maaf ngan empunya diri, kalau xnak maafkan, xpe……

Xpe… kami da minta maaf pd Yang Esa, sekurang-kurang Dia MAHA MAKLUM dgn apa yang kami lalui, xpe…..

Yang sudah, tu sudah lah….

Kalau nak ungkit, nak kenang… byk je aku leh luahkan….

Tapi, malas, aku bukan budak lagi… kami pun!

Bile mende ni ungkit kembali….. otak aku terus lintas…..

“adakah dia & mereka sedang “sengsara” hasil ‘drama’ ilham dia….”

.AKU MINTA MAAF.

Sekian-

Reunion-Iftar-Farewell

Posted: Ogos 30, 2010 in Peribadi

Salam.

28 ogoS 2010: Reunion-Iftar-Farewell.

Mastermind plan ni: Cikgu Ali Asyraf

Lokasi berkampung.. Rumah Cikgu Siti Hajar

Setelah sekian lama x berkumpul, kali ini, Allah izinkan kami semua bersama !

Batch 2008 – Hisyam dan Mus

Batch 2009 – Afiq, Izlan, Rashid dan Akmal

Batch 2010/2011 – Na’im, Pyan dan Syahmi

Yang Tua – Dayat, Cg Ali dan Aku

Bukan sahaja sempat iftar bersama, kali ini, semua nya mcm mengulang kembali perkara bersama yang dibuat dahulu-kala.

Walaupun, hanya SATU MALAM sahaja kesempatan diberi… tapi SERONOK + PUAS + LEGA…!

Iftar bersama

Sahur bersama

Keluar bersama

Tidur beramai2

Bila ada siaran ulangan macam ni, xperlu lama-lama.

1Malam sudah cukup.. utk rasa gembira, dan hiba pun ye jugak!


Farewell Afiq Yasim

Sahabat kami, Afiq Yasim akan berangkat ke Jordan 17/18 Sept ni untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di sana.

Kesempatan Reunion dan Iftar ini juga sememangnya untuk bersama-sama dengan beliau sebelum berangkat. Terima kasih Fiq n ayahnya, Hj Yasim kerana memberikan kebenaran bersama.

Untuk Afiq —> SELAMAT BERANGKAT! JAGA DIRI. INGAT ALLAH SELALU.

Untuk kita semua —>

Moga ikatan kita, ibarat bayang-bayang yang tidak pernah lari dari tubuhnya.

TERIMA KASIH SEMUA

JUMPA LAGI

Bulan Buang Bayi

Posted: Ogos 19, 2010 in Dunia Semasa

Salam.

Ini Bulan September, dalam Masihinya.

Ini Bulan Ramadhan, dalam Hijrahnya.

dan

Ini Bulan Buang Bayi, dalam fi’il Malaysianya.

Setiap hari, ada sahaja bayi dibuang.

Tak kira, dalam plastik, sungai, tong sampah,

Tidak kurangnya, ke dalam lubang najis!

Cuba fikir, bayi dikandung 9 bulan.

9 bulan bermula Januari.

Maknanya, proses buat anak ini di awal tahun.

Agaknya…..

ketika sambutan New Year,

caranya…. berzina! puaskan nafsu!

laki goda perempuan,

perempuan serah ‘takhta’,

anak haram TERhasil…….

Nak hukum bunuh, org buang bayi

Tapi… senang kah nak jejak pembuang?

Nak jejak dengan DNA dari bayi dibuang,

Tapi… PDRM, JPN.. ada Bank DNA?

Bukan senang……………………….

Aku bukan hendak mengecam mahupun menghina

kerana hidup kita hanya Allah tahu jalan ceritanya.

Nasihat aku pada diri sendiri

Juga buat sahabat yang membaca,

Firman Allah Maha Benar… ‘Janganlah Kamu Menghampiri Zina’.

Inilah akibatnya….

Melayan godaan Nafsu pada ketika hubungan masih haram…

Akhirnya, anak tidak berdosa menjadi mangsa!

Pada yang ber’couple’, jangan berlebih-lebihan.

Kalau sudah mampu, halalkan sahaja.

Kalau belum mampu, sucikan iman dahulu.

Kerana hidup ini, bukan di dunia….

Pastinya di Alam Abadi, Akhirat…..

Kalau mati si anak, biarlah dia menjadi sayap dan bidadari

buat kita ke syurga.

Janganlah mati si anak, kerana fi’il kita….

membawa kita lemas dalam api neraka.

SELAMAT MENGIBADAHI RAMADHAN~

Ramadhan~

Posted: Ogos 9, 2010 in Uncategorized

Salam.

Pejam celik, celik pejam. Ramadhan menjelma lagi.

Di kesempatan ini, penamaya ingin :

1)mengucapkan Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat.

2)memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali penamaya atas segala kekurangan, khilaf dan kesalahan.

3)mendoakan kesejahteraan kesihatan buat penamaya dan semua rakan pembaca sepanjang Ramadhan ini.

4)mendoakan kesempatan menggandakan amalan sepanjang bulan barakah ini.

5)mendoakan penamaya dan sahabat sekalian agar Allah berikan hidayah buat kita semua dan ditemukan Lailatul Qadar..insyallah, amin~

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

-penamaya-

Debat Piala Universiti UKM 2010

Posted: Jun 21, 2010 in Debat

Salam.

Satu lagi usaha untuk memupuk minat dan menyediakan platform kepada pembahas-pembahas sekolah adalah PERTANDINGAN DEBAT PIALA UNIVERSITI ANJURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM).

Setahu aku, pertandingan ini adalah sub-program yang dianjurkan sempena meraikan konvokesyen UKM pada setiap tahun. 2010, ini sudah masuk edisi ke-6 setelah kejohanan ini mula diadakan sekitar tahun 2005.

Aku sempat menjenguk di UKM tempoh hari. To be honest, kejohanan ini sudah banyak meningkat dari aspek penganjurannya berbanding tahun awal penganjurannya.

Awal-awal penganjuran, bilangan penyertaan sangatlah sedikit.

Awal-awal penganjuran, tempat penginapan itulah tempat berdebat.

Edisi kali ini, penyertaan sudah mencecah puluhan pasukan.

Edisi kali ini, tempat berdebat sudah lebih teratur.

Edisi kali ini, penglibatan dan sokongan hakim pun sangat menggalakkan.

Cuma, mungkin dari aspek promosi dan publisiti pihak penganjur belum bersedia untuk diluaskan atau memang mereka lebih selesa dengan pendekatan sedia ada.

Sebab setiap penganjuran pertandingan eloknya ada identiti dan style mereka tersendiri.

Tahniah buat UKM dan mereka yang mengilhamkan kejohanan ini.

Apa yang dapat aku lihat, Kejohanan Debat UKM ini adalah platform diberikan kepada pembahas-pembahas muda sekolah-sekolah untuk dijadikan asas pengalaman.

Juga, pada sekolah yang sudah ada barisan pembahasnya adalah platform untuk memantapkan pasukan tersebut sekaligus memberikan ukuran awal pada pencapaian akan datang pasukan tersebut.

Bagi Edisi 2010 ini, sebanyak 22 buah pasukan terlibat (satu Swing Team).

Keputusan Edisi ke-6 tahun 2010:

JOHAN: SMAP Kajang

NAIB JOHAN: SMAP Labu

SEMI-FINALIST: Asrama Yayasan Selangor & Sek Sultan Alam Shah (SSAS)

Tahniah~

Bahas Piala Perdana Menteri 2010

Posted: Jun 14, 2010 in Debat

Salam.

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) 2010 telah selamat dilangsungkan di Sek Men Sains Pasir Puteh, Kelantan awal Jun lalu.

Selain malam anugerah kecemerlangan, HKSBP turut menjadi gelanggang bagi Pertandingan Bola Keranjang, Bahas BM dan Bahas BI dalam kalangan SBP.

Format penyertaan tahun ini walau bagaimanapun telah diubahsuai memandangkan masalah peruntukan kewangan akibat krisis ekonomi yang melanda.

Perubahan ketara dilihat kepada kategori Bahas, apabila hanya Johan dan Naib Johan Zon sahaja dibawa ke peringkat kebangsaan.

Positifnya, saingan akan menjadi lebih kompetitif. Yang terbaik bertanding dalam kalangan terbaik.

Negatifnya, sikit sahaja saingannya lah.

Aku memandang perubahan ini lebih banyak negatif dari positifnya. Entahlah, tak sangka sektor pendidikan turut dijejaskan akibat krisis ekonomi ini. Harap tahun 2011 kembali seperti biasa lah yer.

Jadi, untuk Edisi Bahas PPM 2011 ini… ke peringkat akhir adalah :

BAHASA INGGERIS

Sek Sultan Alam Shah V Sekolah Tuanku Abdul Rahman

BAHASA MELAYU

Sek Datuk Abdul Razak V SBPI Gombak

Dikhabarkan Pertandingan Akhir dijadualkan pada 31 Julai 2010 di PICC, Putrajaya.

Bertuah edisi tahun ini, dapat tajaan BANK RAKYAT.. habuan wang kemenangan buat pertama kali dalam sejarah PPM ini… !

Buat para sahabat SMAPK,

Adik-adik kita berjaya layak ke peringkat kebangsaan di Kelantan tetapi terkandas untuk ke peringkat akhir tahun ini.

Terima kasih buat semua warga SMAPK, ANnadi SMAPK yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan dan doa.

Teruskan berdoa dan menyokong, mudah-mudahan kita kembali tahun hadapan.

Amin~

Debat Antara Sekolah UIAM 2010

Posted: April 27, 2010 in Debat

Salam.

Sudah seminggu rasa nya berlalu PERTANDINGAN DEBAT ANTARA SEKOLAH ANJURAN UIAM 2010.

Aku ada juga meluangkan masa berkunjung.

Ada dua perkara yang menarik minat aku sepanjang IDC 2010 ini berlangsung.

1) PENETAPAN SATU PASUKAN UNTUK SATU SEKOLAH

Aku pun tak pasti sejak tahun bila UIAM membuka penyertaan kepada 2 pasukan untuk satu sekolah untuk satu kategori. Cuma tahun ini, penganjur menetapkan, 1 kategori = 1 pasukan = 1 sekolah. Jujurnya, perkara ini sangat positif.

a) Sekolah akan menampilkan hanya barisan pendebat terbaik sahaja untuk diketengahkan. Sekaligus, kualiti pertandingan akan ditingkatkan.

b) Penganjur tidak punya banyak masalah untuk manage and handle penganjuran. Sekaligus, kualiti penganjuran tak banyak kena kutuk.

Kesan langsungnya, aspek penghakiman turut mendapat kesan. Rasanya dah lama aku tak tengok debat yang sepanjang 6 pusingan awal mengamalkan sistem juri. Di IDC UIAM 2010, kategori BM, sepanjang 6 pusingan awal…. cukup semua juri (3 org bagi setiap perlawanan).

Ini satu pencapaian lah. Rasanya peringkat Debat IPT boleh mencontohi tindakan penghadan pasukan ini. (komen je, jgn salah maksud).

2) KEPUTUSAN ‘RE-MATCH’ OCTO.

Aku tak berada di tempat kejadian ketika keputusan nekad ini dibuat. Juga, sepanjang aku bergelumang dalam dunia debat ini.. Inilah keputusan luar jangkaan dan aku respect sungguh.

Tentang pro dan kons keputusan tersebut, aku malas nak ulas. Penganjur lebih rasional kenapa tindakan nekad itu dibuat.

Cuma, moral of the story,

a) Percaya dan yakinlah pada bakat-bakat pendebat muda ini. Kebebasan dalam berfikir dan bertindak sendiri adalah satu pelajaran yang baik.

b) Kalah dan menang adalah adat pertandingan.

c) Nak elak marah dan ketidakpuashatian apabila kalah memang satu perkara sukar. Saya pun ada kerumitan ini.

d) Kadang-kadang sesuatu ketetapan boleh dirunding untuk diubah. Manusia terutama Melayu cukup tinggi tolak ansur.

e) Pembuktian adalah segala-galanya.(hehe!)

Aku tak nak komen banyak sebab aku tahu yang buat keputusan tersebut bukan calang-calang orangnya dan yang membantah tersebut, kepuasan dalam keadilan dapat dicapai, saya rasa.

Aku mmg involve dalam BM sahaja, apa-apa cerita di BI dan B.Arab, maaf tak ambil maklum.

Cuma, satu lah aku harapkan.

Betul, dalam debat dulu-dulu, kita bertikam lidah.

Betul, dalam debat dulu-dulu, kita bidas membidas.

Betul, dalam debat dulu-dulu, kita ‘bermusuh’.

Tapi, janganlah berdendam kesumat.

Kalau aku pernah buat korang marah satu ketika dahulu, aku minta maaf.

Tiada niat, tiada dendam, tiada kesumat pun. Hanya menjalankan amanah.

Aku minta maaf.

Janganlah kerana ‘musuh’ lama, ‘dendam’nya diwarisi………….


TAHNIAH UIAM.

TAHNIAH KISAS. (JOHAN 2010)

TAHNIAH SEMUA.

Finalis AIM 17

Posted: Mac 29, 2010 in Hiburan

Sebuah lagi anugerah seni yang berprestij di Malaysia adalah ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM)

Kali ini, sudah berada dalam edisi ke-17.

AIM 17 akan bersiaran pada 2 Mei 2010 ini di saluran mutlaknya, NTV7.

Berikut adalah calon akhir untuk 24 kategori AIM 17:

Artis Baru Terbaik

Azlan & The Typewriter
Bunkface
Prema Yin
Tomok
Yuna
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)

Faizal Tahir (Bercinta)
Hazami (Survivor)
Jamal Abdillah (Tak Hilang Cinta Di Dunia)
Riz (Kehilangan Kamu)
Vince Chong (Buah Hati)
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)

Dato Siti Nurhaliza (Ku Percaya Ada Cinta)
Dayang Nurfaizah (Hilang)
Jaclyn Victor (Bertamu Di Kalbu)
Juwita Suwito (Sejak Hadirmu)
Yuna (Dan Sebenarnya)
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu

Dato Siti Nurhaliza & Kris Dayanti (Amarah)
DJ Fuzz & Malique feat Salam (Cerita Kedai Kopi)
InTeam (Allahu Rabbi)
Rabbani (Kejora Sinar Zaman)
Ruffedge (Pemuja Dari Jauh)

Kulit Album Terbaik

Sarah Joan Mokhtar (To Prevent The Earth From Moving With You – Disagree)
Aida/Nizam Rahmat (Liyana Jasmay – Liyana Jasmay)
Ong Chen Han (All About Rynn – Rynn Lim)
Rewan Ishak (The Great Battle – Sevencollar T-Shirt)
Anthony Ho (Kronologi Cinta – Vince Chong)
Rakaman Album Terbaik

Akasha (Into…Akasha)
Ayu (Inspirasi)
Dayang Nurfaizah (Dayang Live)
Hattan (Inderawala)
Prema Yin (Eyo Eyo)
Video Muzik Terbaik

Fiqir-Fiqir (Ahli Fiqir)
Haley (Disagree)
Osaka (Disagree)
Oh! Sizuka (Pop Shuvit)
Eyo Eyo (Prema Yin)
Lagu Pop Etnik Terbaik

Dusta Berkalang (Aiman)
Penangan Rindu (Ghazal)
Barangkali (Mawi)
Enjut (Noraniza Idris)
Inang Anak Perantau (Saujana)
Album Nasyid Terbaik

Syukran (Hafiz Hamidun)
Allahu Rabbi (InTeam)
Suatu Perjalanan (Marjan)
Mahabbah ( Rabbani)
Nota Cinta (Saujana)
Lagu Nasyid Terbaik

Allahu Rabbi (InTeam)
Dia Muhammad (InTeam)
Kejora Sinar Zaman (Rabbani)
Mahabbah (Rabbani)
Syahadah (Rabbani)

Album Rock Terbaik

Adrenalin (Faizal Tahir)
Rasa (Flop Poppy)
Mencari Konklusi (Hujan)
Prolog 2009 (Maximus)
Rasopariso (XPDC)
Lagu Rock Terbaik

Kelibat Si Penyair (Azlan & The Typewriter)
Situasi (Bunkface)
Bencinta (Faizal Tahir)
Mencari Konklusi (Hujan)
Drama King (Meet Uncle Hussain feat Black)
Album Pop Terbaik

Tahajjud Cinta (Dato Siti Nurhaliza
CTKD (Dato Siti Nurhaliza & Kris Dayanti)
Dayang Live (Dayang Nurfaizah)
Aku Stacy (Stacy)
Kronologi Cinta (Vince Chong)
Lagu Pop Terbaik

Pergi (Aizat)
Masih Jelas (Hafiz)
Permaisuriku (Jay Jay)
Cinta Ada (Karen Kong/Dato Sheila Majid/Jaclyn Victor)
Dan Sebenarnya (Yuna)
Album Hip Hop Terbaik

Irama Berirama (Ahli Fiqir)
Jian (Altimet)
1212 (Colabr8)
K.O. The Mixtape (DJ Fuzz & Malique)
The Turning Point (Point Blanc)
Lagu Hip Hop Terbaik

Chantek (Altimet)
Syukur (Altimet)
Sayang-sayang (Altimet, DJ Fuzz)
Masih Hip Hop (DJ Fuzz & Malique feat Daly & Altimet)
Cerita Kedai Kopi (DJ Fuzz & Malique)
Album Inggeris Tempatan Terbaik

Yeah (Amanda Imani)
To Prevent The Earth From Moving With You (Disagree)
Running (Hazami)
The Turning Point (Point Blanc)
The Great Battle (Sevencollar T-Shirt)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

Prom Queen (Bunkface)
Haley (Disagree)
Osaka (Disagree)
Survivor (Hazami)
Deeper Conversation (Yuna)
Album Cina Tempatan Terbaik

Stardom (Andrew Tan)
One & Only-Jeanie (Jeanie Lee)
I’m Karen (Karen Kong)
All About Rynn (Rynn Lim)
Thomasjack (Thomasjack)
Lagu Cina Tempatan Terbaik

Stardom (Andrew Tan)
Na Han (JK Chen Jia Kai)
Insane (Jovi Theng)
Tian Shan (Karen Kong)
Sunrise (Vinx Lim Yi Xin)
Album India Tempatan Terbaik

Paarthu (Diwan)
SMS (Emergency)
Neethikku Poraatnam (Masta Clan)
Life Is A Mystery (Shruthi)
Saran Z Ennavaley (Saran Z)

Lagu India Tempatan Terbaik

Uyartinthidu Thozha (Jey Raggaveindra, Ashokan, Dr Ombala, Sidhartan, Jegathisan)
Thuli Thuli Mazhai Thuli (Preeta Prasad)
Uyirile Ondrage Kalantida (Sidharthan)
Talattu Paade (Sitharthan)
Megathul (Sivakumar A/L Jayabalan)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara

Teruskanlah (Agnes Monica)
Aku Wanita Biasa (Kris Dayanti)
Madu Tiga (Muhammad Dani)
Terlanjur Cinta (Rossa feat pasha Ungu)
Nuansa Bening (Vidi Aldiano)
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu

Aubrey Suwito (Dato Siti Nurhaliza & Kris Dayanti)
Acis (Hafiz)
Aubrey Suwito (Juwita Suwito)
Jenny Chin (Karen Kong/Dato Sheila Majid/Jaclyn Victor)
Greg Henderson (Prema Yin)